Pages

26 December 2012

'Toko buku '





Ini toko buku yang paling saya suka.


Antara ‘MPH’ dan ‘KINOKUNIYA’ ..toko buku ini juga yang paling saya suka !

Toko buku ni,terletak ditingkat dua dalam bangunan ‘wisma yakin’ bangunan ini terletak dekat sangat dengan masjid jamek .






Saya pernah duduk dalam toko buka ini selama 3jam tanpa sedar J


Dalam toko buku ni banyak karya-karya dari penulis  Indonesia, saya suka penulisan mereka..menyentuh jiwa, dan jelas message-message yang mahu disampaikan.


Saya bukan ulat buku ! tapi saya suka membaca.., jadi..saya bukan ulat bukulah J hehe


Satu saat nanti, saya mahu bawa anak-anak saya kesini , saya mahu anak-anak saya rajin membaca dan cintakan ilmu. Saya tidak mahu anak-anak saya hanya membaca buku-buku pelajaran disekolah dan universiti,tapi saya mahu anak-anak saya, juga suka baca buku-buku’kehidupan’.


Saya mahu, saya dan suami saya ..jadi ‘guru’ pertama bagi anak-anak kami kelak..insyallah. Amin. J

'kasih sayang'



Ini kedai runcit mak..


Setiap hari mak akan buka kedai dari jam 9 pagi hingga 10 malam, kalau saya ada dirumah saya akan tolong mak jaga kedai, kalau saya tak da adik-adik yang akan  tolong mak pula, kalau kami semua tak da , mak seorang yang akan jaga kedai.Kesian kan mak..


Sebelum mak ada kedai runcit , mak jual kueh. Kueh mak sedap tau. ! setiap pagi mak akan bangun seawal jam3 pagi untuk buat kueh, macam-macam kueh yang mak jual..seperti biasa, kalau saya ada dirumah, saya yang akan tolong mak buat kueh..


Kadang-kadang, time buat kueh..mata saya selalu terpejam,hehe..jam3 pagi. mana tak ngantuk. Kadang mata mak yang pejam, ada ketikannya.mata saya dan mak dua-dua terpejam..lepas tercelik,saya mesti ketawa, kemudian saya cakap sambil ketawa..mak tidur hehe…, mak senyum ja. Saya tahu mak penat. Kesian mak..


Dari kecil,sampai besar..mak adalah insan yang paling banyak berkorban dalam hidup saya, Sejak dalam rahim mak, mak jaga saya dengan baik..sampailah kehari ini, mak tetap jaga saya dengan baik.


Saya orang susah, sebab itu saya tak pernah bercita-cita untuk jadi orang kaya, tapi..saya yakin,saya akan kaya satu hari nanti, sebab..saya suka ‘bersedekah’, walaupun saya tak da duit. ! Saya lebih yakin dengan janji Allah.


" Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya".
 ( Al-Baqarah : 261 ) 


Saya bukan nak bagi tahu yang saya ni baik,sebab saya suka bersedekah. Tapi..saya mahu semua orang yakin..dengan bersedekah, kita akan cepat kaya. Percayalah. Sebab saya nak semua orang kaya , supaya tak da orang miskin.


Bila semua orang kaya dengan sedekah, maknanya dia akan jadi orang kaya yang pemurah. Bila kita jadi orang kaya yang pemurah, maknanya kita suka tolong orang…kan..kan..kan..:)


Saya sayang Mak, Kerna Allah..dan Saya sayang semua orang Kerna Allah .:)


25 December 2012

Sedetik berlalu..



Asal kejadian dari air mani yang hina.
Bisa jadi semulia malaikat,
Bahkan bisa jadi sehina syaitan !


Kemiskinan hati,
Hidup jadi tak bererti,
Kekayaan jiwa,
Hidup pasti kan bahagia.


Memerhati dan diperhati,
Banyaknya dosa bukan kepalang..
Sedar tidak sedar..
Rupanya usiaku..semakin ‘sikit’.


Tuhan..
Moga aku sentiasa punya kesempatan,
Untuk bertaubat sebelum pulang 'kepangkuan'.