Pages

30 December 2011

Good Luck Exam :)





Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman-teman mahasiswa. Moga semuanya sihat dalam rahmatNya.Masa berlalu begitu pantas sekali,Insyallah, ada beberapa hari lagi kita akan menduduki peperiksaan pertengahan semester.


Bagaimana persediaan teman-teman semua ? moga semua dalam keadaan terkawal dan baik –baik sahaja. Nasihat saya, kita tidak perlu terlalu takut dan risau. Sehingga kita mengabaikan banyak perkara.,samada dalam soal kesihatan,ibadah dan hal-hal yang menjadi ruti harian dalam hidup kita.


Teman-teman,

Peperikasaan bukannya medan untuk kita memuntahkan segala ilmu yg kita ada. Tetapi peperiksaan merupakan salah satu medium untuk kita menguji sejauhmana tahap kefahaman kita terhadap ilmu- ilmu yang kita pelajari.


Maka, bersederhanalah..ulangkajilah pelajaran dengan tenang serta strategi yang ‘smart’ . lapangkan minda dan dada. Usaha dengan sebaik-baiknya, tapi jangan sampai menekan jiwa. Bukan pointer yang tinggi kita kejar, tapi ilmu yang kita pelajari biarlah memberi manfaat pada diri dan orang lain.


Jangan di lupa,setelah segala usaha telah laksanakan,kita serahkan semuanya pada Allah, moga Allah memberikan kita kejayaan yang paling terbaik untuk diri kita.


“bahawa sesungguhnya bersama kesukran itu ada kemudahan. Sesungguhlahnya bersama kesukaran itu ada kemudahan, maka apabila engkau telah selesai ( dari sesuatu urusan), tetapkanlah bekerja keras ( untuk urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmu (Allah) engkau berharap.”

( Surah Asy-Syarh, 94 :5-8)

Insyallah, pasti kita akan mendapat kejayaan setimpal dengan usaha yang kita laksanakan atau boleh jadi kita akan mendapat kejayaan yang jauh lebih baik dari apa yang kita sangka.


Akhiranya, saya doakan agar kita semua di permudahkan dalam menduduki peperiksaan kali ini. dan mendapat kejayaan yang terbaik .


Good luck dari Hewi Pmium .

By Husbah Haris laksmana .

Timb.pengerusi Hewi Pmium.

17 December 2011

Tundukkan Hati..




Sukarnya beriman ..

Jalannya payah..

Tapi harus di terima..

Kompas hati ini semakin kehilangan arah.


Beriman?

Ya,beriman pada yg telah menciptakan..

Allahuakbar..mendapatkan cintaMu begitu sukar ya Allah.

Apalagi menundukkan hati ini benar-benar tepat pada CintaMU.


Entah berapa lama,hati ini bisa bertahan..

Entah Sejauh mana kaki ini bisa melangkah ke hadapan..

Kenapa?

Banyak kali terluka,

Banyak kali tersiksa,

Masih bernyawa ,tapi seakan mati.


Jangan..

Itu kan sunnatullah kehidupan,

Pujuklah ..

Biar sakit di sini,

Agar bisa rehat di SANA..


Bisa pecah peti suara ini..

Jeritannya terlalu kuat,tp tiada siapa bisa mendengar.

Terlalu berat menanggung rasa..

Seakan menjunjung langit dan bumi.


Lembutnya firman dan janji-janji mu tuhan.

Terbuai jiwa dan hati yang rasa kehilangan.

Meski tidak bisa di dakap,

Cukuplah memiliki cintanya di dalam hati.


Baiki mana yang silap,

Belajar untuk senyum..

Allah kan ada,

Ya,Allah sentiasa ada.

Yakinlah..kehidupan di ‘sini’..hanya untuk kehidupan di ‘sana’..

13 December 2011

Kebuntuan ini membawa hikmah..

Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah tuhan pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw. ,salam sayang penuh cinta pada semua teman-teman ,Apa khabar teman-teman hari ini ? bagaimana Imannya? Sihat ? Insyallah,moga semuanya dalam keadaan sejahtera hendaknya.Amin.


Hampir 2 bulan saya tidak menulis . itu satu tempoh yang cukup lama saya kira dan mungkin juga pada hemat teman-teman sekalian.


Saya mengalami kebuntuan, sungguh ..saya benar-benar buntu! hamipr 2 bulan ini saya gagal menulis ! berkali-kali saya cuba untuk menulis, tapi gagal . Saya tidak tahu sama ada saya tidak ada idea untuk menulis @ saya malas menulis @ saya tidak tahu apa yang perlu saya tulis. Kebuntuan ini penyakit yang sangat parah bagi saya.


Idea-idea ,cerita-cerita, fakta-fakta hanya berlegar-legar dalam fikiran saya, tapi saya tidak tahu bagaimana idea-idea ini harus diterjemahkan dalam bentuk penulisan.Allah, parahnya kebuntuan saya.


Saya bertanya pada roomate kesayangan saya :


‘ Ayu , kakak tak boleh menulis la,buntu! ..’saya berkata.

A’ah..ayu pun sama kak, ayu pun tak boleh menulis ‘ jawap ayu..

Aduh,..rupanya kami dua-dua buntu J…Allahumma.


************************************************************


Saya tidak mahu terus buntu, kemudian saya mengambil keputusan untuk menulis hari ini.

Teman-teman..

Saya berfikir panjang,baru saya menyedari bertapa besarnya nikmat sebuah ‘idea’ , setelah mengalami kebuntuan selama hampir 2 bulan.Saya tidak begitu menyedari, bahawa idea-idea dan buah-buah fikiran hasil penulisan saya selama ini semuanya datang dari Allah.


Allahuakbar, benarlah..’we never know how much Allah love us??? ‘ rupanya,di sebalik kebuntuan ini ada hikmah besar yang tersembunyi, Allah menyedarkan saya! bahawa,apa sahaja yang saya ada hari ini, kesemuannya adalah hak milik Mutlak Allah, satu pun tidak pernah menjadi milik saya! Tapi kesemuannya adalah milik Allah yang hakiki.


Sungguh teman-teman , sekiranya Allah tidak memberikan saya idea untuk menulis, adakah saya bisa menulis ??? tidak ! , seandainya Allah tidak mengizinkan akal saya berfungsi dengan baik, adakah saya bisa berfikir untuk menghasilkan sebuah penulisan ??? tidak sama sekali !


Subahanallah, indahnya kasih sayang Allah. Hidup kita ini ,perlukan campur tangan dari Allah, kalau tidak..huru hara kita jadinya. Kadang-kadang ,kita tidak menyedari terlalu banyak nikmat Allah yang terselit-selit di dalam celah-celah kehidupan kita hari ini. Contoh macam sayalah, saya tidak dapat menulis,tapi Allah bagi saya sedar ,bertapa saya ni betul-betul memerlukan Allah dalam hidup ini.Kalau bukan di sebabkan bantuan Allah,sampai bila-bila pun saya tidak akan dapat menulis.


************************************************************

Teman-teman ‘penulis’ seperti saya, boleh saya bagi nasihat??? Boleh kan . baiklah, ini nasihat saya..


1) Tujuan kita menulis ?


Teman-teman , apa tujuan kita menulis ?? ,hobi? Ingin di pandang hebat? Ingin berkongsi kebaikan ? ,terserah pada teman-teman. Asal jangan pernah kita lupa, apa sahaja yang kita hendak tulis,berilah paksinya kerna Allah. Kerna Allah?? Ya,kerna Allah! .


Menulislah kerna Allah, jadi apa saja yang kita tulis dari hati keran Allah, akan masuk tepat ke dalam hati-hati para pembaca.sama-samalah kita menulis ,kita bangkitkan rasa cinta para pembaca agar lebih cinta pada Allah.Apa saja yang kita tulis, biar para pembaca dapat merasakan bahwa bertapa besarnya kuasa Allah swt.


2) Mesti rajin membaca


Baru saya sedar, hampir 2 bulan ini saya kurang membaca.akhirnya,ilmu dan pengalaman saya tidak bertambah . kesannya,saya tidak dapat berkongsi dan saya tidak dapat menulis apa-apa untuk di kongsikan. Jadi, kita mesti rajin membaca . ok J


3) Jangan bertangguh


‘Bertangguh’ ni pun satu penyakit,kena berwaspada selalu ni. Bila-bila masa pun kita rasa nak menulis,tulis terus.jangan tangguh-tangguh. Sebab,apa yang kita rasa hati ini tidak akan sama rasanya bila tiba hari esok.Bila kita ada idea nak menulis, tapi kita saja-saja nak tangguh-tangguhkan sebab malas@ apapun alasan kita, percayalah idea itu pasti akan hilang. Jadi,jangan bertangguh ok, nanti kena penyakit ‘buntu’ macam saya padan muka .:)


*********************************

Akhirul kalam, saya mohon doa dari teman-teman semua, moga Allah sentiasa berikan saya kekuatan dan keizinan untuk terus menulis. Moga penulisan saya kali ini memberi manfaat yang baik pada teman-teman semua, kalau tak dapat pun ,sikit pun jadilah.


Satu lagi..sekarang saya dalam proses menulis,untuk menghasilkan sebuah buku. Teman-teman doakan ya. Moga penulisan buku saya ,dapat siap dengan sempurna.Salam kasih sayang dari saya, moga Allah sentiasa satukan kita dalam kebaikan,meskipun kita tidak pernah bersua muka.


Wallahua’lam..

05 October 2011

Sakit pun OK =)

Solat taubat lagi kin?? Tanya Marina


Sakinah hanya senyum..isyarat mengiyakan pertanyaan Marina..


Kin , kenapa mesti solat taubat? Kenapa tak solat hajat? ‘tanya marina


Saja ja …’ jawap sakina sambil tersenyum.


Yala, hari tu kau demam ,kau solat taubat juga kan .’ tambah marina


Ya ,cik marina .’ jawap sakinah bersahaja.


Aku pelik la, hari ni kau sakit gigi je pun, solat taubat lagi .kan lebih baik solat hajat ,boleh minta pada Allah moga sakit kau tu Allah sembuhkan cepat. ‘


Ya,solat hajat pun boleh cik marina. Tak da masalah.’ Balas sakinah tetap tersenyum.


Habis tu,kenapa bila sakit kau suka sangat solat taubat ?? Tanya Marina.


Sakinah hanya senyum, ingin benar di kongsikan pada marina apa yang bermain dalam fikirannya setiap kali dia di landa sakit.


Eeeee.., aku tak suruh kau senyum…………………… .jawaplah soalan aku tadi .’marina geram.


Marina..marina…bila sakit aku solat hajat juga la .’ balas sakinah.


Ah, kau tak jawap lagi soalan aku. Ok tak pa. hey, tapi bukankah bila kita sakit Allah nak hapuskan dosa-dosa kita. ‘ marina


Ya… betul cik marina ,bila sakit Allah nak hapuskan dosa-dosa kita. Baik kan Allah‘ jawap sakinah


Ok ,tapi aku masih tak puas hati ni..kenapa kalau sakit kau suka sangat solat taubat ha..??? ‘tanya Marina lagi.


Na..macam ni, boleh jadi bila kita sakit,ada isyarat lain yang Allah nak tunjuk. Boleh jadi kesakitan yang kita alami hari ini adalah tanda-tanda awal bagi sebuah kematian .


Hish..kau ni ! kesitu pulak ..’ Marina mencebik


Allah…betul la, Na..memang betul,bila kita sakit Allah nak hapuskan dosa-dosa kita. Tapi tidak bermakna keseluruhan dosa-dosa kita akan terhapus. Dosa kita kan banyak. Jadi, apa salahnya bila kita sakit kita banyakkan bertaubat pada Allah. Betul tak cik Marina sayang..’ balas sakinah.


A’ah ..betul juga kata kau . kenapa aku tak pernah terfikir ya selama ni..’ sambung Marina.


Bila sakit ni, sebenarnya waktu bonus untuk kita berdua-duaan dengan Allah. Perasan tak ,bila sakit kita tak banyak cakap,selera makan tak da,nak jalan-jalan pun tak da mood dan banyak perkara yang kita tak da tenaga nak buat.Fizikal kita lemah. Kebiasaannya bila sakit,kita hanya fokus pada kesakitan yang kita rasa, kita rasa nak sembuh cepat.betul kan? Masa sakit ni,kita tak da masa dah nak fikir benda-benda lain,melainkan kita nak sembuh cepat. Jadi,tidak ada siapa pun yang boleh menyembuhkan kesakitan yang kita rasa melainkan Allah..’ terang Sakinah sambil tetap tersenyum.


Betul tu kin, time sakit jugalah kadang-kadang rasa mudah sangat nak marah.. tapi,rahsia di sebalik sakit jarang sekali kita terfikir kan. Dan aku rasa,sikit sangat orang yang fikir positif tentang sakit ni. Kebanyakannya negetif ja memanjang.macam aku jugalah ni…’sambung Marina.


Biasalah tu,kadang-kadang aku pun macam tu juga. Jadi kita mesti ubah mind set kita dari sekarang. Satu pekara lagi kita kena bersyukur na.. ,kan beruntung bila hari dekat-dekat kematian kita,kita dah sakit, jadi masa tu hati kita dah ready ingat pada Allah..’ balas Sakinah.


Sayangnya Allah pada kita kan, sakit tu bukan untuk sakit sebenarnya.. sakit kat dunia ja, sakit hari ni pun,sebab Allah nak bagi kita rehat kat akhirat nanti..’ kata Marina.


Betul tu na..kita ni, tak kan pernah tahu banyak mana sebenarnya Allah sayang kita. Banyak sangat benda-benda tersirat yang membawa begitu banyak kebaikan yang kita tidak pernah tahu,sebab akal dan kudrat kita terbatas kan.. ‘balas Sakinah.


Seronoklah sembang dengan kau kin,terbuai hati aku ..hihihi..’usik Marina.


Yala tu, tak da la..puncanya kan dari kau, kalau kau tak mula tanya mesti aku pun tak terfikir nak cerita. Itu lah kebaikan sahabat aku sorang ni, cik Marina yang suka bertanya..’balas Sakinah.


Ceh, kalau aku puji sikit pandai ja kau nak megelak kan. Patutlah , ramai adik-adik first year yang join usrah dengan kau. Kau sembang simple ja, tapi makna di sebalik yang kau cerita tu besar,dan cara kau fikir tu lain dari yang lain.. ‘tambah Marina.


Hey cik Marina…cuba tengok sekarang jam berapa??? , bukan jap lagi kau ada class dengan Prof Zulkifliki ka?..’tanya Sakinah..


a…….kenapa tak bagi tau dari tadi..aduh,lewat lagi aku kali ni..Sakinah2x…’rungut Marina


Sakinah senyum melihat telatah sahabatnya….’Marina sahabat Sakinah yang cukup ceria ,dari Fakulti Perubatan..’


******************************************

06 September 2011

~ Back to Allah

Setelah ku temui begitu banyak masalah,

Tidak pernah ku jumpa jalan keluar selain kembali kepada Allah,

Ia,kembali kepada Allah !

Kerna setiap yang berlaku semua datang dariNYA,

Samada yang baik ataupun yang kurang baik ,

Pasti semua datang daripadaNYA.


Selalu terjadi benda yang membuatkan hati ku senang hidup ku lapang,

Banyak sekali aku menghirup nikmat tanpa sedar,

Tapi syukurku masih terlalu sedikit,

Ah, alpanya aku.


Sedikit sekali perkara yang menyakitkan hatiku terjadi,

Tapi begitu besarnya kecewa di dada ku,

Berkali-kali ku hitung sakit ,

Hasilnya semakin bertambah kecewa ku rasa.


Akal ku menyangka Allah tidak sayang padaKu,

Sebenarnya tanpa sedar,

Allah menghapuskan dosa-dosaku dan menyusun kehidupan yang jauh lebih baik daripada apa yang aku sangka.


Allah,

Meskipun hatiku sakit ,

Tapi dengan menyebut namaMu,

Jiwa terasa bebas berterbangan,

Aku percaya segalanya bisa terjadi jika engkau sudah berkehendak !



Allah..

Menarik sungguh perjalanan hidup ini,

Ada manisnya ada juga pahitnya,

Kisah-kisah dalam hidup ini,

Membuatkan aku semakin mengenalMU.

Aku tidak dapat apa yg aku mahu,tp kau memberikan apa yg aku perlu !



Allhuakabr ,Allahuakbar ,Allhuakbar.

Kalimah aggung yang memuji kebesarnMU,

Aku akui diri ini begitu kerdil,

Saat menyedari seluruh kerajaan langit dan Bumi,

Segalanya adalah milikMU.



· Allah ,jadikan aku hamba yang baik .Meskipun dalam kedaan yang menyenangkan hatiku @ menyakitkan hatiku.

22 August 2011

'seIndah bahasa ,SeManis bicara '






Lagi punya masalah ? fikiran kusut ?


Nah, ini ubatnya ..


‘Al-Quran itu adalah PETUNJUK dan PENAWAR bagi orang yang beriman

(Surah Fussilat : ayat 44)


“ Dan Quran itu penyembuh bagi penyakit-penyakit yang berada dalam dada.

(Surah Yunus :57 )


.. Serta melegakan hati orang-orang yang beriman

(Surah taubah :14)



Mau gembira dan bahagia ? silakan..



“ Abu Hurairah RA berkata, “Rumah yang didalamnya dibacakan Al Quran akan dilimpahi kebaikan, dihadiri para malaikat dan akan dijauhi oleh syetan. Dan rumah yang dialamnya tidak pernah dibacakan Al Quran, akan terasa sempit, tidak ada kebaikan, didatangi oleh syetan dan dijauhi oleh malaikat“ (Az-Zuhud).


“Diceritakan, ada seorang lelaki mengeluh kepada Rasulullah saw “Ya Rasulullah. Dadaku merasa sempit dan sesak nafasku.” Nabi saw menjawab, “Bacalah Al Quran “ (HR. Abu Said Al Khudry).


"Bulan Ramadhan,bulan yg padanya diturunkan (permulaan) al-quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara hak dan yang batil)"

(al-Baqarah : 185)


Uthman bin Affan berkata :'Kalau hati kita bersih,kita tidak akan pernah kenyang daripada Al-Quran.Aku tidak menyukai satu hari yang aku tidak membaca mashaf al-Quran padanya '




Hadiah dari Allah ..


*Barangsiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran,akan mendapatkan suatu kebaikan sedang satu kebaikan akan di lipat sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata : Alif Laam Miim ,satu huruf.’ Akan tetapi alif satu huruf ,Laam satu huruf dan miim satu huruf”

(HR at-Tirmizi )


*Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a ; ' Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda :'Bacalah al-Quran kerna sesungguhnya Al-quran akan datang pada hari kiamat dengan memberi syafaat(pertolongan) kepada tuan (pembaca)nya'


(riwayat muslim )



******************************************************


*begitu ramai ulama' dan para ilmuan terdahulu menghabiskan Ramadhan dengan memperbanyakkan membaca al-quran.


*mambaca Al-quran bisa membawa ketenangan , jadi siapa-siapa yg selalu kusut fikirannnya,banyakkanlah baca al-Quran. 'al-Quran itu penawar!


'bulan Ramadhan,ibarat bulan kelahiran bagi Al-Quran, jadi sama-sama kita raikannya dgn banyakkan membacanya..'


Orang yang Rajin baca al-quran,orang yg tidak pernah puas bicara dengan Allah..begitu lazat rasanya, sehingga ingin di nikmati kelazatnya berulang-ulang kali.



Mau di sayang Allah ?


Bacalah Al-Quran..


kalau baca al-quran,kita yg untung ! Allah semakin sayang,hidup bertambah bahagia =)



*Jgn lupa baca Al-Quran ya hari ini =)

16 August 2011

Lazatnya berbeza..



Ada sesuatu yg mencuri hati..


Sebutan Ar-rahman benar-benar tembus ke dalam hati.


Di hayati surah Ar-rahman dengan penuh teliti dan bersungguh-sungguh..


Allahuakabr, ternyata surah ar-rahman begitu lazat bila di baca di sepertiga malam..’bisik sakinah di dalam hati.


Lain dari kebisaannya, ini tetap surah ar-rahman yang sama seperti pada hari kebiasaan yang ku baca, tapi kali ini rasanya cukup berbeza,lazatnya meresap hingga ke dalam hati.


Allah,tidak ada ayat-ayat al-quran yang tidak lazat, Cuma surah ar-rahman surah yang penuh cinta dan inspirasi,sungguh..Allah begitu saya padaku..’monolog sakinah.


*********************


Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan..’


Akal ku selalu menang dalam apapun jenis perdebatan, tapi bila bertembung dengan iman, akal terbaring tidak berdaya..


Akal sering melihat apa yang zahir, tapi iman bisa membongkar hikmah yang berselindung di sebalik yang zahir.


Tidak ada nikmatMu yang bisa ku dustakan ya Allah,semuanya begitu sempurna.


Bahkan , juga tidak pantas timbulnya pertanyaan ‘nikmat mu yang mana harus ku dustakan’??


Tersenyum ,Rasa terhibur dengan belainan Allah di dalam AR-rahman, cerita perihal syurga di dalamnya membuatkan hati semakin bersemangat mengejar tuhan.

Buah-buahan..

Air susu yang mengalir..

Mata air yang memancar..

Bantal-bantal,sutera dan permaidani yang terhampar luas..


Ah,pasti semua ini tidak pernah sama dengan yang pernah ada di atas muka bumi..pasti rasa nya luar biasa.


Airmata tetap tumpah walu di tahan,Rasa takut dan gelisah,seolah-olah di tampar berkali-kali bila membaca ayat-ayat ancamanMu bagi hamba yang derhaka..Astagfirullhalazim,ya Allah..derhaka ka aku???? moga ancama ni bertukar menjadi ayat-ayat inspirasi agar aku menjadi hamba Mu yang selalu bertaubat..


“Ya Allah , aku mengeheret hati yang penuh dosa ini di dalam sujudkU..hatiku Cuma satu ya Allah..

Namun telah ku sumbatkan dengan begitu banyak cinta, akhirnya aku sendiri tidak mampu menanggungnya,

Ya Allah, tanpa rasa malu aku persembahkan hati yang kotor ni padaMu. Rasa malu ini tertimbus terlalu dalam kerana kotoran hati ini terlalu banyak ya Allah.

Ya Allah,sungguh tidak bisa ku dustakan bertapa aku sangat memerlukanMU ya Allah. Berkali-kali ku bangun,berkali-kali juga aku jatuh ya Allah. Berkali-kali juga asa ini terputus..Namun kau tidak pernah jemu memberikan harapan untuk aku bangun kembali..

Tidak ada siapa pun yang bisa mencintai aku,sama seperti kau mencintai aku.tidak ada ya Allah! bahkan kau mencintai aku lebih dari apa yang aku tahu.

Ku cuba berkali-kali mendekatiMu ya Allah, namun nafsu ini yang mengawal seluruh kehidupan ku.

Ya Allah,peggang lah aku ..dakaplah aku dalam keampunan dan kasih sayangMu. Ku gagahkan diri yang penuh dosa ini menghadapMU ,kerna aku sangat yakin,keampunan dan kasih sayangMu begitu besar dari dosa-dosa yang aku lakukan.”



Hati sujud penuh kehinaan, sakinah mendakap qalam Quran penuh erat . Mana mungikn ada hiburan lain yang bisa merawat kesunyian hati ku melainkan hanya dengan berbicara dengan qalamMu..rasa cinta berbunga kembali,hanya tuhan yang bisa memberi dan menjadi inspirasi..


*********************************************


Barangsiapa yang membaca satu hurufdari al-Quran,akan mendapatkan suatu kebaikan sedang satu kebaikan akan di lipat sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata : Alif Laam Miim ,satu huruf.’ Akan tetapi alif satu huruf ,Laam satu huruf dan miim satu huruf”

(HR at-Tirmizi )


*Baca Al-Quran tidak perlu di bayar ! bahkan kita yang akan di bayar sama Allah jika membacanya.

* ‘kelazatan’ ada di sepertiga malam..carilah..


17ramadhan ‘masih setia menanti’