Pages

20 March 2009

UJIAN ALLAH…..dan TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABATKU


Alhamdulillah,akhirnya dpt jg saya mengupdate blog hari ini…wlupun sudah hampir seminggu saya tidak dpt mengupdate blog…dah la bru mjd ahli blogger…nasib-nasib..maaf kpd semua teman “bicara asrar”,sebenarnya dlm semiggu itu lah saya di serang penyakit demam panas,almaklumlah cuaca di Kelantan sejak dua menjak ni,sekejap sejuk,sekejap panas…di tambah lagi dgn virus “demam denggi”& “demam cikukunya”yg semakin berleluasa,bahkan saya sendiri mjd salah seorg suspek demam denggi..hampir seminggu berada dlm cengkaman demam panas,membuatkan diri saya benar-benar teruji,mana tidaknya inilah buat kali pertama saya menghidapi demam panas yg agak lama..

Selama itu juga,saya tidak dapat menghadirkan diri ke kelas toturial,kulyah,saya juga tidak dpt solat di awal waktu sprt kebiasaanya,krn kondisi kesihatan yg begitu teruk dan tidak mengizinkan…dan apa yg lebih menyedihkan saya,saya tidak dpt menghadirkan diri dlm “HALAQAH SUBUH”yg akn di buat setelah selesai solat subuh setiap pagi..saya terlalu rindukan wajah-wajah yg sentiasa bersama-sama dgn saya semsa halaqah itu..kerana apa??? Dlm halaqah itulah,banyak isu dan topic menarik yg selalu kami bualkan dan bincangkan bersama,dr sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara….

Seminggu berada dlm tarbiyyah dan ujian ALLAH,byk benda yg mampu saya pelajari.kali ini agak berbeza sedikit,krn pd kebiasaanya,setelah 2,3 hari demam akan terus sembuh,tp..jangkaan saya jauh meleset,bahkan hari demi hari demam saya bertambah teruk.Pada ketika itulah emosi saya agak tidak stabil,perasaan saya juga ketika itu terlalu cepat tersentuh,bisanya….klu kita jatuh sakit,pastinya mak dan ayah lah org yg sentiasa berada di sisi,tp…saya Cuma dpt membayangkan dua wajah itu dari jauh.kerana saya belajar dkt Kelantan manakala mak n ayah dkt sabah,entah mengapa ?tiba-tiba shj ,hati saya di panjat-panjat rasa kerinduan yg teramat sangat pd mak ayah yg berada di kampung,bg saya tidak cukup klu hanya mampu membayangkan wajah mereka,jauh di sudut hati.saya ingin sekali memeluk erat mak ayah dan melepaskan segala kerinduan yg sudah sekian lama saya tahan.

Tambahan pula,sudah hampir setahun saya tidak pulang ke sabah,teringatkan telatah adik2 yg cukup menghiburkan hati,membuatkan emosi ndan perasaan saya benar-benar terganggu..mungkin juga perasaan rindu yg agak melampau dan terbawa-bawa menyebabkan kondisi kesihatan saya semakin teruk…akhirnya,saya tewas,air mata yg cuba saya tahan selama ini,tumpah juga akhirnya…mungkin itu saja salah satu jln pintas utk meluahkan dan melempiaskan segala kerinduan yg bersarang di dlm hati…….

Ternyata,kerinduan dan kesakitan saya,mampu beransur kurang…krn sepanjag sakit saya di jaga oleh sahabat-sahabat yg sangat penyayang dan perihatin..”deq ZALEKHO,deq ROHAYU,deq MAS,deq PAAH,SHIMA,FARADILA,DAYANG….mereka memberikan layanan yg cukup baik,layanan yg di berikan penuh dgn ksh syg,sebak hati ini,melihat kesungguhan dan kesabaran mereka menjaga saya..(terima kasih duhai sahabat2ku,hanya ALLAH shj yg mampu membalas jasa baik kalian)…tidak cukup dgn itu,saya juga di kunjungi oleh ramai sahabat –sahabat yg lain…husna,angah,afzatul,ada,ana,lily,asma’,wanis,shima,jannah,ash dan ramai lagi termasuklah anak-anak usrahku..bahkan hp saya juga sarat dgn kemasukan msg yg bertubi-tubi,msg yg memberikan saya kata-kata semangat dan bersabar dgn ujianNYA,kehadiran mereka semua memberikan saya segunug kekuatan dan ketenangan utk terus berhadapan dgn ujian ALLAH…

Akhirnya,saya benar-benar yakin bahawa ALLAH,tidak akan pernah membiarkan hambanya melalui ujianNYa keseorang,DIA memberikan saya sahabat-sahabat sebagai satu wasilah utk meringkan beban kesakitan yg sya hadapi….lantas bibir sya mengukirkan senyuman sebagai tanda kesyukuran dan air mata saya juga tiba-tiba mengalir apabila membayangkan bertapa nikmatnya,bila diri berda dlm ujian ALLAH..

  • Pengajaran yg mampu saya kongsikan ialah :

- Gunakanlah masa sihat kita dgn sebaik mungkin,krn belum tentu bilamana kita sakit

- Kita boleh buat kerja dgn baik lebih2 lagi utk beribadat pd ALLAH.

- besangka baiklah pada ALLAH,setiap ujian yg di timpakan pd kita pasti ada hikmah yg

tersembunyi.

- Jgn sekali-kali kita beranggapan yg kita hanya berseorangan,wlupun jauh dr keluarga,krn sahabat yg

berada di sekeliling kita juga merupakan keluarga kita.

- bersabarlah dlm semua perkara,krn sabar itu antara ciri-ciri orang2 yg beriman.

Akhirulkalam…ingin saya kongsikan sedikit,pesanan dr RASULULLAH S.A.W (h.r tarmizi) :

Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara :

  • muda sebelum tua
  • sihat sebelun sakit
  • kaya sebelum miskin
  • lapang sebelum sibuk
  • hidup sebelum mati

Renung-renung dan fikir-fikirkanlah..

Kualiti hati = kualiti amalan






Pada hari ini,kita dapat lihat ada segelintir masyarakat yg sibuk berlumba-lumba mengerjakan amalan..boleh di katakan habis semua amalan sunat di sapunya,solat sunat rawathib tak payah nk cakaplah,solat duha,solat taubat,sedekah,puasa sunat isnin khamis dan banyak lagi la…tp….timbul satu persoalan di sini,apakah ALLAH hanya mengira banyaknya kuantiti amalan yg di lakukan hamba-hambanya,tanpa mengambil kira persoalan kualiti amalan yg di kerjakan..apakah kuantiti amalan yg begitu banyak sudah mencukupi???jgn sampai kita hanya m’dpt penat,tp akhirnya,satu drp amalan kita langsung tidak di terima di sisi ALLAH…maka,rugi besarlah kita…

Kualiti amalan bergantung pd hati pelakunya,setiap kali kita melakukan satu perbuatan,maka hati akan menentukannya itu amalan baik @ sebaliknnya..menderma misalnya,ia merupakan amalan yg sangat baik..tp,sekiranya di lakukan dgn niat utk menunjuk-nunjuk ia akan bertukar mjd riak dan hukumnya berdosa..

Berwaspada dan berhati-hatilah dlm mjaga hati krn amalan sebesar gunung sekalipun tidak akan bernilai wlu sedebu pun,sekiranya di lakukan tanpa niat yg ikhlas.hati bukan shj menentukan kualiti amalan seseorang,bahkan nilai org itu secara keseluruhan..seperti mana sabda RASULULLAH S.A.W :

“sesungguhnya ALLAH tidak melihat pada rupa paras kamu dan
harta Kamu tetapi ALLAH melihat pada hati-hati kamu dan
amalan –amalan kamu”
(riwayat muslim)

Teringat saya pada suatu yg pernah di beritakan rasullulah s.a.w…..
Bagaimana seorang lelaki mjd ahli syurga wlupun amalannya hanya “biasa-biasa” sahaja di bandingkan dgn para sahabatnya yg lain.setelah diselidik oleh Abdullah bin Umar,beliau dapati kelebihan lelaki ahli syurga yg di maksudkan oleh rasulullah s.a.w itu ialah dia tidak pernah menaruh rasa hasad dengki kepada orang lain.sekali lagi ini membuktikan bahawa kualiti hati mjd penanda aras kelayakan seseorang manusia utk memasuki syurga ALLAH..

Saya berfikir sejenak,bagaimana agaknya lelaki ahli syurga itu mjg hatinya?????sehinggakan tiada tersimpan hasad dengki dlm hatinya,namun jauh benar bezanya dgn kita pada hari ini…hati kita pula sarat dgn pelbagai jenis perasaan yg tidak baik..ternyata,lelaki itu memang seorg yg hebat!!!!bukannya mudah nak menjaga hati,sebabnya…….kita sendiri tidak mengetahui di mana posisi sebenar hati kita….ada sesiapa yg tahu?????????seandainya, kita bisa melihat dan menyentuh hati kita sendiri,saya yakin……pasti ramai yg tengah sibuk mencuci-cuci hati,mungkin ada juga yg terpaksa merendam hatinya bersama-sama dgn “Clorox” utk menanggalkan tompok-tompok hitam yg terlalu byk melekat di hati,dan boleh jd ada juga yg terpaksa menjahit hatinya kerana sudah hampir koyak rabak…tp sayang,itu semua adalah mustahil…

Akhirulkalam…mari kita renungkan bersama firman ALLAH S.W.T :

يوم لا ينفع مال ولا بنون الا من اتى الله بقلب سليم

Maksudnya:
“hari kiamat ialah,hari yg mana tidak berguna lagi harta dan
Sekalian anak pinak kecuali orang yg membawa hati yg sejahtera”

( Surah al-syu’ara 26;88-89)


SAAT ITU……..MENGETUK INGATANKU KEMBALI…

Suatu hari saya bersama seorang sahabat saya mengambil kesempatan utk keluar ke Bandar kota baharu bagi membeli barang-barang keperluan harian yg telah habis,hujung minggulah katakan,hanya masa itu yg boleh di gunakn utk keluar membeli-belah,yalah hari-hari lain padat dgn kelas toturial dan kulyah memang tak boleh nk kacau..

………….setelah hampir sejam berjalan,kami mengambil keputusan utk singgah berehat di sebuah restoran yg berhadapan dgn kedai buku “jafarawas”,kerna ingin mengalas perut dan membasahkan tekak yg semakin kering di sebabkan terlalu penat berjalan…tidak sampai 10 minit selepas saya dan sahabat saya membuat pesanan makanan…tiba-tiba….dtg seorang makcik tua(tidak terlalu tua sangat),pakaiannya compang camping serta agak busuk dan kotor@pun klu dlm bahas kasar yg biasa kita gunakan utk org-org sprt itu ialah”pengemis”..(tp,saya amat tidak suka dgn panggilan itu)….makcik tua itu,betul-betul berdiri di hadapan saya,lantas di merayu-rayu…”mek makan mek,lapar….mek makan mek lapar…berkali-kali makcik tua itu mengulangi perkataan tadi,nada suaranya begitu sayu dan agak sedikit bergetar…aduh,hati saya benar-benar di hambat rasa kasihan yg teramat sangat,bukannya apa…makcik tua itu juga seorang ibu,dan mungkin pada saat itu dia benar-benar kelaparan@pun mungkin juga sudah beberpa hari dia tidak makan..saya menjawab rayuan makcik itu,”ya…..ya…..makcik,kita makan ya…sambil saya hadiahkannya,sekuntum senyuman,tanpa berfikir panjang saya terus mempelawa makcik tua itu utk duduk bersama… saya terus berdiri utk membuat tempahan makanan buat makcik tua itu….

…..sahabat saya hanya melihat gelagat saya dr tadi,dia agak tidak bersetuju dgn tindakn yg saya buat….ah,tapi saya tidak mempedulikannya…krn hati saya benar-benar telah di kuasai dgnperasaan belas kasihan yg teramat pd makcik tua itu,lebih-lebih lagi bila saya teringatkan akan impian saya,bahawa suatu hari nanti andai di izinkan ALLAH,saya ingin menubuhkan “institusi kebajikan”,bg saya ini juga satu peluang utk membuat kerja kebajikan…tp,saya tidak menyalahkan sahabat saya,mungkin dia tidak faham dan mungkin pada dia,makcik tua itu masih berupaya mencari rezeki tanpa perlu meminta-minta..

Setelah makanan siap di hiding,saya terus mempelawa makcik tua itu makan,”sila makan makcik”kata saya ringkas,dgn tindakan yg agak sedikit gelojoh,makcik itu menyuapkan nasi ke mulut dgn keadaan yg begitu lapar….kelopak mata saya mula di penuhi air mata,perlahan-lahan saya tahan agar ia tidak jatuh berlinangan ke pipi..hati saya berbisik,”kasihannya makcik tua ini,lapar benar lagaknya,sudah berapa hari lah agaknya dia tidak makan,mana perginya anak-anaknya???knp makcik tua ini di biarkan hidup seperti org pelarian???.....hati saya agak sedikit kesal mengenangkan nasib makcik tua itu….dan saya sudah tidak berselera lagi utk makan krn terlalu asyik memerhatikan makcik tua itu sangat berselera makan,semasa makan makcik tua itu berkali –kali berkata pd saya,”mek halal ya mek…mek halal ya mek.”katanya ringkas..lantas saya menjawab dgn nada yg begitu lembut,”ya makcik halal…makcik makan ya…jawab saya padanya…tiba-tiba tanpa di rancang saya menanyakan satu persoalan pada makcik tua itu,”makcik ada anak?soal saya padanya..makcik tua itu menjawab”ada mek…6 orang semuanya..jawabnya ringkas…saya menyambung persoalan..”mereka tinggal dkt mana makcik??makcik tua itu menjawab persoalan saya…tp,jawapanya agak sukar utk saya fahami,tambahn pula loghat kelantanya terlalu pekat..lantas saya berhenti utk terus menyoal dan membiarkan makcik tua itu terus makan….

…..tiba-tiba ,makcik tua itu menadah tangan berdoa,”saya agak sedikit terkejut begitu juga sahabat saya yg berada di sisi…teman-teman tahu apa doa makcik tua itu….makcik tua itu berdoa,”ya ALLAH,jadikanlah mek ini “JUTAWAN” ya ALLAH….dan selamatkanlah dia dunia dan akhirat.makcik tua itu mengulangi doanya berkali-kali..lantas terus saya menyambutnya….amin ya ALLAH….akhirnya tumpah juga airmata saya,dlm pd itu,hati saya di panjat rasa kesyukuran dan gembira yg tidak terhingga,sempat juga saya berbisik di hati,”ya ALLAH,klu betullah saya akan jadi “JUTAWAN” suatu hari nanti,saya akan tunaikan impian saya utk menubuhkan institusi kebajikan….insyaALLAH…amin..setelah itu,bibir saya tak lekang dgn senyuman…setelah selesai makan,makcik tua itu,berdiri dan terus berlalu pergi..tapi,sebelum makcik tua itu pergi saya sempat mencapai tangannya dan mencium jari –jemarinya dan dia juga sempat mengucapakn terima kasih pd saya..Cuma sayang,saya tidak sempat utk bertanyakan makcik tua itu tinggal di mana?tp,hati saya berkata kecil,mungkin juga makcik itu tidak mempunyi tempat tinggal…saya tetap mendoakan semoga makcik tua itu sentiasa berada dlm jagaan dan lindungan ALLAH..amin……

Buat semua teman-teman bicara asrar,cerita ini saya kongsikan utk di jadikan sebagai pengajaran,dlm hidup ini masih ramai lagi org-org seperti makcik tua itu yg sangat-sangat memerlukan bantuan kita,klu kita tidak mampu..berikan sekadar yg kita mampu shj,jangan kita tunjukkan wajah masam dan kurang menyenangkan terhadap mereka,mereka juga manusia,tetap punya hati dan perasaan,lebih-lebih lagi pd yg telah berusia,layan la mereka dgn baik,jgn sesekali kita kasari mereka..pada siap lagi mereka hendak mengadu,klu bkn pada kita..jgn risau,kita takkan jatuh miskin,klu kita selalu membantu org-org yg susah,bahkan pasti ALLAH akan memperluaskan pintu rezeki kita,hidup ini…tidak selamanya kita akan berada di atas,ada kalanya kita di atas dan ada kalanya pasti kita akan berda di bawah…rezki datangnya dr ALLAH…jd,apa yg ada pada kita,wajarlah kita kongsikan bersama…pesanan yg terakhir dr saya…”JANGAN PERNAH TAKUT UTK MEMBANTU ORANG LAIN,KERANA UTUNG NASIB KITA SEMUANYA DLM GENGGAMAN ALLAH”…..

IKRAMAH……??????

“PENENTANG JADI PEMBELA”

Ikramah anak kepada Abu Jahal.Beliau lahir daripada keluarga bangsawan Quraisy.Sejak kecil,dia didik menjadi seorang pahlawan dan apabila besar ikhramah menjadi seorang panglima muda yg gagah berani,penunggang kuda yg handal dan banyak pengalaman berperang.
Sebelum memeluk Islam,Ikramah bin Abu Jahal amat memusuhi Nabi Muhammad SAW sama seperti ayahnya Abu Jahal.Kebencian Ikramah semakin menebal selepas ayahnya terbunuh dalam “Perang Badar”.semasa tentera Islam memasuki kota Mekah,Ikramah dan pasukan tenterannya berazam menewaskan Rasulullah tetapi Berjaya di kalahkan oleh pasukan tentera yg dipimpin oleh Khalid bin Walid.

Kerana berasa takut dibunuh oleh tentera Islam yg menakluk kota Mekah,Ikramah bin Abu Jahal melarikan diri ke yaman tetapi kedatangannya tidak di senangi oleh penduduk negeri itu.Kemudian,beliau bercadang meminta bantuan daripada raja Habsyah.Dalam pelayaran menuju ke Habsyah,kapal yg di naikinya dipukul rebut dan hamper karam.Ketika itu,Ikramah bernazar sekiranya terselamat daripada bencana itu,dia akan kembali ke Mekah menemui Nabi Muhammad.Akhirnya,dia terselamat daripada bencana itu.
Kemudian,Ikramah kembali ke Mekah lalu menemui Nabi Munhammad.Beliau tertarik melihat keperibadian Nabi Muhammad yg mulia.Rasulullah tidak membenci ataupun membalas dendam kepada Ikramah walaupun dia pernah menyatakan beliau adalah musuh utamanya.Ikramah kagum dgn keperibadian Rasulullah yg pemaaf dan pengampun.Apabila di ajak masuk Islam oleh Rasulullah,ikramah bin Abu jahal meminta tempoh hendak berfikir dahulu kerana tidak mahu dituduh masuk Islam kerana takut ataupun dipaksa.rasulullah bersetuju dgn permintaan Ikramah.

Sejak memeluk Islam,taubat memasuki segala rongga nadi dan hati Ikramah.Setiap hari dia membaca al-Quran,sembahyang dan mengerjakan ibadah lainya.Pada musim haji,Rasulullah mengangkat Ikramah menjadi ketua pemerintahan di Hawazin.Namun,Ikramah dapat merasakan kenikmatan iman di samping Rasulullah sebentar sahaja di sebabkan beliau kembali ke rahmatullah.Selepas kewafatan Rasulullah,ramai yg murtad dan mengaku menjadi nabi.Khalifah Abu Bakar melantik Ikramah memimpin pasukan tentera ke Yamamah bagi menumpaskan mereka yg enggan membayar zakat.Di sana Ikramah memperlihatkan kehebatannya dgn kemurnian iman,dgn memberikan ajaran selayaknya kepada kaum bani Hanifah.Sekembalinya dari yamamah,Ikramah meneruskan perjuangan ke MahaKhalifah Arah dan di sana juga dia member pengajaran kepada kaum murtad.Gerakan pembersihan kepada kaum murtad selesai.Kini,tiba saatnya pengembangan Islam ke daerah pemerintahan Rom dan Parsi.Sebagai seorang pejuang yg tabah , berangkatlah Ikramah ke tanah Syam bersama-sama pasukan Islam.Sebelum pasukan besar ini berangkat ke tanah Syam daerah penjajahan Rom,maka Khalifah abu Bakar keluar memeriksa pasukan itu di satu tempat perkhemahan yg bernama Jaraf.

Sewaktu Khalifah tiba di depan satu khemah besar yg di kawal lapan tentera berkuda bersenjata lengkap,maka beliau bertanya khemah apakah ini?Ternyata itu adalah milik Ikramah.Abu Bakar menawarkan bantuan yg di perlukan tetapi Ikramah menolak tawaran itu.”saya tidak memerlukan bantuan yg berupa benda,ya Khalifah.Kami sendiri sekarang memiliki ribuan dinar.Hanya kami pohonkan doa dan restu Khalifah,”kata IKramah.

Seketika itu juga,Khalifah mendoakan kebahagiaan dan kemenangan buat Ikramah dan tentera Islam.Dalam pertempuran di Yarmuk,tentera Islam berjumlah 40,000 orang bertempur dengan tentera Rom 250,000 orang.Mereka mengempur musuh dengan serbuan laksana banjir deras hingga pertahanan musuh hancur berderai.Dengan tabah,Ikramah menghadapi pedang dan tombak musuh,hingga dada dan mukanya luka parah.Melihat keadaan Ikramah dalam keadaan yg demekian,sahabat mengingatkanya,”Tawakalah kepada ALLAH ,ya Ikramah dan kasihanilah pula akan dirimu…”

Dengan tegas Ikramah menjawab,”Dahulu aku berperang untuk al-Latta dan al-Uzza serta kuserahkan maut padanya.Maka,apakah sekarang aku tidak berani mempertaruhkan jiwaku dalam jihad membela Allah dan Rasul-Nya?”….”Tidak…demi Allah,aku tetap menyerahkan jiwa ragaku ikhlas kepada ALLAH.”Terjadilah pertempuran babak terakhir,maka pedang bersentuhan antara satu sama lain.Ikramah cedera parah dan gugur dalam pertempuran itu.begitu juga sahabatnya Haris bin Hisyam dan puteranya Umar bin Ikramah serta beberapa orang yg lain kecuali Dhirar Ibnu Azwar.Ikramah dan puteranya Umar di bawa ke markas Khalid Ibnu Walid.Alangkah sedih Khalid melihat jasad pahlawan bapa dan anak itu.Sebagai tanda cinta dan kasihnya,Khalid meletakkan kepala Ikramah di atas pahanya dan kepala Umar pada betisnya….

“Dahulu aku berperang untuk al-Latta dan al-Uzza.Sekarang,
Aku serahkan jiwaku dengan ikhlas kepada ALLAH”

-Ikramah bin Abu Jahal-

13 March 2009

Seuntai Bicara


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah…setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ALLAH,Kerana dengan izinNYA akhirnya saya bisa menjadi orang baru dalam ruangan dunia blogger..Sedikit kesempatan dan masa yang ALLAH berikan maka terhasillah blog “BICARA ASRAR”…

Ucapan ribuan terima kasih kepada dua org adik yg amat aku sayangi@lebih suka ku berikan gelaran buat mereka berdua iaitu “CUTE MUJAHIDAH” & “HARIR”…merekalah yg banyak membantuku ku dlm menyediakan&menyiapkan blog ini…terima kasih banyak adik-adikku.

Buat semua yg akan mjd teman “BICARA ASRAR”,saya amat mengalu-alukan perkongsian bicara dari kalian semua.Ruangan “BICARA ASRAR” ni tidak di khususkan pada mana-mana pihak,tapi “BICARA ASRAR” khas untuk semua…

Pada teman-teman yg mempunyai tahap pemikiran & ilmu yg jauh lebih hebat dari saya…kehadiran bicara kalian amat-amat saya nantikan.Buat teman-teman yg mempunyai tahap ilmu yg sama seperti saya…alhamdulillah,pastinya kita akan rancak berkongsi bicara-bicara kita nanti….dan buat teman-teman yg masih agak sedikit sahaja ilmunya(maaf ya teman,tiada niat utk merendah-rendahkan),kehadiran kalian yg paling saya nanti-nantikan,moga-moga “BICARA ASRAR” bisa membantu&memberi sedikit ilmu serta manfaat buat kalian…Insya’allah.

Akhirulkalam….mudah-mudahan dgn kehadiran ruangan “BICARA ASRAR” ini,bisa menyatukan kita semua dalam wadah perkongsian ilmu,pengalaman,pemikiran serta pandangan-pandangan yg sangat berguna. Di samping itu juga,saya sangat-sangat mengharapakn teguran&kritikan yg membina dari teman-teman sekalian…Terima Kasih ya ALLAH, krn aku akan bisa berbicara dgn teman-teman yg tidak pernah aku kenali&mungkin jauh sekali utk aku temui..Tp,dgn izinMU ya ALLAH”,kami bisa berkongsi bicara dlm ruangan “BICARA ASRAR”ini….

Salam bicara…salam ziarah buat semua…..





BETULKAN NIATMU MENUNTUT ILMU





Ketahuilah wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu , yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan , seandainya engkau berminat dalam mencari ilmu ini , untuk berlumba lumba dan mendapat kemegahan dan terkemuka dikalangan kawan kawan , dan untuk menarik perhatian terhadap dirimu dan menghimpun terhadap kekayaan dunia , maka sesungguhnya engkau telah berusaha untuk menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri , dan menjual akhiratmu untuk mendapat harta dunia , maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaan mu adalah porak peranda dan guru yang mengajarmu dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian . ketika ini guru yang mengajarmu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperti sabda Rasulullah :


Ertinya : “ sesiapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi dalam melakukan maksiat tersebut “


Dan jikalau niatmu dalam mencari ilmu ini untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah bukan semata-mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang berada dilaut semuanya meminta ampun darimu apabila engkau berjalan .

Imam Al Ghazali

"DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA"



pada saat ini sedangkan anda melakukan maksiat kepadaNya???"

Sekali lagi kita tanya diri sendiri DI MANA ALLAH DALAM HATI kita? Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?

Kalau begitu, sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya?
Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut. Aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku.

Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji-janji Allah pada kita yang mampu bangun di tengah-tengah malam- Allah
menyebut: Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka aku berikan padanya.

Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati-hati ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan
halangan.

Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak-anak, ibu bapa
yang terlalu menyayangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah. Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari segama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk
harta benda, anak-anak, pangkat dan jawatan tapi apa
yang paling penting, DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan anda ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini....