Pages

07 February 2013

Nota Hati..







Hari ini terasa jumaat yang cukup berbeza dari yang sebelumnya..

Menyelak kain langsir dimuka tingkap..matahari sudah tersenyum, hujan turun sejak awal pagi tadi tak henti-henti..damai sungguh hari ini.

Hari ini aku memilih untuk muhasabah diri..Cuma muhasabah hari ini lain dari yang sebelumnya..

Menjadi kebiasaan..’Dairi’ adalah teman yang paling akrab buat aku bercerita dan meluahkan segala isi hati..



>>>>>> 8 .2.2013 (jumaat)


“ Tuhan,

Perjalanan hidup ini terlalu panjang untuk aku lalui sendiri , ada ketikanya aku perlu berhenti ..istirehat sebentar kerna terlalu penat. Penat..teramat penat, berdiam diri disatu sudut dunia..

Menahan rasa, menahan sabar , menahan marah, ..bertapa besarnya ujian MU datang menggila.
Walau sering jatuh berkali-kali ,aku belajar untuk berdiri kembali..berjalan semampu mungkin, jika bisa aku akan ku cuba berlari..untuk mengejar apa yang patut ku cari.


Tuhan..

Hidup ini, terlalu singkat untuk aku terus mengeluh dan bersedih. Tapi..di posisi yang lain, aku tidak bisa berbohong pada diri sendiri.

Aku tidak pernah kuat tanpa MU,
Itu tandanya..aku teramat sangat perlukan MU..

Sungguh, hidup ini penuh dengan ‘mainan’. Ada masanya aku rasa tidak sabar untuk kembali pada MU tuhan..dan ada masanya jiwa ini rasa begitu takut menggeletar, kerna dosaku lebih banyak dari amal yang aku ada.

Kau Uji cinta dan kesabaran ku, KAU datangkan bermacam-macam situasi dan keadaan, dari depan dan belakang, dari atas dan bawah..hingga satu saat, aku jadi keliru, adakah ini ujian atau musibah buat diri ku.


Tuhan..

Aku tidak pernah meminta untuk kehidupan yang sempurna.bahkan, aku juga tidak menCARI kehidupan yang sempurna ..

..cuma JADIkan aku hamba MU yang sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada.
Yang akan Melihat kehidupan dengan sentiasa merasa cukup,rasa bahagia dengan rasa SYUKUR yang KAu beri.


Tuhan..

Melihat WajahMU adalah cita-cita terbesar dalam hidupku..
aku tidak pernah meminta menjadi siapa-siapa di atas muka bumi ini,cukup KAu jadi kan aku hamba yang selalu ada rasa cinta yang dalam terhadap MU. Hatta..dimana sekalipun posisi diri ku dalam kehidupan ini.

Satu saat nanti aku akan kembali padaMU tuhan, mohon KAU ampunkan segala dosa-dosaku, bantu aku untuk memperbaiki segala kesilapan dan kejahatan yang pernah aku lakukan, pandu perjalanan hidup ku, Kerana aku sering lupa..bahawa aku adalah hamba MU tuhan.


Tuhan..

Aku masih bertahan kerna aku yakin KAU sentiasa ada ‘disini’ , dan Aku yakin aku tidak pernah sendiri !


Ya Allah..

KAU tak hadir secara mata kasarku..
Tapi aku tidak perlu mata, untuk merasa kehadiranMU untuk jiwaku.


………………………..

اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ بِمَا يَقُوْلُوْنَ، وَاغْفِرْلِيْ مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَاجْعَلْنِيْ خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ

Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku karena apa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui. ( jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan)

( HR Imam al-Bukhari )



05 February 2013

....




Kesesakan bandaraya kuala Lumpur ,sesekali mengingatkan saya pada kampung halaman..

Rindu suasana itu..

Rindu saat-saat tolong mak jaga kedai runcit ,

Kadang-kadang ketawa sendiri..bila teringatkan seorang anak jiran , namanya Iman umurnya kira-kira baru dalam4 tahun lebih..

Setiap kali dia datang kedai, mesti bawa duit 50 sen..lepas tu dia minta macam-macam.

Dialog biasa antara saya dan Iman :

‘iman mau beli apa ? saya

o.. yang olen-olen tu ..’iman ( saya dah faham apa dia mahu, nak cumi-cumi..hehe)

ok, Iman mau berapa ?..saya

10..sambil menunjukkan 10 jari jemarinya..(Iman)

Duit Iman mana cukup !, saya saja mengusik..hehe

Cukup ba..mamaku bilang’ Iman (.sambil wajahnya merah nak marah..hehe)


Itu ok lagi, biasanya saya saja bawa dia gaduh.. yalah..biasanya dengan duit 50 sen tu..bukan cumi-cumi ja dia minta, banyak lagi..lucu kalau tengok cara dia cakap..lagi-lagi kalau dia marah. Budak-budak biasalah.. , hey..kalau dia marah..cakap dalam sleng bajau tau..he


Rindu nak gaduh dengan Iman. ..hmmm


Sebenarnya..

Sejak dua menjak ni..asyik rasa letih sangat, sangat letih. Bukan sebab kerja..entahlah, letihlah yang penting. Hidup ni memang meletihkan...kan ?


Bila teringat wajah mak..hilang sikit rasa letih..


Sebenarnya..saya rindukan sesuatu..


‘sesuatu’ yang membuatkan saya rindu..


Pejam mata..ya Allah.. lapangkanlah dada hamba mu yang sesak ini.


Air mata..begitu setia menemani saya…sehingga ke saat ini.


> sesuatu <

03 February 2013

Jom Buat Pulut Durian..



Saya nak share 1 resepi yang simple tapi enak :)

Pernah makan Pulut Durian ? mesti pernah kan ..kan...kan.

Pandai buat tak ? =)

So.. hari ni saya nak share cara-cara nak buat Pulut Durian ni..senang ja, InshaAllah semua orang mesti boleh buat.

ok..


Bahan-bahan yang diperlukan :

1 ) Beras Pulut 1 kg

2) Santan 2 peket ( kalau nk sedap guna santan yang asli tau )

3) Gula pasir 5 sudu teh

4) Tepung jaggung 3 sudu teh

5) Durian ( ikut suka )


Cara -cara nak buat pula..

Step 1 ( masak beras pulut )

- Masak beras pulut macam biasa, nak kukus pun boleh, klu nak senang guna ja rice cooker ..hehe

- Kalau saya , saya kukus ..kemudian bila dah separuh masak, saya keluarkan pulut tu..lepas tu saya gaulkan  dengan sedikit santan..supaya rasa lemak sikit.. kemudian saya kukus semula sehingga masak.. he.


Step 2 ( Masak kuah Durian )

- Masakkan santan , gula pasir , dan durian dalam periuk  ..gaulakan sehingga sebati. Jangan guna api yang besar tau time masak kuah durian  ni..sederhana ja..

-Kemudian bila dah nak hampir masak, masukkan pula tepung jaggung..tapi sebelum tu..bancuh dulu tepung tu dengan air suam..bila dah cair baru masukkan dalam periuk ok, kalau masukkan macam tu ja..alamat berketul-ketullah jadinya..kuah durian pun jadi tak cantik..hehe

- last sekali..gaulkan kuah durian sehingga sebati, bila dah mendidih baru matikan api. bila dah masak..boleh la hidangkan dengan pulut tadi..kemudian makan..he

Simple kan..:)

Tapi.. kalau nak lagi sedap, Bila nak masak tu..mulakan dengan baca Bismillah..kemudian sepanjang masak lazimi zikir-zikir yang mudah seperti selawat, baca Al-fatihah dan macam-macam lagi..mudahkan :)


Masakan pun jadi  sedap, lagi..... berkat ..sb apa yang kita makan akan jadi darah daging kita..:)

Ok itu saja.. Selamat mencuba...Bye..


Assalamualaikum..