Pages

03 February 2013

Jom Buat Pulut Durian..



Saya nak share 1 resepi yang simple tapi enak :)

Pernah makan Pulut Durian ? mesti pernah kan ..kan...kan.

Pandai buat tak ? =)

So.. hari ni saya nak share cara-cara nak buat Pulut Durian ni..senang ja, InshaAllah semua orang mesti boleh buat.

ok..


Bahan-bahan yang diperlukan :

1 ) Beras Pulut 1 kg

2) Santan 2 peket ( kalau nk sedap guna santan yang asli tau )

3) Gula pasir 5 sudu teh

4) Tepung jaggung 3 sudu teh

5) Durian ( ikut suka )


Cara -cara nak buat pula..

Step 1 ( masak beras pulut )

- Masak beras pulut macam biasa, nak kukus pun boleh, klu nak senang guna ja rice cooker ..hehe

- Kalau saya , saya kukus ..kemudian bila dah separuh masak, saya keluarkan pulut tu..lepas tu saya gaulkan  dengan sedikit santan..supaya rasa lemak sikit.. kemudian saya kukus semula sehingga masak.. he.


Step 2 ( Masak kuah Durian )

- Masakkan santan , gula pasir , dan durian dalam periuk  ..gaulakan sehingga sebati. Jangan guna api yang besar tau time masak kuah durian  ni..sederhana ja..

-Kemudian bila dah nak hampir masak, masukkan pula tepung jaggung..tapi sebelum tu..bancuh dulu tepung tu dengan air suam..bila dah cair baru masukkan dalam periuk ok, kalau masukkan macam tu ja..alamat berketul-ketullah jadinya..kuah durian pun jadi tak cantik..hehe

- last sekali..gaulkan kuah durian sehingga sebati, bila dah mendidih baru matikan api. bila dah masak..boleh la hidangkan dengan pulut tadi..kemudian makan..he

Simple kan..:)

Tapi.. kalau nak lagi sedap, Bila nak masak tu..mulakan dengan baca Bismillah..kemudian sepanjang masak lazimi zikir-zikir yang mudah seperti selawat, baca Al-fatihah dan macam-macam lagi..mudahkan :)


Masakan pun jadi  sedap, lagi..... berkat ..sb apa yang kita makan akan jadi darah daging kita..:)

Ok itu saja.. Selamat mencuba...Bye..


Assalamualaikum..




No comments:

Post a Comment