Pages

26 January 2011

ya ALLAH....


Ya Allah…

Di saat dan ketika ini aku hanya ingin menyebut namaMU,hanya namaMu ya Allah..menyebut namaMu dengan sebanyak-banyaknya..


Ya Allah..

Aku ingin mengadu,mengadu segala2 yang sedang bersarang di lubuk hatiku ,tp bagaimana ya Allah?? Ayat apa yang harus ku susun,isi hati apa yang harus ku luah ,Sedangkan segala-galanaya sentisa dalam pengetahuannMU,kau sanagt tahu dan maha tahu ya Allah..


Ya Allah..

Bagaimana sebenarnya kau memandang diriku?? Bagaimana sebenarnya kau menilai isi hati ku?? banyak sangat ka dosa-dosaku ya Allah?? Hina sangat ka aku disisi mu ya Allah???


Ya Allah...

oksigen seolah-olah tidak cukup untuk aku bernafas...nadi ini juga semakin kencang denyutannya ..apa yang terjadi dengan diri ini aku juga tidak tahu ya Allah..aku tidak tahu..terlalu sukar untuk ku fahami isi hati sendiri di saat ini..terlalu sukar ya Allah..


Ya Allah..

Tidak pernah terlintas di hatiku untuk derhaka dengan setiap ketentuanMU,Cuma aku takut ya Allah,aku takut..aku tidak mampu untuk memikul bebanan ini..


Ya Allah..

Langkah apa yang harus ku atur?? TakdirMu begitu hebat ya Allah..terlalu berat hatiku menerimanya,diri ini terlalu kerdil dan lemah ya Allah..


Ya Allah..

Aku sanagt tahu,kau sentiasa ada walau di mana? kau sentiasa dekat walau dalam keadaan apa pun..dakap aku ya Allah,dakap aku dengan kasih sayang MU ya Allah,agar getaran hati ini bisa lapang dan tenang..


Ya Allah..

Aku tahu,kau maha tahu ya Allah..hati ini hanya ingin mengadu,tanda aku hamba yang sangat lemah,aku perlukan perhatianMu, dan aku sangat perlukan kekuatan daripadaMU.


Ya Allah..

Ampunkan segala dosa-dosaku,bantu aku ya Allah,kuatkan aku sekiranya aku lemah,bagunkan aku sekiranya aku jatuh,sedarkan aku sekiranya aku terlalai,dan tolong hanyutkan aku dengan Cinta dan kasih sayangMU..


Moga di jalan ini aku semakin tenggelam dengan CintaMu ya Allah

Allahuakbar…hanya kau sumber inspirasi dalam hidupku..



19 January 2011

Merenung..


Jangan…nanti terluka lagi..

Susah lagi mau sembuh nanti..

Ikhtiar ba ni..

Jangan…ribut lagi nanti !

Tapi..ah,biarlah..semuanya Dia yg caturkan.

Itu namanya putus asa..

Jadi apa lagi yang perlu di buat.

Semuanya salah!!!

Sabar..ada tu hikmahnya..


Baru di cubit sikit,belum di pukul lagi kan..

Kalau takut di lambung ombak..

Jangan buat rumah di tepi pantai..

Tapi..

Ndak pa,setiap kesalahan bisa di perbetulkan..

Dosa bisa di maafkan..

Sabar ya..


Kalau minta..

Janganlah…nanti kena marah lagi..

Itu dulu…ah,sama jgk tu..percayalah.

Kenapa susah betul mau faham ya..

Mungkin ada yang ndak kena tu kan..

Ya,betul tu..

Muhasabah,masa nampak macam panjang,

Tapi usia semakin singkat.


Dia kan ada..

Apa yang yang mustahil baginya?

Ndak da kan..

Makanya..mengadu dengan dia..

Rasa di penjara!

Itu hanya pada jasad..

Tapi jiwa tetap terbang kan..

Semuanya bisa selesai tu..

Bersangka baik padanya..

Senyum ..terapi yang baik tu.


Kehendak kita,kehendak dia???

‘Binggung’

Cari solusi yang baik..

Dia tu baik,

Mintalah..insyallah dia bagi tu.

Yang penting jangan putus asa.


Jadi???

Aduh…Apa lagi??

Kuasanya melebihi segalanya ba..

Hati-hati,Rasa was-was tu bisa membawa binasa..

Sebutlah namaNya,musnahlah segala yang bergantung padaNya..

Tenang , jangan lari..

Hadapi..bertindak bijak k !


~ Zikir & fikir versi monolog =) ~

11 January 2011

untuk "kamu"



*Lagu ni,Buat sahabat-sahabat tersayang..

kita Muhasabah bersama ya..

Moga Allah sentiasa mengampunkan segala dosa-dosa kita..

~moga keCINTAAN Allah & IKHLAS sentisa mengiringi perjalanan hidup kita.

10 January 2011

Ah, Rindu lagi...

Muth ,kau ni kenapa? Sapa sakinah..

Eh..tak da apa la,saja ja..”balas muthmainnah.

Dah tu ,dari tadi asyik termenung ja..” balas sakinah

Entahla kin..rasa rindu tiba-tiba menjengah di hati ni,sejak kebelakangan ni asyik teringat ja.


Rindu siapa?


‘Dia’…”jawab mutmainnah’

Dia tu sapa?...”tanya sakinah


‘Dia ‘lah, “ tambah mutmainnah.

EE…tak faham betul aku dengan kau ni..,setiap kali kalau aku tanya kau rindu siapa? Itu ja jawapan kau,dari dulu sampai sekarang..”kata sakinah kegeraman.


Aku pasti dia lah jejaka paling tampan yang pernah wujud di muka bumi ni..”kata muthmainnah.


Aduh…..kau cakap pasal siapa ni ha??? Sakinah kegeraman.


Hatinya….sarat dengan CINTA kepada si DIA’ kin….CINTA nya bukan CINTA biasa,sehinggakan dia bisa meraih CINTA si DIA dan menjadi insan teristimewa di mata si DIA ”sambung Muthmainnah.


YA ALLAH,kenapalah dengan kawan aku sorang ni…muth,kau angaukan siapa ni ha? Cakap lah,benci..aku tak fahamlah apa yang kau merepek dari tadi ni.. “sakinah semakin geram.


Kenapa dia begitu mencintai aku..”kata Muthmainnah.


Siapa lagi yang syok kat kau nih ???...kata sakinah.


Dia, kin..hanya dia yang begitu mencintai aku..” sayup kedengaran suara muthmainnah.


Yalah..’dia’ tu siapa? wahai cik tuan putri Muthmainnah anak pak cik Khalid?? “kata sakinah.

Dia pun begitu mencintai kau sakinah..” tambah Muthaminnah lagi.


Aku..!!! hey,apa kaitan dengan aku pula, apa ni? Cintakan aku, kau ni sakit ka muth?, apa yang kau tengah merepek dari tadi ni ha? Tadi kau kata rindu dia, lepas tu kau kata dia begitu mencintai kau dan sekarang kau kata pula dia mencintai aku juga..kau ni memang dah tak betul ni muth..apa yang tengah kau fikir ni ha?? Bebel sakinah..


Aku tak main-main kin,sungguh… aku tersangat rindukan dia,rindu sangat,rasa ingin ku dakap tubuhnya..ku kucup dahi dan jari jemarinya..,dia sangat mencintai kita berdua kin..” kata muthmainnah.


Emmm…sudahlah kali ni , ok-ok,cakap ja la…aku dengar ni..kenapalah dengan kawan aku ni ya Allah..” keluh sakinah.


Dia kena halau sewaktu ingin memasuki kota mekah,dia di caci dan sangat di benci! Sungguh gagah dirinya sewaktu berhijarh ke Thoif,kepalanya luka kin,sehingga darahnya memenuhi kasutnya..sudah berapa kali dia ingin di bunuh..bencinya kafir quraisy kepadanya..”luah muthmainnah sambil airmata mengalir.


Muth….kau rindu Rasulullah ya? Tanya sakinah mula memahami.

Ya..aku sangat rindukan Rasulullah..selepas baca buku-buku sirah tadi,hatiku bertambah gelisah,fikiranku asyik membayangkan detik-detik perjalanan hidupannya yang penuh penderitaan..Dia sanggup susah kerana kita kin! Kerana kita ,kita sebagai umatnya..kalau bukan kerana dia,belum tentu ISLAM dapat tertegak sehingga ke hari ini..” luah Muthmainnah penuh kesyahduan.


Ya Muth…benar,semuanya kerna Dia,kenapa Dia begitu mencintai kita…sehinggakan sewaktu wafatnya,dia masih mengingati kita..bibirnya asyik menyebut ”ummati,ummati,ummati” tambah sakinah.


Sungguh luar biasa Cinta nya,dia belum pernah berjumpa kita,tetapi cintanya mendahului segalanya..” Muthmainnah .

Ya..Rasulullah itu sungguh aneh cintanya,belum pernah ketemu kita tetapi sudah mencintai kita,..tidak bisa dipertikai lagi mengapa Allah menjadikan dia sebagai kekasihNYA..”kata sakinah.


Rasulullah insan yang sangat luar biasa,jika kita hayati peribadi Rasulullah,tidak dapat kita bayangkan dengan akal yang waras..bagaimana,ada manusia biasa yang mempunyai sifat penyabar yang sangat tinggi seperti dia, dia lebih banyak berlapang dada dalam segala hal,wajahnya sentiasa senyum di kala susah mahupun senang,bantuannya tidak mengira siapa?samada kawan @ pun lawan..sungguh indah akhlaknya kin,sehingga Allah sendiri megikhtiraf di dalam Al-Quran.. “ cerita Muthmainnah.


Dia juga sangat mencintai solat sunat di waktu malam,sedangkn Allah sudah memberikan jaminan SYURGA kepadanya..sungguh jelas bukti cintanya pada Allah,Rasulullah sentiasa berTERIMA KASIH & berSYUKUR dengan nikmat pemberian Allah…”aku juga rindu padanya Muth,Rasulullah memang layak untuk di CINTAI dan di RINDUI “ kata sakinah,sambil matanya berkaca-kaca..


Bertuahnya Fatimah memiliki ayah seperti Rasulullah, bahagianya Khadijah mempersuamikan Rasulullah dan juga Abu Bakar yang sangat bertuah menjadi sahabat baik kepada Rasulullah..” luah Muthmainnah..


Kita juga bertuah Muth,kerna berpeluang menjadi umat Rasulullah..” balas Sakinah.

Benar kin,Moga rasa rindu kita hari ini,mendapat nilaian di sisi Allah,ringankan lisan kita untuk selalu berselawat kepadanya,sama-sama kita cuba hidupakan sunnahnya,Rajin-rajinkan diri kita untuk membaca sirah-sirah perjuangannya dan para sahabat agar bisa di terjemahkan dalam kehidupan..” ajak muthmainnah.


Ya Muth,moga kita juga berpeluang untuk bertemu Rasulullah di SYURGA nanti,moga kita juga menjadi insan terpilih untuk mendapat Syafaat nya kelak..” tambah sakinah.


Insyallah…mudah-mudah kin,moga hari ini menjadi peringatan buat kita bersama,agar menjadikan Rasulullah sebagai Role Model yang paling utama dalam kehidupan..”kata Muthmainnah..


Terima kasih banyak Muth,kerna mengingatkan aku padanya..’” sakinah.

Sama-sama,kita saling memperingati bersama ya..” kata Muthmainnah sambil tersenyum.


P/s : Jom RINDU Rasulullah SAW…

"Daripada Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "orang yang berselawat ke atas aku sekali,Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.."

(Riwayat Muslim)