Berfikir Dan Menghayati Hakikat Kehidupan
Dunia ini bersifat fana,sementara.. manakala akhirat pula bersifat baqa’ iaitu kekal buat selama-lamannya,begitu juga sesuai dgn ketentuan Allah yg memberikan kita hanya 2 pilihan samada ingin melakukan kebaikan ataupun kejahatan dan kesannya juga Cuma ada 2,dosa ataupun pahala dan di akhirya juga kita Cuma akan mendapat 2 jenis ganjaran yg cukup besar samada syurga ataupun neraka..setiap di antara kita bebas membuat pilihan samada ingin mendapatkan kebahagiaan di “JANNAH” ataupun kesengsaraan di “AN-NAR” kelak.
Setiap manusia berbeza-beza jalan kehidupanya,ada yg hidup dlm keadaan yg mewah,miskin,berjaya,gagal,cantik, hodoh,sempurna tubuh badan dan ada juga yg cacat …bila melihat keadaan ini,adakah bermakna Allah itu tidak adil???,krn membeza-bezakan kita yg satu dgn lain.Insan-insan yg hidup dlm keadaan yg sempurna dan mewah seronoklah,tapi bagaimana pula dgn insan-insan yg hidup dlm kemiskinan dan cacat anggota badan..sungguh berat bg kita utk menerimanya bukan???
Allah itu bersifat AR-RAHMAN dan AR-RAHIM,setiap sesuatu yg di jadikannya bukan utk mezalimi hamba-hambanya, akan tetapi Allah mencatur kehidupan kita sesuai dgn tahap keperluan kita masing-masing, Samaada soal ajal,maut,jodoh,rezeki semuanya ada di tanggan Allah..Tahap pemikiran kita terlalu terbatas berbanding dgn ilmu dan kuasa Allah yg begitu besar..andai saja kita bisa mengerti setiap detik yg Allah aturkan dlm kehidupan kita.tidak kirala samaada benda itu menyenangkan ataupun menyusahkan diri kita,pasti kita tidak akan pernah bosan-bosan utk mengucapkan terima kasih pd Allah.Kerna apa yg Allah takdirkan buat diri kita cukup besar hikmah disebaliknya dan itu mampu menunjukkan bukti-bukti kecintaan Allah pd kita.
Allah adalah segala-galanya,apa shj yg kita miliki semuanya kepunyaan ALLAH dan segala sesuatu akan dtg dan akan kembali kepadaNYA…jika DIA berkehendak tidak ada sesiapa pun yg mampu menghalang NYA.Sebagai manusia yg hidup menumpang di bumi Allah,jgn jadikan “TAKABBUR” sbg pakaian hidup kita,jadilah manusia yg ikhlas dlm segala amal perbuatan kita,krn itu yg akan mjdkan kita insan yg sangat istimewa di sisi ALLAH.
Bila menyelak helaian surat-surat cinta ALLAH,banyak pengajaran yg mampu kita perolehi daripadanya..biasa kita terbaca di akhir ayat-ayat kalamallah yg menyatakan bahawa, “Allah snts bersama org2 yg sabar,jadilah kamu hamba2 yg bertaqwa,sesungguhnya Allah maha mengetahui maha bijaksana,Allah melihat apa yg kmu kerjakan,Allah mengetahui segala isi hati..cukup jelas ayat2 Allah ini utk memotivasikan diri kita..dlm hidup ini tiada yg sia-sia,dlm hidup ini tiada yg terlepas dri pengetahuan Allah dan segala yg ada dlm hidup kita ini,Allah yg mengaturnya.
Ayuh,kembalilah kita hidup kpd cara bertuhan(ALLAH)..agar matlamt hidup kita mjd jelas dan teratur, seandainya hidup kita selalu berada dlm kesusahan dan keperitan,insyaallah segalanya akan berakhir dgn izin ALLAH,seandainya kita merasakan tidak mampu memiliki apa yg kita inginkan,kita perlu sedar bahwa rezeki di tangan Allah bkn di tangan kita,seandainya kita merasakan diri penuh dgn dosa dan kemaksiatan...maka kembalilah pd Allah,Allah maha pengasih lg maha pengampun..Kehidupan kita akan berakhir bila sampai waktunya,segala yg kita lakukan di dunia ini pasti akan di adili dan akan di balas dgn seadil2nya di mahkamah perbicaraan Allah kelak..
ALLAH maha besar,kdg2 perancangan Allah jauh lebih hebat berbanding dgn perancagn kita sendiri,ingat dunia ini Allah yg mengaturnya bukannya kita..hiduplah sesuai dgn fitrah kita selaku hamba yg do’if lg lemah..kita semua akan kembali pd Allah,belajarlah menghayati kehidupan agar kita bisa menilai mana yg baik dan mana yg buruk…letakkan keyakinan pd Allah,dgn keyakinan yg tinggi pd Allah akan membunuh segala bentuk kemungkinan..Kehidupan dunia akan berakhir..kita sendiri yg akan menentukan samada ingin bertemu dgn Allah dlm keadaan hitam ataupun putih..letakakn keazaman dan tekad di dlm hati, bahawa kita mengharapkan “husnul khatimah” di akhir hayat kehidupan kita,mga bakal meraih Syurga Allah yg kekal Abadi…insyallah..
Label: muhasabah diri...
Exam oh Exam..
2hb nov 09 ni, bermulalah “Minggu Peperiksaan” bagi seluruh warga mahasiswa Universiti Malaya,Di kesempatan ini saya ingin memberi sedikit pesanan buat diri, dan semua teman-teman..minggu peperiksaan bukanlah masanya utk kita terlalu khusyuk menyibukkan diri dgn membaca buku dari ‘kulit ke kulit’!!! akan tetapi,ada beberapa perkara yg saya kira kita perlu ambil perhatian..
Time Exam :
1) JANGAN lewatkan waktu solat fardhu,hanya di sebabkan hendak mengulang kaji pelajaran..’orang-orang yg disiplin dgn waktu solat,amat mudah beroleh kejayaan’
2) JANGAN terlalu bnyk membaca buku sehingga kita terlalu sedikit membaca Al-quran.
3) JANGAN mengabaikan soal kesihatan,krn bila kita jatuh sakit nanti.. ia akan membawa masalah pd diri kta sendiri..ingat !!!jgn menyiksa diri sendiri. ‘time study kita study,time eating kita eating’.
4) JANGAN pentingkan diri sendiri, sehingga mengabaikan orang-orang di sekeliling kita..sbg contoh ; sekiranya kawan kita jatuh sakit,berikanlah sedikit perhatian..jgalah kwn kita dgn penuh ksh syg,krn kwn kita sngt2 memerlukan bantuan kita..
5) JANGAN lupa minta doa restu,dari “BOY FRIEND & GIRL FRIEND “kita, maaf..jgn salah faham ya,maksud saya mak & ayah kitalah..selagi belum berumahtangga,mak & ayah merupakan insan yg plg penting dlm hidup kita..keredhaan ALLAH terletak pd sejauh mana keredhaan mak ayah pd kita..
Doa saya,semoga kita semua beroleh kejayaan yg d impikan…buat teman2 jgn tension2 ya,buat sekadar yg kita mampu,”stdy smart”..yg penting usaha dulu kemudian kita serahkan pd ALLAH,mudah2 dgn usaha kita yg sedikit ALLAH memberikan kejayaan yg jauh lbh baik & berkat,tp dgn syarat… “Jaga hak ALLAH,ALLAH akan jaga hak kita”..buat sahabat2 seperjuangan ku,ingat kejayaan kita adalah BONUS buat ISLAM..
p/s : saya mohon maaf dunia akhirat,sekiranya ada salah & silap saya pd semua teman2 selama ini. “sekadar renungan utk di fikir2kn , Exam Dunia gagal,boleh repeat lg..tp,Exam akhirat Gagal,kita tiada peluang utk repeat semula!!!
“ Target Exam dunia kita “4.0”!!!!…..Target Exam Akhirat kita????????”
“salam imtihan..bittaufiq wa an najah’
Label: Dairi Kehidupan
Mujahadah..
Aku cuba belajar mjd hamba yg terbaik,namun aku selalu gagal dlm usaha mencapai apa yg cuba aku usahakan..setiap hari demi hari semakin banyak dosa-dosa yg ku taburkan , masa semakin pantas berlalu,dosa semlm sdh terlalu byk aku lakukan,apatah lagi yg sebelumnya dan di tambah lagi dosa-dosa hari ini,diriku penuh dgn kedosaan… debu2 dosa ini, membuatkan saham ku semakin meningkat utk melayakkan aku berada dlm kedudukan firstclass dlm lubang neraka Allah,”Beratnya ujian,banyaknya ujian..apa yg ku lakukan,semuanya salah..buat yg ini salah,buat yg itu salah,semuanya salah…diriku seolah2 tidak mempunyai nilai apa2 di mata Allah…keluh hatiku.
Ibadahku semakin hilang rasa manisnya,bacaan AL-quran ku juga begitu..semakin aku cuba memaksa diri,semakin sakitanya ku rasa mujahadah membina diri..semakin aku cuba mendekatinya,semakin byk ujian yg di berikanNYA,satu2 masalah DIA lemparkan kpd ku..penatnya ku rasakan mujahadah ini…apakah aku tidak layak mendptkan cintaNYA,sedangkan hati ku semakin kering dan kemarau dr cintaNYA…banyak mana sebenarnya dosaku pdMU ya ALLAH!! banyak mana ya ALLAH???
Mengapa jalan mujahadah ini semakin payah ku rasakan,akan tetapi aku tetap memilihnya….hina sangat kah aku di hadapanMU ya ALLAH..kotor sangat kah aku di mataMu ya ALLAH..??? apakah aku hamba yg plg teruk di antara hamba2 mu yg lain…ya ALLAH,aku mohon sedikit hidayah dr mu..utk aku membina keyakinan dan kekuatan diri dlm mujahadah membina hati yg suci….”satu persatu butiran2 jernih mengalir membasahi pipi,kesakitan dan kepenatan mujahadah yg berkurung di dlm hati semakin berat utk di tanggung sendiri…di kala ini,hamparan sejadah jauh lbh nikamt ku rasa berbanding katil empuk yg saban hari mjd teman tidurku..air mata yg asyik mengalir,seolah2 sangat mengerti bahawa dia adalah sahabat karibku di saat ini..
Aku di tampar sebuah firman…
“ Jgn kmu berputus asa dri rahmat ALLAh,sesungguhnya tidak berputu asa dri rahmat ALLAh kecuali golongan yg kafir….”
Aku mula sedar,aku tidak sepatutnya begini,sudah mjd sunnatullah setiap yg menumpang di bumi ALLAH akan di hinggap dgn pelbagai ujian…rasa keyakinan mula menjalar keseluruh pelusuk tubuhku,bila menyedari memo ringkas dr Allah sungguh bererti….ya,aku perlu bangikt dari dunia keputuasaan ini..aku yakin semua ini pasti ada hikmah dan ganjaran di sisiNYA…aku wajib bersyukur,ya bersyukur !!! bersyukur krn Allah masih memberikan aku rasa bersalah dgn dosa,bersyukur krn Allah masih sedarkan aku utk berusaha mdptkan cintanya,bersyukur krn Allah masih memberi peringatan bahawa aku semakin jauh dariNYA,bersyukur krn Allah masih mau meminjamkan hakNYA sdgkan aku hamba yg penuh dosa dan aku wajib bersyukur krn Allah masih mau memberikan kesempatan waktu utk aku memperbaiki diri sebelum tiba waktunya berhenti…
Siapa yg membuatkan aku byk masalah????....ALLAH!!!!, Siapa yg membuatkan aku rasa putus asa????.....ALLAH!!!, Siapa yg membuatkan aku selalu berada dlm keluh kesah????.....ALLAH!!!!, Siapa yg membuatkan aku hilang upaya????....ALLAH!!!!, dan Siapa yg berhak ke atas diri ku ???...juga ALLAH….segala-galanya dr ALLAH..jd,mengapa aku harus bimbang!!! Sedangkan Allah ada..kesemuanya dtg drpNya,maka segalanya juga akan kenmbali kepadaNYa..setiap Sesuatu yg di turunkan daripadaNYA,hanya dia yg memgetahui jln penyelesaiannya..jd,aku harus yakin di hadapanku ada ALLAH..dan sudah semestinya,aku perlu kerap berdampingan dan mengadu kpdNYa.
Baru ku sedar,bahawa jalan mujahadah ini bukanlah jln yg mudah,akan tetapi di akhir mujahadah yg penuh dgn kesakitan dan keperitan ini, pasti akan ku temui kemanisan yg tidak terhingga.. kesakitan yg ku rasa pd hari ini terasa cukup2 nikmat yg mampu memberi kesan dlm diri..”Duhai tuhan yg maha pengasih…leraikanlah aku dari keluh kesah..yg membelenggu jiwa dan fikiran ,di tambah dgn nafsu dan syaitan..berikan aku ketabahan ya ALLAH dan temani aku dlm jln mujahadah ini…kerana aku sangat yakin di hadapan ku Cuma ada???.....ALLAH!!!
Jangan Pandang ALLAH sebelah Mata!!!
Msg ini, saya terbaca daripada blog seorang sahabat ,lantas saya terus membuka AL-QURAN…
"ikhwan dan akhwat, kejadian gempa di Padang jam 17:16 lihatlah al-Quran surah ke 17 ayat ke 16, susulan di Padang jam 17:58 buka al-Quran surah ke 17 ayat ke 58. Terjadi pada tanggal/bulan 30:9 lihat al-Quran surah ke 30 ayat 9. Gempa di Jambi jam 8:52 lihat al-Quran surah ke 8 ayat 52. Renungkan dan sebarkan bila kita menyayangi diri sendiri. Semoga kita termasuk dari golongan yang mengambil hikmah dan pengajaran."
Mari kita semak bersama…
1) 17:16 (surah al-isra')
"dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadap perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu)."
2) 17: 58
"dan tidak ada satu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari Kiamat atau Kami seksa (penduduknya) dengan seksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (luh mahfuz)"
3) 30:9 (surah ar-rum)
"dan tidakkah mereka berpergian di bumi lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka (yang mendustakan Rasul)? Orang-orang yang lebih kuat dari mereka (sendiri) dan mereka telah mengolah bumi(tanah) dan memakmurkannya melebihi apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa bukti yang jelas. Maka Allah sama sekali tidak berlaku zalim kepada mereka, tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri."
4) 8:52 (suran al-anfal)
"(keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Fir'aun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sungguh, Allah Maha Kuat lagi sangat keras seksa-Nya."
Kita semakin kesuntukan masa,cepat @ lambat kita semua pasti akan bersemuka dgn ALLAH kelak..Cuma tinggal tunggu masa dan waktunya shj,apa persediaan yg sudah kita lakukan utk bertemu dgn ALLAH NANTI !!!!...Sudah terlalu banyak msg dan amaran yg ALLAH berikan pd kita…Sedar dan kembalilah pd ALLAH sebelum terlambat…
Sebarkan……utk peringatan bersama!!!!
“Ke mana pun arah di tuju HUKUM ALLAH pasti berlaku”
Label: muhasabah diri...
Naluri Persahabatan..
Semalam bermula la hari pertama sesi perkuliahan selepas seminggu cuti berhari raya,semua sahabat2 saya berwajah ceria slps pulang ke kmpung beraya bersama keluarga tersayang ,bila bertemu mcm2 cerita yg di bualkan..brp ramai org dtg beraya ke rumah la,dapat duit raya brp la,tahun ni beraya kt mana la…mcm2 la,saya turut menumpang kegembiraan mereka wlu pun tak dpt balik beraya ke kmpg halaman..almaklum la kmpung saya jauh…negeri di bawa bayu,Sabah bumi tercinta.Namun syawal saya kali ini juga trut di sambut meriah,bilamana ada di antara sahabat2 borneo yg ada jg yg tidak balik beraya di kmpg…shbat2 semenanjung juga tidak lupa mengirimkan sms sbg tanda ingatn di hari lebaran yg mulia..Alhamdulillah sungguh luas rahmat Allah..
Malam tadi,saya menerima sms ringkas drp seorg shbt…..”kak ….jah demam”…jah muda sethn dari saya,sb tu dia panggil saya kakak…dan dia memang agak manja dgn saya..Saya cuba membls msgnya..”jah,kt mana skrg ni?..lama saya tggu tpi msg sya tidak dibalas…saya mula tidak sedap hati…saya cuba kol dia bbrp kali jg tidak di angkat…hati saya benar2 di hambat rasa kerisauan..mcm2 perkara yg bermain di fikiran saya,tanpa membuang masa..saya bingkas keluar dr bilik menuju pergi ke bilik jah,mana la tau dia ada dkt bilik..samapi shj di muka pintu bilik jah,saya cuba bg salam dan mengetuk pintu biliknya bbrp kali…agak lama jgk saya tggu,Alhamdulillah…rupanya jah ada dlm bilik,dia membuka pintu dgn mata dan bibirnya yg begitu pucat…Ya Allah,jah ok ka ni?..kata saya pdnya…kemudian saya menyuruhnya baring semula ke katil,saya cuba menyentuh dahi dan tubuhnya..terasa begitu panas..saya cuba bertanya,jah bila lgi sampai???...smlm lg Kak,jah sakit perut n muntah2 la kak…saya tersenyum,saya cuba mengeluarkan suara dgn nada yg lembut,nie mst makan bnyk kn!!!!...tiba2 dia tergelak,kakak ni…biasalah raya kan(dgn lorgat kedah jah menjwb),yala…kakak faham,baru lps puasa kan..sistem dlm badan kita mula bertukar diproses kembali ke sistem asal,masa puasa tak boleh mkn siang,skrg bila dah raya semua benda nak makan..tu yg perut jd tak betul tu,kata saya pdnya smbil tersenyum..
Saya cuba menyuruhnya memakn ubat dan air suam yg saya bawa dr bilik..alhamdulillh,selang bberpa ketika kemudian,keadaan jah bertambah baik….Jah pun sdh dpt berbual2 dgn saya,malahan dia lbh byk berckp dr saya..mcm2 pengalamn raya yg dia cerita pd saya….saya tersenyum kegembiraan,tp bkn krn mdgr cerita jah,akan tetapi saya krn melihat keadaan jah semakin pulih,tidak sprt sewaktu saya mula2 melihat jah td…selang bbrp ketika,roommate saya dan shbt2 lain dtg turut menjenguk jah…dgn kehadiran shbt2 di sisi.saya cukup yakin..jah boleh pulih dgn segera…sblm saya meminta izin pulang ke bilik,saya sempat mergurut bbrpa bahagian tubuh jah,agar jah bertambah segar dan selesa..kemudian saya pergi meninggalkan jah bersama shbt2 yg lain krn ada hal lain yg perlu di uruskan…sblm keluar dr bilik,saya sempat berpesan pdnya,”jah jgn nakal2 ya,jg kshtan baik2 dan klu ada apa2 jgn lupa bg thu kakak…jah membalas dgn senyuman sambil tergelak kecil,terima kasih kakak….i iove u…jah memang nakal.!!!
Teringat semasa di kampus nilampuri dulu,saya juga pernah jatuh sakit…yg berada di sisi saya ketika itu adalah sahabat2,time belajar kt universiti ni…kita jauh dari family..sebab tu lah sahabat kita temapt kita mengadu dan meluahkan segala rasa,ketika inilah sahabat kita ibarat mak n ayah kita..sebagai seorag sahabat kita bertanggungjawb terhadap sahabt2 kita,hidup ni tak kan sempurna tanpa sahabat,sahabat merupakan cerminan bg diri kita…kita perlu ingat ada bbrapa perkara yg perlu kita tunaikan dlm sebuah persahabatan di antaranya : menziarahinya ketika sakit, memberikan khidmat nasihat ketika ia memerlukan, membantunya ketika berada dlm kesusahan, menegurnya ketika ia melakukan kesilapan dan banyak lagi..
Oleh itu,sebagai seorang shbt…tunaikan hak shbat dgn sepenuhnya,jgn kita mempertikaikan seandainya shbt kita kurang memberikan ksh sayang dan perhatian terhadap diri kita,mungkin diri kita sendiri belum pernah memberikan ksh sayang yg sepatutnya pd mereka,dan satu perkara yg mungkin kita selalu terlepas pandang adalah,kita terlupa utk menyebut nama sahabat kita di dlm doa kita,kita mengharapakn persahabatan yg kekal dan di redhi Allah,tetapi kita tidak pernah mendoakn kesejahteraan perhubungan persahabatan kita pd Allah..Berdoalah…ia adalah salah satu ubat yg mujarab utk mengukuhkan hubungan persahabatan kita..tapi awas!!! Jgn mengambil kesempatan di atas ksh syg shbt terhadap diri kita,ikhlaslah dlm persahabatan…”sahabat kita memerlukan kita dan kita sendiri sangat2 memerlukan sahabat”…Sayangilah sahabat kita,InsyaAllah Allah akan lebih menyayangi diri kita..
“Sahabat merupakan insan ISTIMEWA anugerah Allah”
Label: sahabat
Pertemuan yg sangat Istimewa....
Alhamdulillah,dua hari yg lepas Allah memberikan saya kesempatan utk berbuka puasa bersama sahabat2 muallaf cina…Sebenarnya pertemuan ini saya dan kak nazifah (Tkp dakwah & kebajikan PMI) rancang secara tidak langsung dan ala kadar shj..akan tetapi saya cukup yakin,ini semua adalah rahmat pertemuan yg diberikan oleh ALLAH,dan akhirnya terlaksana jua.
Petang pada hari itu,saya,kak nazifah dan beberapa org sahabat menanti kedatangan sahabat2 muallaf di hadapan bangunan api(akademi pengajian islam),krn pertemuan kami berlangsung dlm bs api..Setibanya kedatangan mereka,kami menyambut kdtgan mereka dgn penuh kemesraan wlupun baru buat kali pertamakami bertemu,hati saya benar2 di panjat rasa kesyukuran krn tidak sangka dpt bertemu muka dgn mereka.
Pertemuan kami begitu singkat,namun kami sempat berkenal2lan antara satu sama lain,’sharing moment’, bergurau senda dan bergelak ketawa.Perbualan kami semuanya menggunakan bahasa inggeris,aduh….itu lah yg agak sedikit menyukarkan bg saya utk berbual dgn lebih mesra dgn mereka…Saya benar2 rasa sangat bersyukur krn dpt bertemu dgn mereka..dan apa yg membuat hati saya tidak berhenti dr memanjatkan rasa syukur pd ilahi,pertemuan itu juga di hadiri oleh beberpa org non muslim yg berbangsa cina,bila di tanya mengapa mereka menghadiri pertemuan pd hari itu..cukup ringkas jwp mereka…’kerana kami sangat berminat pada ISLAM’….Subahanallah…Allahuakbar….
Teringat saya pada kata2 saudara Ayub(ketua rombongan shbt muallaf) katanya…’saya sangat2 berharap agar saya dan kwn2 yg lain dpt menarik seberapa ramai non muslim utk memeluk islam,terutamanya non muslim yg berbangsa cina’..subahanallah begitu besar harapanya..jwb hati saya..dan apa yg lebih menarik hati saya apabila dia berkata” apa akan jadi pada ISLAM???..sekiranya krj dakwah tidak dilaksanakan!!!!…jd,tanggungjwab menyanpaikan dakwah islam ini bkn shj tugas kami,akan tetapi tugas kita bersama…Allahuakbar,cukup jelas martlamt saudara Ayub selaku insan yg bergelar muslim,lantas saya menyoal diri sendiri..sejauh mana saya bersungguh2 dlm menyampaikan dakwah islamiah selama ini sedangkan saya sejak lahir sudah bergelar islam, akan tetapi saudara Ayub hanya baru beberapa waktu shj…saya tertunduk malu, hati saya benar2 di hambat rasa malu dan bersalah .
Pertemuan yg singkat itu,memberikan saya kesedarn dan keinsafan dlm diri bahawa,tanggungjawab kita begitu besar dlm menyampaikan dakwah islamiah....suka @ tidak itu bukan lagi mjd persoalannya..krn itu adalah tanggungjawab yg ‘hak’yg telah Allah amanahkan pada diri saya dan sahabat2yg bergelar muslim..Buat sahabat2 muallaf baru saya,terima kasih krn menyedarkan saya…mga ukuwah di antara kita kekal hingga ke akhir hayat..Sebelum berpisah,saya sempat mengambil no hp mereka,agar dpt berhubugan dgn mereka lg slps ini, dan sewaktu kami bersalam2man sbg tanda perpisahan mereka sempat .berkata pd saya ‘nice to meet u’…saya menjawab ringkas ‘nice to meet u all too’….my heart say ”thank u ALLAH”
Label: muhasabah diri...

