Pages

Showing posts with label Dairi Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Dairi Kehidupan. Show all posts

03 February 2013

Jom Buat Pulut Durian..



Saya nak share 1 resepi yang simple tapi enak :)

Pernah makan Pulut Durian ? mesti pernah kan ..kan...kan.

Pandai buat tak ? =)

So.. hari ni saya nak share cara-cara nak buat Pulut Durian ni..senang ja, InshaAllah semua orang mesti boleh buat.

ok..


Bahan-bahan yang diperlukan :

1 ) Beras Pulut 1 kg

2) Santan 2 peket ( kalau nk sedap guna santan yang asli tau )

3) Gula pasir 5 sudu teh

4) Tepung jaggung 3 sudu teh

5) Durian ( ikut suka )


Cara -cara nak buat pula..

Step 1 ( masak beras pulut )

- Masak beras pulut macam biasa, nak kukus pun boleh, klu nak senang guna ja rice cooker ..hehe

- Kalau saya , saya kukus ..kemudian bila dah separuh masak, saya keluarkan pulut tu..lepas tu saya gaulkan  dengan sedikit santan..supaya rasa lemak sikit.. kemudian saya kukus semula sehingga masak.. he.


Step 2 ( Masak kuah Durian )

- Masakkan santan , gula pasir , dan durian dalam periuk  ..gaulakan sehingga sebati. Jangan guna api yang besar tau time masak kuah durian  ni..sederhana ja..

-Kemudian bila dah nak hampir masak, masukkan pula tepung jaggung..tapi sebelum tu..bancuh dulu tepung tu dengan air suam..bila dah cair baru masukkan dalam periuk ok, kalau masukkan macam tu ja..alamat berketul-ketullah jadinya..kuah durian pun jadi tak cantik..hehe

- last sekali..gaulkan kuah durian sehingga sebati, bila dah mendidih baru matikan api. bila dah masak..boleh la hidangkan dengan pulut tadi..kemudian makan..he

Simple kan..:)

Tapi.. kalau nak lagi sedap, Bila nak masak tu..mulakan dengan baca Bismillah..kemudian sepanjang masak lazimi zikir-zikir yang mudah seperti selawat, baca Al-fatihah dan macam-macam lagi..mudahkan :)


Masakan pun jadi  sedap, lagi..... berkat ..sb apa yang kita makan akan jadi darah daging kita..:)

Ok itu saja.. Selamat mencuba...Bye..


Assalamualaikum..




19 June 2012

Catatan 16.6.12

                                                    



Lemah lembut kaki mendekati pantai..

Luasnya laut terbentang.. nafas di hembus berkali-kali, Allah..tenangnya bila menghadap pantai..!

Saat bertemu pantai..saya merasa cukup, pantai seolah mengerti saya ingin bercerita walau tanpa suara. Kami saling berpandangan..sesekali saya tersenyum, ada masanya saya pasti menangis..

Saya  bisu bila bertemu  pantai ! seluas laut terbentang…seluas itulah hati saya lepaskan..

Sungguh, saya merasa asyik..di buai keindahan pantai, di usik irama omak-ombak yang memecah ke pantai, di belai manja sang bayu bertiup lembut di muka pantai...

Merenung jauh ke dasar lautan, ya,pasti dalam ! pasti luas ! namun di mana penghujungnya ? soal tanpa jawapan.. berkali-kali tetap juga begitu.

‘para nelayan pasti melihat lautan luas ni sebagai punca rezeki yang begitu lumayan,dalam dasar lautan pasti wujud berjuta spesis ikan yang bisa dijadikan hasil tangkapan dan punca rezeki’

‘para pelancong..,pasti senang dan bersuka ria  menikmati keindahan pantai sebagai tempat  percutian..”

Buat saya.. sebagai manusia kerdil yang sedar  punya tuhan..saat berasyik-asyik merenung indahnya pantai dan lautan, hati tak berhenti memuji-muji bertapa indahnya ciptaan tuhan, Maha kaya Allah..Maha indah Allah..baru kan pantai! sudah cukup membuat saya terbang di buai khayalan.

Irama ombak yang memecah ke pantai..seakan memujuk !..ya, Dia ada..jangan pernah rasa sendiri..!

Andai saja kau bisa ku pandang ! ah, mustahil..

Lautan ini pasti tiada penghujung…maka begitulah jawapan rindu yang sudah lama bersarang dalam hati ini..

Menarik nafas perlahan..saat di hembus..ya, Kau ada di sini !



**at pantai Irama Kelantan.

06 June 2012

Exam lagi..(^^,)

                                




Exam lagi…

Alhamdulillah..ini dah masuk tahun ke 3 saya bergelar mahasiswa Universiti Malaya. Insyallah,ada 2 semester lagi sebelum saya menamatkan pengajian dalam bindang ‘Education of Islamic studies ‘ ..mohon doa kalian (^_^)..

**************

Time exam ! ramai yang suka menyiksa jiwa. Tidur lewat, makan tak makan, berkurung dalam bilik, 24 jam menghadap buku dan macam-macam lagi.. Jangan !!!


EXAM !!! be positive thinking ..jangan risau sangat. Ulangkaji pelajaran jangan tension-tension. Saya tahu ramai yang mengharapakan dapat keputusan atau pointer yang tinggi kan ? :) , itu biasa ,saya pun sama.


Insyallah, soalan-soalan exam pasti semuanya yang kita sudah belajar, inilah masanya kita nak mencabar dan menguji minda ! yang penting ilmunya, kita faham dan boleh amalkan, pointer tinggi bukan ukuran samada kita pandai atau tidak !


Kejayaan..minta dengan Allah, tapi…mesti usaha! Mohon pada Allah , moga kita di berikan hati yang bersih ,minda yang cedas dan niat yang ikhlas,supaya ilmu yang kita pelajari bisa kekal hingga ke akhir hayat.


Sama-sama beringat, bila kita jaga hak Allah, pasti Allah akan bantu jaga hak kita !


Senyum..saya doakan moga kita semua Berjaya dalam keberkatanNYA..Amin. (^_^)



" من جد وجد "


17 May 2012

Tetap sama !




Cinta, bukan hanya di usia Muda
Tapi mesti kekal hingga ke akhir usia..


Menerima dan di terima
Mengasihi dan di kasihi
Menghomati dan di homati


Ingat janji yang di lafaz !
Amanah dari Allah yang wajib di jaga dan di kasihi.
Jangan di sakiti
Jangan sesekali di khianati..


Andai tidak sesempurna ‘mahu’
Ingatlah si Dia makhluk tuhanMU..
Tidak layak kau endah dan benci..


Syukurlah hati..
Di beri teman untuk saling mengasihi dan melengkapi!


Kesilapan mesti di perbetulkan
Bukan di tinggal-tinggalkan..
Kebaikan di kongsi..
Bukan untuk membangga-bangga diri..


Tidak perlu “kaya” !
Tidak perlu wajah yang ‘indah-indah’ !
Cukup , jiwanya rendah pada TuhanNYA..
Rasa tenang melihat wajahnya.


Cinta.. mesti yang halal !
Rindu …mesti yang Halal !
Sayang…mesti yang Halal !



~ bercinta hingga ke SYURGA..




Inspirasi buat insan-insan yang mengejar CINTA yang HALAL …


“ada 3 golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka iaitu : seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka,dan serang yang ingin MENIKAH  kerna ingin menjaga kehormatannya”
(Hadis riwayat Ahmad, Nasai,Tarmizi,ibnu Majah,Hakim )


“..Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat DEKAT..”
  (Al-Baqarah :214)


“Berdoalah kepadaKU nescaya akan  ku perkenankan bagimu..”
   (Al-Mu’min : 60)


“Mintalah pertolongan dengan Allah dengan SOLAT  dan SABAR”
   (Al-Baqarah :153)


“sesungguhnya Allah PASTI menolong orang-orang yang menolong agamaNYA,Sesungguhnya Allah benar-benar maha Kuat lagi Maha perkasa..”
(Al-Hajj :40)



Tersenyumlah….Sudah saatnya,kita menggantungkan sepenuh harapan hanya pada Allah ..:)


05 April 2012

Mau 'menari' di atas pelangi ???






Pelangi cantik bukan ? ya, pelangi sangat cantik..warna-warnanya begitu indah.
Mau menari di atas pelangi ? hihi..jangan! nanti jatuh !
……………………………….

Pandangan mata kita mudah tertarik pada benda-benda yang  ‘menarik’ dan ‘cantik ‘ kan.
Hati kita berbunga-bunga,mata kita bersinar-sinar saat melihat benda-benda yang cantik lagi menarik. Apatah lagi benda-benda yang kita suka, bisa terbang ke angkasa kita di buatnya.


Bagaimana pula dengan benda-benda yang  ‘jelek’ dan ‘tidak menarik’ ?
Sekali pandang pun sudah cukup! pandang sekali pun kita rasa seakan menyesal kan ! Apatah lagi benda-benda yang kita tidak suka..terasa malang sepanjang hari kerana terjumpa dengannya.


Benda cantik atau jelek ,bukan itu yang menjadi persoalan pokok . Tapi…bagimana dengan cara kita memandang ???

Pelangi cantik ?

Bagaimana ,jika yang melihat pelangi di saat ini, orang yang sedang banyak masalah? Adakah pelangi masih cantik di mata kita ? pasti tidak bukan !
Lagi-lagi orang yang sedang putus cinta ! bisa-bisa pelangi di lihat seperti jalur-jalur kaca yang sedang retak sejuta.


Seorang bijak pandai berkata :
 “ selalunya apa yang diperlukan hanya perubahan dalam diri kita , bukannya perubahan keadaan “


Kita tidak bisa mengubah keadaan ‘semahu’ kita, tapi kita bisa mengubah diri kita agar bisa selesa dengan keadaan yang kita hadapi.

Ada masanya, cara kita memandang perlu berubah. Agar semua yang kita pandang bisa kelihatan cantik-cantik belaka.kerna …ada masanya, kita pasti akan terlihat benda-benda yang membuatkan mata kita ‘buta’ dan hati kita ‘sakit’.

Bersedialah untuk memandang!..jadilah pemandang yang ‘berhikmah’ . memandang yang ‘cantik’ bertambah iman, memandang yang ‘jelek’ bertambah tunduk dan syukur .


Hidup ini menjadi sempurna lagi bermakna kerna adanya benda yang ‘canti’ dan ‘jelek’.

Jangan bernafas, pada benda-benda yang kita suka, tapi hidupalah pada Dzat yang telah menciptakan …


Jom menari di atas pelangi… takut  jatuh ? , hihi. . biar ‘sakit’ sikit, supaya kita tahu, kehidupan ini mempunyai makna yang tersendiri..



13 February 2012

kehilangan 'rasa'..


Makan nasi kukus ,lauk ayam goreng,campur sambal belacan, Saya tetap rasa tawar !Demam hampir seminggu,Sungguh, saya kehilagan rasa! Allah tarik nikmat ? tidak ! ada benda lain yang Allah nak ajar.


Allahuakbar, ‘rasa’ itu juga nikmat, rupanya saya tidak sedar! Cuba bayangkan bila ‘rasa’ tidak ada dalam hidup kita? Makanan enak, tapi rasanya tawar.! Rasa juga, tapi berbeza dari rasa yang asal.


Saya bawakan contoh yang lain..


Cantikkan pelangi ? cantik ! berwarna-warni warnanya. Sungguh,pelangi memang cantik !.cuba bayangkan tiba-tiba kita tak rasa apa-apa pun bila tengok pelangi,





Mata kita hanya sekadar melihat, ya itu pelangi, tapi hati kosong dari rasa ! kita tak rasa apa pun bila tengok pelangi. kita hanya tahu itu adalah pelangi.!..kehilangan rasa !


Lagi sedih..melihat wajah mak dan ayah tanpa rasa ! sekadar tahu itu mak dan ayah aku ! tapi hati kosong dari rasa. Kasih tak da, sayang pun tak da. !..kehilangan rasa !


Kita pernah melihat Allah ? jawapannya pasti tidak bukan !


Ya,,kita tidak pernah melihat Allah, tapi kita dapat rasa bagaimana Allah itu ‘wujud’dalam hidup kita. Apa yang kita pandangan, apa yang kita fikir, apa yang kita baca, apa yang kita faham ,apa yang kita tenung, apa yang kita sentuh ,apa yang kita nikmati ..semua itu memberikan hati kita rasa yakin bahawa Allah itu ada !


Rasa hati, Rasa Yakin, rasa hati, rasa yakin, benar..Allah Ada !

Bukan sebarangan rasa, benar Allah itu ada ! Cuma dengan me’rasa’ !


Tapi, bagaimana pula keadaannya..bilamana kita kehilangan rasa, dari merasa Allah itu ada ???

Nauzubillah, sungguhh ! hidup kita bisa musnah!


Kita tidak sedar , bahawa selama ini kita hidup bergantung dengan ‘rasa’, segala tindak tanduk kita semunya memerlukan rasa.


‘Rasa’ itu kecil tapi mahal , rasa itu nikmat tapi tidak boleh di lihat !


Contoh :

Kita dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan , kemudian kita rasa sangat gembira , kita menangis terharu, kemudian melompat-lompat kerana terlalu rasa gembira.


Kita rasa gembira ? ya kita gembira. Tapi ‘rasa ‘ gembira itu tidak bisa di lihat !


Rasa tu benda yang tak Nampak , menangis ! melompat-lompat ! itu tindakan daripada apa yg kita rasa. Kita rasa gembira kemudian kita menangis dan melompat-lompat . tapi rasanya di hati ! batin ! zahirnya melalui tindakan .


Halus kan ‘rasa’ tu, nikmat yang kita anggap kecil ,tapi besar maknanya dalam hidup kita.

‘rasa’ itu nikmat ! di antara nikmat-nikmat yang Allah beri.


Bersyukurlah dengan apa yang kita ‘rasa’ hari ini. Rasa Cinta, rasa sayang, rasa gembira, rasa marah, rasa benci, dan apa pun jua yang kita rasa !


Bersyukurlah..ya ! bersyukurlah kerna Allah berikan ‘rasa’.


Kerna ‘rasa’ itu adalah Nikmat !

17 June 2011

Dairi Maria

Astagfirullahalazim…maria!!! apa yang kau buat ni…


Biar aku mati…aku nak mati…………………


Astagfirullahalazim…Mengucap maria…mengucap..’ ingat Allah maria…’liza memeluk tubuh maria dengan penuh kemas,terasa begitu lemah tubuh temannya itu. Cepat-cepat liza mengambil sebilah pisau yang masih berada di tangan maria .


Maria rebah dalam dakapan liza,tubuhnya begitu lemah..wajahnya teramat pucat..airmatanya begitu deras mengalir..


Liza memapa maria baring di atas katil,sambil menyapu-yapu dada maria untuk memberikan ketenangan..


Maria masih dalam keadaan yang separuhsedar ,walaupun mata sudah begitu layu dan lemah..


Liza menyapu-yapu wajah maria ,dengan sehelai sapu tangan yang separuh basah.sambil lisannya dari tadi tidak berhenti-henti berzikir..mujurlah,maria tak sempat menghiris pisau di urat nadi tangannya tadi. ‘Allhuakbar,bisik liza menghembus nafas yang kuat.


Setengah jam berlalu…..


******************************************************

Aku banyak dosa za , ‘maria mula bersuara.


Allah……tidak ada manusia yang tidak punya dosa maria..’balas liza dengan penuh kelembutan,sambil tangannya mengenggam erat jari jemari maria.


Kenapa aku begini za…’airmata maria berlinangan kembali..suaru kesal dan sedih keluar dari bibir maria yg berketar-ketar..


maria..ingat Allah maria, ingat Allah..ini hanya ujian maria ..’ balas liza,lantas memeluk tubuh maria dengan penuh erat.


Kenapa mesti aku….kenapa dia buat aku begini…kenapa masalah keluarga aku tak pernah selesai…kenapa za,kenapa ??? kenapa???’maria mula mengeluarkan satu persatu apa yang tersimpan di dalam hatinya..


Teruskan maria, kelurakan apa saja yang tersimpan di hatimu, kalau itu yang bisa membuatkan hati mu tenang..’liza,memandang tepat kedalam mata maria..dia benar-benar ingin maria tahu,dia sanagt-sanagt mengambil berat dan sayangkan maria.


“liza cuba memahami keadaan maria yang baru putus tunang,di tambah pula krisis keluarga maria yang semakin teruk”


Aku tak layak dapat lelaki yang baik ka za? aku bukan anak yang baik ka za ,?aku dah letih za, aku letih sangat-sangat..’ tambah maria,airmatanya juga semakin deras mengalir.


Allhuakbar,jangan cakap macam tu maria,setiap orang ujiannya berbeza, aku faham kau terlalu letih.tapi jangan ikutkan hati maria,Allah sayangkan kau,Allah hanya ingin meguji sejauhmana keikhlasan cintamu padanya selama ini,Allah tahu kau mampu maria,sebab tu dia bagi ujian ini pada kau, kalau Allah bagi pada aku,mesti aku tak mampu hadapi..’liza cuba memujuk maria.


Aku dah kenal kau lama maria,aku kenal sangat kau siapa, maria yang aku kenal, orangnya sabar dan tenang, kuat hadapi apa jua masalah yang datang, apa pun yang terjadi dia sentiasa positif dan yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..’tambah liza lagi.


Aku tewas za, aku tewas dengan panahan nafsu dan ugutan syaitan. Hari-hari aku di gigit-gigit dan pujuk-pujuknya,sampai koyak-koyak iman ini di buatnya..Allahurabbi, aku terlupa pada kaih sayang Allah za…’kesal maria.


Maria,kita hamba maria,kita bukan siapa-siapa….itu tandanya kita masih perlukan Allah dalam hidup ini, walau dalam keadaan apa pun jua,kita sentiasa perlukan Allah.Allah lebih suka kita mengadu padaNya sekalipun dalam keadaan yang lemah, kita Cuma hamba maria,kita perlukan Allah dalam setipa detik kehidupan ini.tidak ada manusia yang bisa hidup dalam dunia ini walaupun Cuma sesaat tanpa bantuan Allah… ‘liza cuba meniupkan semangat.



Astagfirullahalazim…aku berdosa pada Allah za..masih banyak yang belum selesai antara aku dengan Allah..Astagfirullhalazim,peggang aku ya Allah ‘..sahut maria,sambil matanya di pejam kuat, airmatanya tetap deras mengalir,rasa berdosa terlalu kuat menghambat dirinya.


Allah itu aneh maria, samada kita berdosa atupun tidak,kasih sayang Allah tidak pernah berkurang, saat jalan di muka bumi ini di tutup rapat oleh manusia, jalan di langit terbuka luas untuk kita mengadu padaNya.Bila-bila masa pun Allah sentisa punya waktu untuk kita maria. Allah sama sekali tidak akan pernah meninggalkan kita ,walau sebesar mana pun dosa-dosa yang kita lakukan .Itulah Allah maria. Kita tidak akan pernah merasa keseorangan selagi Allah masih ada menemani…..’liza memberi harapan pada maria,liza cukup kenal dan yakin,maria adalah satu-satunya temannya yang cukup mudah tersentuh hatinya, .


Astagfirullalhalazim…allhurabbi…’bibir maria tidak berhenti-henti beristigfar pada Allah,maria merasa cukup berdosa.


Ingat maria, bila-bila masa pun Allah sentisa punya waktu untuk kita.segala-galanya akan berakhir maria,kerna dunia ini tidak kekal lama.sabar ya,seandainya kita kehilangan sesuatu yang kita rasa cukup berharga,pasti Allah akan gantikannya dengan benda yang jauh lebih baik. Maria….ingat,dulu kau selalu ingatkan aku,setiap perkara di atas muka bumi ini hanya akan datang dan pergi dengan izin Allah. Jadi jangan risau maria, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya …’liza tersenyum ,sambil tanganya menyapu jari jemari maria.


Terima kasih za, terima kasih kerna ingatkan aku pada Allah..’ balas maria.


Tak pa maria, hari ni Allah nak uji kau,esok-esok aku pula kan. Nah, ni dairi kesayangan kau kan,aku tau dairi ni sarat dengan isi hati kau pada DIA kan, dan aku tau,kau lebih sayangkan dairi ni dari aku kan ….’liza saja mengusik..


Za,jangan cakap mcm tu..’balas maria..


He..tak dala..saja ja, sb hari ni aku rasa aku lagi cantik dari kau..senyumla sikit tuan putri…’gurau liza.


Liza..liza…ada ja kau ni..,apa pun terima kasih ya za..terima kasih sedarkan aku..’balas maria,sambil tersenyum.


Ha..kan cantik kalau senyum..maria,kau rehatlah ya, kalau ada apa-apa bagi tau aku ya..aku kat bilik sebelah ja..ok sayang jangan sedih-sedih ya…’liza minta diri,ingin memberi ruang pada maria untuk berehat.


Ok..terima kasih banyak za, ‘’ maria tersenyum…


*********************************************

dahi yang hina,di rapatkan jatuh ke bumi …hati di sujudkan pada pemilik segala kempunan..merasa berdosa,…gagal dalam pertarungan antara iman dan nafsu…


“Ya Allah,ampunkan segala dosa-dosaku..aku hamba yang penuh dosa yang Allah, aku tidak pernah jemu-jemu dari melakukan dosa pada Mu..peggang aku ya Allah,peggang aku ya Allah,peggang aku ya Allah..tidak ada yang mengetahui isi hati ini melainkan kau, tidak ada yang maha pengasih melainkan kau,tidak ada yang maha pengampun melainkan kau…ampunkan aku ya allah…kemana lagi,harus di bawa hati ini melainkan pada mu ya allah,di manalah lagi tempat aku bergantung harap melainkan hanya padaMU ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…jangan biarkan aku,menentukkan takdir hidupku sendiri walaupun Cuma sesaat ya Allah..hamba ni tidak daya dan upaya melainkan hanya dengan belas kasihan daripdaMu ya Allah…jangan biarkan aku sendiri ya Allah..pandangla aku,dengan pandangan kasih sayangMu ya Allah..”


Maria hanyut, dalam sujud penyesalan segala dosa dan kesilapannya..hanya pada Allah tempat dia mengadu dan meletakkan harapan..


Terbaring kaku di atas sejadah..airmata sayu penuh makna di bawa menghadap tuhan…


*********************************************


* Dalam hidup ini jangan pernah berhenti berharap pada Allah..’tidak ada tempat yang selayakknya kita bergantung harap melainkan hanya pada Allah’

*satu hal yang kita sentisa perlu ingat ‘besar mana pun dosa kita pada Allah,Allah tidak pernah walau sekalipun meninggalkan kita’


“ di waktu jalan hubungan di bumi di tutup orang, hubungan ke langit lapang terluang”

~ dr Hamka

23 April 2011

~ Exam Lagi..


" salam Imtihan "


buat teman-teman..


study..study juga,jangan lupa jaga kesihatan ya.


Mohon pada Allah,moga kita dapat keputasan exam yang paling terbaik .


Insyallah,selagi mana kita jaga” hak Allah,pasti Allah jaga hak kita


Saya minta maaf atas segala salah dan silap pada semua =)


Banyakkan senyum...jauhi stress =)


'Moga kita berjaya dalam keberkatanNYA'


11 January 2011

untuk "kamu"



*Lagu ni,Buat sahabat-sahabat tersayang..

kita Muhasabah bersama ya..

Moga Allah sentiasa mengampunkan segala dosa-dosa kita..

~moga keCINTAAN Allah & IKHLAS sentisa mengiringi perjalanan hidup kita.

12 April 2010




"SALAM IMTIHAN"

Buat yg terbaik dlm final exam kali ini ya...

"Jgn lupa jga ibadah,kesihatan & hati org2 di sekeliling kita..

Pohonla pd Allah, mga di berikan keputusan yg terbaik buat diri kita, agar dgn keputusan yg kita terima akan menambahkan lagi kecintaan kita kpdNyA..


Jgn lupa minta maaf pd semua org di atas segala kesalahan kita, khususnya pd mak dan ayah.. dan maafkan segala kesalahan org lain terhadap diri kita..

Teruskan usaha selagi ada masa..

Dan jgn lupa ya...mulakan sesuatu dgn "BISMILLAH" kemudian sudahi dgn "ALHAMDULILLAH"


Insyallah mga kita semua berjaya dlm keberkatannya..Amin..

01 November 2009

Exam oh Exam..

2hb nov 09 ni, bermulalah “Minggu Peperiksaan” bagi seluruh warga mahasiswa Universiti Malaya,Di kesempatan ini saya ingin memberi sedikit pesanan buat diri, dan semua teman-teman..minggu peperiksaan bukanlah masanya utk kita terlalu khusyuk menyibukkan diri dgn membaca buku dari ‘kulit ke kulit’!!! akan tetapi,ada beberapa perkara yg saya kira kita perlu ambil perhatian..


Time Exam :

1) JANGAN lewatkan waktu solat fardhu,hanya di sebabkan hendak mengulang kaji pelajaran..’orang-orang yg disiplin dgn waktu solat,amat mudah beroleh kejayaan’


2) JANGAN terlalu bnyk membaca buku sehingga kita terlalu sedikit membaca Al-quran.


3) JANGAN mengabaikan soal kesihatan,krn bila kita jatuh sakit nanti.. ia akan membawa masalah pd diri kta sendiri..ingat !!!jgn menyiksa diri sendiri. ‘time study kita study,time eating kita eating’.


4) JANGAN pentingkan diri sendiri, sehingga mengabaikan orang-orang di sekeliling kita..sbg contoh ; sekiranya kawan kita jatuh sakit,berikanlah sedikit perhatian..jgalah kwn kita dgn penuh ksh syg,krn kwn kita sngt2 memerlukan bantuan kita..


5) JANGAN lupa minta doa restu,dari “BOY FRIEND & GIRL FRIEND “kita, maaf..jgn salah faham ya,maksud saya mak & ayah kitalah..selagi belum berumahtangga,mak & ayah merupakan insan yg plg penting dlm hidup kita..keredhaan ALLAH terletak pd sejauh mana keredhaan mak ayah pd kita..



Doa saya,semoga kita semua beroleh kejayaan yg d impikan…buat teman2 jgn tension2 ya,buat sekadar yg kita mampu,”stdy smart”..yg penting usaha dulu kemudian kita serahkan pd ALLAH,mudah2 dgn usaha kita yg sedikit ALLAH memberikan kejayaan yg jauh lbh baik & berkat,tp dgn syarat… “Jaga hak ALLAH,ALLAH akan jaga hak kita”..buat sahabat2 seperjuangan ku,ingat kejayaan kita adalah BONUS buat ISLAM..

p/s : saya mohon maaf dunia akhirat,sekiranya ada salah & silap saya pd semua teman2 selama ini. “sekadar renungan utk di fikir2kn , Exam Dunia gagal,boleh repeat lg..tp,Exam akhirat Gagal,kita tiada peluang utk repeat semula!!!


“ Target Exam dunia kita “4.0”!!!!…..Target Exam Akhirat kita????????”



“salam imtihan..bittaufiq wa an najah’