Pages

24 April 2011

~ hikmah tersembunyi

Bukan tadi kita dah solat isyak sama-sama ka syah ? ‘tanya insyirah.


Ya..ni solat lain , jawab aisyah sambil tersenyum.


Solat…………..la tu .’ usik insyirah.


Ha..solat apa? Ada-ada ja ko ni..’balas aisyah.


Yala2..gurau sikit pun tak boleh .’ rungut insyirah.


Tak da la,aku teringat tentang peristiwa petang tadi la..’kata Aisyah.


O…tentang helmet ko hilang tu ya..’balas insyirah.


Em..Aku terfikir-fikir pula tentang orang yang ambil helmet tu, mesti dia terdesak sangat kan.,’kata Aisyah.


Nak buat macam mana benda dah jadi,tapi bertuah betul la orang tu,suka suki hati dia ja nak ambil barang orang..’ rungut insyirah.


Kalau boleh aku nak ja jumpa orang tu,aku nak ucap terima kasih pada dia..’sambung Aisyah lagi..


Terima kasih !, ko merepek ka syah..nak terima kasih buat apa? dah la dia ambil helmet kau..’ geleng Insyirah.


Helmet tu benda kecil, apa yang penting..orang tu ajarkan aku dua perkara. ‘kata Aisyah.


Apa benda? Tanya Insyirah.


Yang pertama lepas ni aku jangan cuai, yang kedua dia ajar aku supaya jadi orang yang sabar.’ Balas Aisyah.


Yala..’balas Insyirah bersahaja.


Salah aku juga,letak helmet macam tu ja atas motor ,tak pala mungkin dah rezeki dia,aku halalkan..mesti ada hikmahnya. “kata Aisyah.


Hmm…Baiklah Aisyah..baik sangat kawan aku ni..’kata insyirah.


In..aku doakan orang tu berubah dan jadi orang yang baik..kalau dia lelaki,dia jadi lelaki yang soleh,kalau dia perempuan,dia jadi perempuan yang solehah..moga lepas ni dia jadi orang yang rajin bersedekah..’kata Aisyah.


Tak pala, betul juga tu..mugkin peristiwa kecil ni,wasilah untuk dia berubah kn syah ..’balas Insyirah.


Betul tu, kita kena positif dengan semua perkara..mungkin Allah nak ingatkan aku supaya lebih cermat dan berhati-hati lepas ni..’kata Aisyah.


A’ah..kadang-kadang benda kecil ni yang kita selalu terlepas pandang kn..’ kata Insyirah..


Betul tu cik Insyirah..esok pagi kita ada exam …..tengok sekarang jam berapa? ‘kata Aisyah.


Allah….jam 12 dah…jom-jom tido..nanti lewat bangun plk..adui..’ balas Insyirah..


In-in..’ Aisyah tersenyum.



P/s :

- positif dengan semua perkara,pasti akan membuahkan hasil yang baik.

- jangan pandangn remeh perkara-perkara yang kecil..

- Bila di timpa musibah,jangan lupa Ucapkan Innalilahi wainnailaihirojiun..kita kembali pada Allah,yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

- Doa orang yang teraniaya sangat di pandang Allah..Apa salahnya bila kita di aniaya seseorang,kita doakan kebaikannya..kan itu lebih baik.



wallahua'lam..

23 April 2011

~ Exam Lagi..


" salam Imtihan "


buat teman-teman..


study..study juga,jangan lupa jaga kesihatan ya.


Mohon pada Allah,moga kita dapat keputasan exam yang paling terbaik .


Insyallah,selagi mana kita jaga” hak Allah,pasti Allah jaga hak kita


Saya minta maaf atas segala salah dan silap pada semua =)


Banyakkan senyum...jauhi stress =)


'Moga kita berjaya dalam keberkatanNYA'