Pages

16 May 2011

'Selamat Hari Guru "





16 Mei merupakan hari yang cukup bermakna bagi insan-insan yang bergelar guru, Alhamdulillah segala puji bagi Allah, pada tahun ini bersempena dengan 16mei 2011 kita sekali lagi berkesempatan menyambut ‘hari guru’. Tahniah saya ucapakn kepada semua barisan para pendidik khususnya di bumi Malaysia ini kerna dengan kehadiran kalian ,semakin banyak golongan bijak pandai telah di lahirkan.


Tidak dapat di nafikan ‘Guru’ merupakn entiti yang sangat penting bagi melahiran generasi-generasi yang ‘berkualiti’ pada masa akan datang. Kemajuan zaman pada hari ini,dapat membuka mata kita semua bahawa, golongan para pendidikan telah membuktikan hasil didikan mereka dengan melahirkan begitu ramai golongan Bijak pandai di Malaysia ini khususnya.



Hari ini kita dapat melihat dengan gahnya seorang ‘ guru’ mampu melahirkan seorang tokoh Negara Malaysia iaitu , Perdana menteri Malaysia kita YB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak , kemudian lahir pula seorang wira sulong Angkasawan Negara Malysia Dr Sheikh Muszaphar Shukor , dan tidak ketinggalan Ratu di gelanggang Sukan Pemain Squash Dunia Nicol David turut di lahirkan. Dan ramai golongan professional yang khusus nya dalam bidang pakar motivasi yang juga mampu di lahirkan, sebagi contoh Dr Fadzilah kamsah , Dato’ masyitah Ibrahim, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi.


Kita dapat mengakui bahawa hanya dengan seorang ‘GURU’ sahaja, telah ramai tokoh-tokoh Negara dan golongan profesional telah di lahirkan. Itulah kehebatan seoarng insan bergelar ‘Guru’ hanya dengan tulang empat kerat sahaja, tanpa mengira penat ataupun lelah ,’guru’ tidak penah jemu-jemu mencurahkan bakti dan ilmu demi melihat generasi berilmu akan terus di lahirkan.



ini time sekolah menengah =)


Hanya dengan curahan ilmu sahaja pasti tidak cukup, berkat kasih sayang dan keperihatinan yang turut di berikan oleh seoarng ‘guru’ kepada anak-anak didikannya membutakn minda dan jiwa si anak didik terbina dengan baik dan akhirnya dapat di terjemahkan dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia.


‘Guru’ ,sesungguhnya kehadiran mu sungguh bermakna, tanpa Mu kami sebagai anak-anak didikmu seperti orang buta yang kehilangan tongkatnya. Jangan pernah merasa jemu dalam mendidik anak-anak bangsa wahai ‘guru’,kerana kerjamu sangat mulia di sisi pencipta.


Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru yang pernah mendidik saya bermula di bangku sekolah rendah sehilanglah ke peringkat Menara gading.



Tahniah dan terima kasih sekali lagi saya ucapkan Kepada semua barisan para pendidik di Malaysia khususya ,kehadiran kalian sungguh bermakna, moga terus maju jaya dalam mendidik generasi dan menjadi pendidik yang paling terbaik demi melahirkan generasi yang cemerlang ,gemilang dan terbilang di dunia dan Akhirat.


‘senyum Guru, kerna senyumanMu ibarat satu inspirasi buatKu’


GURU..JasaMu pasti di Kenang sehingga ke akhir hayat..