Pages

25 March 2010

Kenapa Dia harus Meminta sedekah???

Semlm sya bersama kakak sya pergi ke pasar malam,sambil2 mencari lauk pauk utk di jadikan santapan mkn malam..biasalah pasar malam ni mjd tempat tumpuan ramai org,smlm pun memang ramai sngt org,sampaikan keadaan menjadi agak sesak sedikit…sedang asyik berjln mencari lauk dan makanan..

Tiba2 pandangan mata saya tepaku pada sekujur tubuh seorg wanita yg sedang meminta sedekah di pinggir jalan ,sambil kedua belah tanggannya mendukung bayi yg masih kecil,dan pada amatan sya bayi itu masih blum sampai umur satu bulan,ya saya pasti..

Fikiran saya mula terganggu,tujuan saya utk membeli makanan terhenti seketika,saya hanya membiarkan kakak utk memilih dan membeli lauk apa2 shj ,yg pntg bisa di makan..fikiran saya hanya tertumpu pada wanita dan bayi kecil itu shj.

Buat pertama kali terpandang wajah wanita dan bayi kecil yg comel itu,hati saya benar2 di hambat rasa kasihan..mcm2 benda yg bermain dlm fikiran saya,saya mula menyoal ini dan itu..”knp wanita itu mst meminta sedekah? Knp bayi sekecil itu harus di bawa bersama meminta sedekah? Di mana suami wanita itu berada? Di manakah wanita itu tinggal sebenarnya? Apakah wanita itu tidak mempunyai sedara mara?..saya pun tidak tahu,knp asyik benar saya memikirkan perihal wanita dan bayi kecil itu..

Hati saya terlalu sedih melihat nasib wanita dan bayi kecil itu,dalam keadaan pasar malm yg cukup sesak dgn ramainya org,mereka terpaksa meminta sedekah utk mencari wang yg akan di jadikan belanja utk mengalas perut@pun blh jadi,sudah bbrpa hari mereka tidak mkn..hati mana yg tidak merasa sedih ,bilamana melihat bayi yg masih kecil terpaksa di bawa bersama utk meminta sedekah..bagaimana agaknya masa dpn bayi itu??ikut kan hati, mahu shj saya ambil bayi itu,nasib baiklah anak orang..

Saya ingin mengajak teman2 utk meneliti beberapa perkara,yg mana pada pandgan saya perkara ini sangt penting utk kita fikirkan dan di ambil berat..

1) Sisi pandagan masyarakat umum

Bila melihat wanita dan bayi kecil yg saya ceritakan di atas tadi,pelbagai persepsi dan andaian yg bisa kita buat…boleh jadi ada sesetengah org yg melihat akan berkata seperti ini “ apasal la bodoh sngt,ada ka patut bayi sekecil itu di bawa meminta sedekah”..dan ada juga yg berkata seperti ini “ kasihannya,masih bayi lagi sudah di ajar meminta sedekah”..ataupun mungkin ada juga yg berkata seperti ini..”Dimana suami dan ayah kepada wanita dan bayi kecil itu,knp mereka di biarkan meminta sedekah di tepi jln..”

Selain daripada itu,mungkin byk lagi persoalan yg berlegar2 dlm benak fikiran kita..”boleh jadi bayi itu lahir tanpa seorg ayah???,barangkali wanita itu terpaksa meminta sedekah krn terlalu miskin dan mungkin suaminya mengalami penyakit yg parah dan hanya terlantar di ats katil tanpa blh berbuat apa2???, knpa harus meminta sedekah,kenapa tidak berusaha mencari pekerjaan lain???kemana agaknya saudara mara kepada wanita dan bayi kecil itu???”…

Itu mungkin andaian daripada kita selaku masyarakat yg melihat,akan tetapi kita tidak mengetahui apakah kondisi sebenar kehidupan wanita dan bayi kecil itu…Cuma saya ingin bertanya,apakah tanggungjwab kita selaku masyarakat yg melihat???…apakah kita hanya harus melihat dan berdiam diri shj..itu silap!!hulurkan bantuan anda,tidak perlu banyak..berikan sekadar yg kita mampu,cukup!

Mereka memerlukan bantuan kita,tidak ada manusia dlm dunia ini yg meletakkan cita2 ingin hidup susah ataupun meminta sedekah di tepi2 jalan..insan2 seperti mereka memerlukan perhatian daripada kita,cuba bayangkan seandainya wanita dan bayi kecil itu adalah darah daging kita sendiri..sedih bukan??? Jangan jadi manusia yg sombong!!!,apa yg kita miliki hari ini,bknlah hak milik mutlak kita..hanya pinjaman semata2 dari yg maha ESA..jd,perlu kita ingat..dlm setiap harta yg kita miliki,ada HAK2 org lain yg perlu kita tunaikan..

2) Nilai seorg Wanita yg sudah berkahwin

Di mana sebenarnya nilai seorg wanita selepas berkahwin?? Bukankah perkahwinan salah satu cara utk menjaga keselamatan kaum wanita??? Wanita yg bergelar isteri,letaknya di hati suami..di kasihi,di cintai,di sygi dgn selembut mungkin..Duhai lelaki,kalian perlu ingat,akad yg di lafaz semasa hari pernikahan adalah satu tanggungjawab yg cukup besar,bknnya lafaz kosong!! ia adalah satu janji yg cukup utuh di antara 2 hati,di mana kalian telah berjanji akan melaksanakan tanggungjwab utk menjaga pasangan masing2 dan melaksanakan tuntutan2 agama dgn penuh kasih syg sehingga ke akhirnya…

Isteri bukannya org suruhan anda,tetapi isteri adalah suri di hati anda,yg wajib anda lindungi dan kasihi sepanjang masa..isteri adalah amanah dari Allah utk kalian wahai para suami,kalian adalah tempat bergantung bg stp insan bergelar isteri..tanya pada diri anda, apa sebenarnya matlamat anda dlm perkahwinan???? Seandainya anda masih belum bersedia utk memikul tanggungjwb dlm perkahwinan,knp harus berkahwin??? Krn nafsu !!!, muhasabah diri..

3) Masa Depan Anak- anak

Allahuakbar,anak2 adalah harta yg plg bernilai pemberian Allah…harta yg wajib anda jaga dgn sebaik2nya,anak2 adalah penyambung generasi anda di masa hadapan..cuba anda bygkan,Bagaimana agaknya dgn masa dpn bayi kecil yg sya sebutkan seperti di atas tadi??? Anak2 perlukakn penjagaan yg benar2 teliti bermula ia dlm kandungan ibu kemudian pd awal kelahirannya sehinggala ia meningkat dewasa…anak2 memerlukan pemakanan yg sihat,perlukan ksh syg dan perhatian yg secukupnya drp ibu dan ayah,perlukan pendidikan yg terbaik termasuklah ilmu dunia dan akhirat , demi menjamin masa depan anak-anak yg lbh sempurna.

Jangan lepaskan tanggungjwb anda dgn sesuka hati,anak2 tidak bersalah,Tanya diri anda..apa masalh anda sebenarnya???Jangan di sebabkan ke BODOHAN anda anak2 dan bayi yg tidak berdosa akhirnya mjd mangsa,laksanakan tanggungjwab anda (suami isteri)..krn itu adalh anak anda!!!

4) Pesanan Buat Remaja dan Yg sewaktu dgnnya

Saya berpesan buat diri dan semua teman2,hidup ni perlu ada matlamat!!!,usia muda bukanlah waktu utk kita bersuka ria,akan tetapi..waktu muda adalah masa yg paling tepat utk kita menyediakn diri bagi meneruskan hidup ke alam yg seterunya,samada alam kerjaya,rumah tangga@pun alam akhirat…

Usaha kita hari ini adlah penetu kehidupan kita di masa akan dtg dgn izin Allah,yg masih belajar,tingkatkan usaha anda..agar bisa mencapai cita2 yg di impikan,ingat ya,kejayaan kita mungkin bisa mengukir senyuman yg plg terindah di wajah mak dan ayah,akan tetapi..dgn kegagalan kita,mungkin hati mak dan ayah biasa terluka tanpa biasa di ubat..

Bagi yg ingin berkahwin..@ pun sapa2 yg meletakkan impian utk berkahwin,tapi..saya rasa tiada manusia yg tidak ingin berkahwin,melainkan Allah mencabut fitrah kemanusiaan dlm dirinya..ingin berkahwin!!! Anda perlu bersedia!!!,bkn dari aspek material semata2,akn tetapi dari aspek rohani yg plg utama,kemudian jgn d lupa aspek2 yg lain seperti aspek keilmuan ,ini yg penting,aspek jasmani dan yg lain2..krn alam perkahwinan bknlah yg semudah kita fikirkan,sungguh pun saya juga belum berkahwin..saya dapat merasakan bahwa alam perkahwinan,menuntut kita mjd insan yg bersedia utk berkorban apa shj,krn segalanya harus di kongsi bersama.

Kita perlu ingat,ingin melihat generasi berjaya akan datang..kita la puncanya,kita ibarat kilang2 yg akan mengeluarkan produk..samada produk itu baik@tidak semuanya ada di tangan kita..kita mesti ingat,klu kita malas sembahyang@tidak sembahyang,yakin dan percayalah, kita bakal melahirkan ramai generasi2 yg akan meningglkan sembahyang dan meninggalkn perintah2 Allah yg lain..

Tapi,seandainya kita adalah orang yg sentisa menjaga hubungan dgn Allah @ sentiasa mjga hak2 Allah..usah risau dan ragu2,Insyallah Allah pasti akan menjaga Hak kita..saya teringat pada satu kata2,bunyinya begini “ Perkahwinan adalah rahsia Allah yg plg Nikmat” ,di mana saat itu segala yg haram akn mjd sehalal-halalnya,insan yg terlalu asing bg hidup kita ,akan mjg insan plg dekat dgn kita..Bahagianya.

Anda ingin bahagia yg mana satu..bahagia sekarang@ bahagia kemudian???.bahagia dlm keadaan yg haram@bahagian dlm keadaan yg halal???,segalanya ada di tangan anda…fikirkan seketika..

Akhir kata,saya harap artikel kali ini..bisa mendatangkan manfaat buat semua,sekadar perkongsian dari saya..sekiranya saya tersilap kata @ terkasar bahasa,saya mohon maaf..terakhir dari saya,”hidup menumpang di bumi Allah,jgn pernah mjd manusia yg sombong,krn kehidupan dunia ini tidak kekal,bila Allah menguji kita,itu tandanya Allah sygkan kita,Allah memberikan kita masalah..krn allah percaya,bahwa kita masih bisa menyelasaikan masalah..Jgn di kejar sangt kehidupan dunia,kelak akan membawa padah..

"ingin menjadi kaya!!!,jadilah hamba yg plg BERTAQWA..krn itu shj yg bisa membuatkan anda mjd manusia yg plg KAYA RAYA..perlu kita ingat,segala sesuatu yg terjadi dlm hidup kita,hanya akan berlaku dgn izin Allah.."

15 March 2010

Aku di Tampar Sebuah Firman..

“Maka apakah kamu mengira bahawa kami,menciptakan kamu MAIN-MAIN(tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan di kembalikan kepada kami???”

(surah Al-mukminun ; 115)

Meneruskan perjalanan dlm kehidupan tanpa hala tuju dan matlamat yg jelas ternyata begitu memenatkan, apatah lagi Mengikat diri dgn kesenangan dunia,akan mjdkan kita manusia yg tidak pernah puas dgn segala yg kita ada,kehidupan sprt ini samalah ertinya hidup yg tidak mempunyai apa2 matlamat dan hala tuju..krn kita akan buat apa2 shj, yg pntg kita dpt apa yg kita inginkn sehingga kita benar2 puas,wlupn pada hakiktanya kita tidak akan pernah merasa kepuasan.

Akan tetapi,hidup yg jelas dgn matlamat,akan mjdkan kita manusia yg snst memanfatkan setip waktu dlm kehidupan kita benar2 bernilai,dan terasa rugi andai d sia2kan dgn perkara yg membawa kepada “kesia-siaan”apatah lagi yg mengheret diri ke dlm dunia kemaksiatan…

Mungkin kita perlu berfikir sejenak,apakah mungkin Allah menciptakan kita saja2@ main2 di muka bumi ini???? Sudah tentu tidak,Allah juga menciptakan kita dgn matlamt,kehidupan dunia ini hanya pinjaman sementara dari Allah,sampai waktunya kita pasti akan kembali..Segala yg kita lakukan di muka bumi ini pasti akan di persembahkan d hadapan Allah kelak,tanpa sebarang pengecualian..Adakah kita bersedia????

Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan utk sujud beribdah kpdKu”

Refresh semula,apa matlamat dan tujuan Allah ciptakn kita d muka bumi ini..dan perlu di ingat “ibadah” itu maknanya luas,apa saja yg kita lakukan krn Allah adalah ibadah,tp ingat tiada istilah melakukan maksiat krn Allah..

Kenapa Syaitan bisa ,meneruskan kehidupan dunia dgn baik…jawapannya Cuma satu,matlamt syaitan cukup jelas “menyesatkan manusia agar tidak beriman kpd Allah”syaitan tidak pernah pts asa dlm kehidupannya,krn dia berpeggang teguh pada prinsip dan matlamat hidupnya..Apakah Syaitan jauh lbh baik dari kita(manusia)????

Jauh berbeza dgn kita,kita kata “ingin mengejar redha Allah”..tapi,langkah kita lebih banyak yg menjauhkan diri kta dari Allah.

Kita perlu byk muhasabah diri,krn umur kita semakin singkat..sepanjang menumpang hidup d bumi Allah, byk mana amalan yg kta buat??..yg mana lbh byk kita buat benda baik @ buruk?? Memang sifat kita manusia,tidak akn pernah terlepas dari melakukan dosa,tapi sampai bila kita harus bersahabt dgn “DOSA”???.. kita perlu sedar sblm terlambat..

Masih ada waktu,utk kita kembali ke pangkal jalan.Rahmat dan Pengampunan Allah jauh lbh besar berbanding dosa-dosa yg kita lakukan..jgn mengeluh dan putus asa dgn apa yg sudah kita lalui,berlajarlah memperbaiki kesilapn diri..bersandarlah pada Allah,mintalah pada Allah agar di berikan petunjuk dlm kehidupan..usah di pertikai,kehidupan dunia memang memenatkan,kecuali bagi mereka yg saling berbuat kebajikan dan berpesan2 dgn kesabaran dan kebenaran…satu yg perlu kita ingat..”Allah adalah tempat kembali segala masalah”…