Pages

31 July 2011

Ahlan ya Ramadhan..



Setelah sekian lama berpisah,akhirnya kita bakal bertemu dengan bulan ramadhan yang Mulia dan penuh keberkatan.Sememangnya bulan ramadhan adalah bulan yang sangat di rindui dan dinanti-nantikan bagi hamba Allah yang beriman.


Sebagai umat islam yang mengaku beriman pada Allah dan mentaati perintahNya,bulan ramadhan bukanlah bulan biasa,sebagai umat islam setiap kali menjelangnya bulan ramadhan,kita di wajibkan melaksanakan ibadah puasa seperti mana yg telah di firmakan Allah ,yang bermaksud :


"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."

(Al-Baqarah : 183 )



Bulan ramadhan ,bukanlah sekadar bulan puasa semata-mata! tidak makan dan tidak minum,hanya mendapat lapar dan dahaga?? bukan sekadar itu! bulan ramadahan mempunyai hikmah dan keberkatan yang cukup tinggi nilainya jika diamati dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.


Dalam melayari bahtera ramadhan, persediaan ‘ilmu dan ‘iman’ menjadi aspek yang sangat penting,agar bulan yang mulai ini dapat di manfaatkan dengan sebaik-baiknya dan bila berakhirnya ramadhan kita mendapat hasil yang terbaik dan kemuncaknya mampu memberikan natijah yang terbaik sehingga bisa membentuk diri kita menjadi insan yang betaqwa.



Bulan ‘kegembiraan’


..dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.

-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


Bila tiba bulan ramadhan.Semangat umat islam menjadi luar dari kebiasaan. Sungguh, ada yang tidak solat ,bila tiba bulan ramadhan tergerak untuk mengerjakn solat, walaupun hanya solat sunat tarawih,majlis tadarus al-quran juga semakin rancak di laksanakan di masjid-masjid pada tiap-tiap malam,majlis-majlis ilmu semakin giat di jalankan,dan pada bulan ramadhan juga ramai sangat orang yang menjadi pemurah dengan banyak bersedekah kepada faqir-faqir miskin,anak-anak yatim dan memberikan sumbangan untuk juadah berbuka puasa .


Di tambah lagi, dengan kemeriahan yang kita dapat lihat di bazar-bazar ramadhan yang di hujani oleh umat manusia yang begitu ramainya , sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa dan turut di banjiri beraneka macam jenis juadah-juadah untuk berbuka puasa.Adakah fenomena ini aneh? Tidak sama sekali ! itulah yang di namakan keberkatan yang ada pada bulan ramadhan.



‘Ramadhan’ di sebut bulan ‘keberkatan’ ???


Bila di singkap sejarah terdahulu ,banyak peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ramadhan, Di mana banyak berlakunya peperangan ,termasuklah peperangan Badar al-kubra,yang mana kita sedia maklum bahawa peperangan ini memberikan kesan yang sangat mendalam bagi umat islam keseluruhnnya,kemudian berlakunya penurunan al-quran yang di wahyukan kepada Rasulullah saw, dan turut terjadinya sejarah pembukaan kota mekah.


Jika kita teliti dengan mata hati,ramadhan seolah-olah memberikan suatu kekuatan yang sangat luar biasa bagi ummat islam yang terdahulu.mereka tidak mereka-reka alasan dengan menjadikan bulan ramadhan untuk ‘berlemah lembik’ dan ‘bermalas-malas’ dari melakukan ibadah.Bahkan,bulan ramadhan di jadikan sebagai momentum dan penawar agar jiwa-jiwa mereka semakin kuat dan akrab pada Allah swt.


selain itu, setiap amalan yg di lakukan dalam bulan ramadhan akan turut di lipat gandakan.Sungguh,besar hikmah dan keberkatan yang ada pada bulan ramadhan,sehinggakan Allah mengunci serapat- rapatnya pintu-pintu neraka, dan Allah membuka seluas-luasnya pintu-pintu syurga.


bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.

-imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi



‘ special gift ‘


Bila orang bagi kita hadiah ,kita tolak atau kita terima ? mustahil kita tolak ! kita gembira atau kita sedih bila dapat hadiah ?? mesti gembira ! Nah, ini dia ‘RAMADHAN’ ! ibarat sebuah ‘hadiah ‘ dari Allah, di mana Allah telah menjanjikan ganjaran yang cukup lumayan dan tinggi nilainya ,dan hadiah ini tidak mungkin kita temui dalam bulan-bulan yang lain.


Allahurabbi, saudara seakidahku yang sangat di cintai Allah. Tidak ada hadiah seistimewa seumpama bulan ramadhan. Lihat saja pada diri kita sendiri,bila kita diberikan hadiah oleh teman-teman atau siapa pun jua ,kita pasti tersenyum gembira!


Maka saat ini, bila Allah berikan kita bulan Ramadhan sebagai hadiah ,tidak gembira ka hati kita dengan kehadirannya? Tidak terpesona ka kita dengan tawaran-tawaran hebat yang ada padanya?,


Saudaraku.. kenikmatan bulan ramadhan,adalah kenikmatan yang cukup luar biasa. ‘ramadhan’ bukan hadiah biasa-biasa ,akan tetapi hadiah yang cukup luar biasa dari Allah.sungguh luar biasa!


"sekiranya ummatku mengetahui kebaikan di bulan ramadhan,nescaya mereka mengharapkan agar sepanjang tahun semuanya Ramadhan"

~al-hadis



Kembali pada Allah


Setelah sekian lama kita menyibukkan diri dengan dunia,inilah saat dan peluang terbaik yang Allah berikan untuk kita kembali padaNYa.Rapatkan dahi kita menghadap Allah,tunddukkn hati kita serendah-rendahnya dengan penuh rasa kehambaan dan kehinaan ke pangkuan Allah.


Akui dan sedarilah wahai saudara seislamku,kita hamba yang penuh dosa.Rawatlah hati kita yang selama ini sudah terlalu luka dan parah,kembalikan diri kita pada firahnya,cuci hati kita dengan memohon taubat pada Allah. Leraikanlah segala kekusutan jiwa kita dengan penawar-penawar yang Allah sediakan dalam bulan ramadhan.kembalilah pada Allah dengan penuh keinsafan.


Rasulullah S.A.W bersabda :

“ Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu”

- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-



Saudaraku..Bersedialah menjadi tetamu ramadhan,hanya sebulan kita berpeluang bersama ramadhan,jangan dilepaskan peluang keemasan ini.Pastikan kita tersenarai dalam kalangan orang-orang yang di pilih Allah sebagai hambanya yang ‘bertaqwa’.



Janji Allah ~


Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya"

[Bukhari-Muslim]


Ya Allah,izinkan kami menjadi tetamu RamadhanMU ya Allah ..kami mohon padaMu ya Allah,berikan kami kekuatan untuk menjalani hari-hari dalam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.



Ramadhan..,sesungguhnya kau teramat sangat ku rindui..Ahlan ya Ramadhan..