Pages

28 December 2010

sms 'Hati'



“macam mana kita nak hadapi masalah?

..sms ringkas yang di kirim oleh seorang kakak kepada saya..

Jawapan saya juga ringkas “ solat dan sabar ya kak “

“Dah buat dah tapi masalah tetap ada”..balas si kakak lagi..


“waha orang-orang yang beriman,mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat .sesungguhnya Allah berserta orang-oarnag yang sabar”

(Surah Al-Baqarah : 153)


Saya senyum dan berfikir apakah jawapan yang terbaik harus di berikan kepada si kakak..

jawapan saya bersahaja,dari hati moga sampai ke hati si kakak..

setiap orang punya masalah kak,Cuma masalahnya berbeza-beza,tidak ada masalah yang tidak punya jalan keluar,pasti ada! Cuma cepat @ lambat ja.


Mana lebih banyak ,dosa kakak @ masalah yang Allah bagi ???..mesti dosa lagi banyak kan!


Allah tu,sayang sangat dengan kita kak,kadang-kadang kita perlu ‘diam’ buat seketika,fikirkan dan renungkan kembali apa yang sudah kita lakukan sebelum ini.pasti ada yang silap @ Allah saja menguji kita.


Sabar ya kak,bawa hati kita pada Allah.kadang-kadang bila ada masalah ni,solat dan doa kita akan terasa lebih khusyuk dan hati kita lebih dekat dengan Allah.”

Kita sama-sama muhasabah ya kak,saya pun masih banyak kelemahan.


“Terima kasih banyak-banyak dik”…balas si kakak,mengakhiri perbualan sms kami.


*******************************************


Teman-teman,Cinta itu perlukan ‘bukti’…apa bukti cinta kita pada Allah?


~ tidak semua orang bisa menghadapi masalah dengan baik,kita lebih banyak mengeluh berbanding redha dan menerima..

Orang yang cintakan Allah, menghadapi masalah dengan tenang.baginya masalah Cuma ujian kecil dari Allah,yang bakal mengangkat darjahnya mulia di sisi Allah.


Dia rela di perlakukan apa sahaja daripada orang yang di cintainya,Cintakan perlu bukti dan pengorbanan!


Apakah itu boleh dijadikn bukti…pasti bisa!

Ya benar,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..tapi Allah sudah bagi jaminan kepada kita di dalam Al-Quran :


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.......”

(Al-Baqarah :284)


Justeru apa yang berlaku keatas diri kita itulah yang paling terbaik di sisi Allah.


Bumi mana yang tidak di timpa hujan,manusia mana yang tidak menerima ujian,kadang-kadang kita ni perlu juga merasa susah,sedih ,kecewa,sakit hati, supaya kita tahu,bahwa kita sentisa ada Allah,tempat kita mengadu,merintih,berharap ,meminta dari segala jenis masalah yang kita hadapi.


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”

(Al- Baqarah :186)



~hari ini ramai yang orang bisa solat ,tapi tidak ramai orang yang bisa bangun malam untuk solat tahajjud..betul kan?


Itu tandanya cinta kita sama Allah masih biasa-biasa.. solat fadhu itu kan biasa kita tengok orang buat ,tapi solat tahajjud itu luar dari kebisaan kita ,dan tidak ramai orang yang buat.


tapi orang-orang yang mau cintanya luar biasa sama Allah,insyallah dia pasti buat!,tahajjud itu makanan rohani yang paling lazat baginya,tapi tidak lazat bagi orang yang biasa-biasa.


Teman –teman, selagi kita menggantungkan harapan pada dunia,kita akan sentisa merasa kecewa..

Sudah berapa kali hati kita sakit kerananya..hancur luluh hati kita di buatnya..


Cantikknya pesanan baginda Rasullah..

“tidak sempuran iman sesorang kamu selagi mana kamu tidak mencintai Allah dan rasullah melebihi diri dan keluarga kamu sendiri”


Nah,itu kan tips paling terbaik,supaya kita jangan sekali-kali meletakkan apa2 jua harapan pada dunia dan isinya..


~teman-teman,bawa hati kita pada Allah,cepat-cepat baiki mana yang rosak,berhati-hati dalam mengisi cinta di dalamnya..kerna kita Cuma punya satu ‘hati’..samada baik@buruk rupanya,hati itulah yang akan kita bawa bertemu Allah nanti..


19 December 2010

‘Dunia’ ni Bukan kita yang punya Sayang

Melihat ragam kehidupan muda mudi hari ini,sudah cukup jelas mengambarkan bagaimana keadaan muda mudi hari esok..hari ini lorong-lorong tepi jalan,kelab-kelab malam,pusat-pusat hiburan menjadi tempat yang paling di gemari oleh muda mudi kita hari ini.

Merempit,merompak,buli,cabul,rogol,melacur,zina,merokok,minum arak ,clubbing dan banayk lagi..inilah yang menjadi hobi dan tabiat muda mudi kita hari ini.

Gejala sosial ini,seolah-olah seperti vairus aktif yang terlalu cepat merebak serta sangat mudah berjangkit dan lambat pula sembuhnya.


Mengapa agaknya?


Rumah & keluarga


Rumah tidak lagi menjadi tempat yang terbaik bagi anak –anak kita hari ni..mengapa? para ibu-ibu dan para bapa-bapa terlalu sibuk dengan kerjaya dan tugasan harian.betul?para ibu dan para bapa tolong jawap ya..

Anak-anak sanagt memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu dan bapa mereka,tapi sayannya..masa mereka lebih banyak di habiskan di tempat kerja dan tanggungjwab banyak di lepaskan pada pembantu rumah semata-mata.

Solat berjemaah,makan bersama-sama ,tidak lagi menjadi aktiviti harian kelurga.ibu bapa dengan tugasnnya manakala anak-anak sibuk dengan halnya sendiri.

Anak-anak perlukan didikan agama,bagaimana anak-anak hendak solat?kalau ibu dan bapanya tidak solat,bagaimana anak-anak hendak puasa ?kalau ibu dan bapanya tidak pernah puasa,tambahan lagi..bulan puasa sama saja seperti bulan-bulan biasa. Bacaan Al-quran jauh sekali.Kehidupan secara islam tidak lagi menjadi ruti dalam kehidupan seharian.

Akhirnya,si anak mencari perhatian dan kasih sayang di luar rumah,kalau baik yang mereka dapat Alhamdulillah.seandainya sebaliknnya,Innalillah..kasihan anak-anak kita..anak-anak terpaksa menjadi ‘mangsa keadaan’.


Media massa


Sekarangkan zaman moden,segalanya ada di hujung jari..kalau klik ja dalam internet semuanya ada,gambar lucah,video lucah,game lucah dan rata-rata filem Malaysia hari ini banyak yang berunsurkan seks dan cinta.inilah sajian istimewa yang khas untuk anak-anak kita.

Tambahan lagi,lambakan program-program realiti TV yang langsung tidak membina minda dan jiwa yang sihat untuk anak-anak.Lebih menyedihkan,anak-anak menjadikan artis-artis sebagai idola pujaan mereka..cuba fikirkan berapa ramai artis-artis kita hari ini yang menutup aurat???

Paradigma anak-anak kita terbentuk melalui apa yang di lihatnya,baginya aku juga harus begitu,kalau tidak,nanti aku di katakan ketinggalan zaman.akhirnya ,anak –anak kita benar-benar di telan zaman,seperti kembali ke zaman jahiliyah suatu ketika dahulu.


Rakan sebaya


Hari ini,masa anak-anak kita lebih banyak di habiskan bersama rakan-rakan mereka,lepas balik sekolah mereka buka terus balik ke rumah,tetapi anak-anak lebih gemar bersama rakan-rakannya melepak di pusat-pusat hiburan.Itu pun ada yang sampai sanggup ponteng sekolah.

Apa-apa sahaja masalah yang di hadapi si anak, tidak kira di rumah ataupun di sekolah,anak-anak lebih senang berkongsi dengan rakan-rakan mereka,ini kerana,rakan-rakan mereka lebih banyak bertindak menjadi pendengar dan penasihat yang terbaik bagi mereka.

Dan apabila rakan-rakan mengatakan harus bertindak ‘begini’ dan’ begitu’,anak-anak akan lebih mudah mengikutinya,kerana anak-anak lebih mempercayai rakan-rakannya berbanding ibu dan bapanya.

Bila si muda mudi di tanya ,mengapa suka melepak membung masa?

Relax la kak,boringlah duduk rumah,parents tak kisah pun.parents pun selalu balik lewat malam.lepak dengan member-member lagi best. Jawapan mereka.


Hakikat


Inilah realiti kehidupan muda mudi kita hari ini,mereka semakin kehilangan arah.Mereka lebih banyak bertuhankan Dunia dan nafsu semata-mata.salah siapa? Mereka! Tidak sama sekali!

Di sebabkan tangan-tangan kita yang salah mendidik mereka,akhirnya kehidupan mereka rosak di telan zaman.Kasihan mereka,kehidupan di waktu muda terpaksa di bazirkan begitu sahaja.

Namun ,tidak dapat di nafikan juga.ada sesetengah muda mudi kita hari ini,yang sudah sempurna kehidupannya.memiliki kelurga yang punya peganggan agama yang kuat,mendapat kasih sayang dan perhatian daripada kelurga yang begitu kemas dan cukup rapi.

Tapi sayang sekali,si anak membut keputusan dengan memilih jalan kehidupan yang salah..tidak menghargai apa yang ada di hadapan matanya,kerna nafsu,akhirnya si anak menghumban diri ke dunia kebinaasaan.inilah muda mudi yang lebih menyedihkan dan malang sekali.


Analogi


Bila kita masuk ke rumah orang,boleh tak kita buat rumah tu sesuka hati kita? Contohnya, kita guna telefon ,kita makan apa-apa sahaja yang ada dalam rumah tu,kita masuk dalam bilik,kita sepahkan peralatan yang ada dalam rumah tu dan suka hati kita lah nak buat apa-apa sahaja yang kita suka.

Boleh tak kita buat macam tu??

Tidak kan!

Mengapa? Sebab,rumah tu rumah orang,bukannya rumah kita.apa yang kita nak buat perlu ada keizinan daripada si tuan rumah.jangan suka suki kita nak buat hak orang macam hak kita.setiap perkara ada peraturan dan batas-batasnya.

Samalah macam Dunia ni..

Dunia ni siapa yang punya?

Kita @ Allah ?

Allah kan!

So,jangan guna dunia ni sesuka hati kita,sebab dunia ini bukan kita yang punya,tapi Allah yang punya!

Allah Cuma bagi pinjam,bukti Cinta Allah pada kita.


Bagaimana nak gunakan DUNIA dengan betul ???


“Kitab (AL-QURAN) ini tidak ada keraguan padanya,petunjuk bagi mereka yang bertakwa”

(Al-Baqarah :ayat 2)


AL-QURAN !!! ,Allah bagi kita Al-quran.itulah buku panduan yang terbaik untuk kita gunakn DUNIA.

Bacalah al-quran sayang,isi kandungannya cukup lengkap dan sangat tepat untuk di terjemahkan dalam kehidupan seharian.semuanya wajib berpeggang pada Al-Quran tidak ada siapa pun yang terkecuali.


Kembalilah kepada Allah,bawa hati kita kepada Allah.kan MENCEGAH lebih baik daripada MERAWAT..Insyallah ,semuanya akan pulih,segala-galanya akan berhenti.


Maka apakah kamu mengira bahawa kami,menciptakan kamu MAIN-MAIN(tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan di kembalikan kepada kami???”

(surah Al-mukminun ; 115)

10 December 2010

Dua Demensi

“hendak ke mana hati ?...

Kembara..

Di mana???

Ke mana sahaja yang boleh membawa ketenangan untukku…


Kau ada masalah hati ? hati mengangguk..

Bisa ku bantu…hati menggeleng..

Kesan tangisan kelihatan jelas di raut wajahnya~


~hati…kau raja bagi kami, sakit kau maka sakit lah segala tindakan kami,sihat kau maka sihatlah segala tindakan kami..


Ada yang mengganggu mu lagi hati ? hati mengangguk..

Siapa?

Si nafsu dan si syaitan..

Bukankah mereka sudah biasa mengganggu mu? Hati mengangguk,


Tapi kali ini..

Aku terlalu penat.. ‘( sambil airmatanya mengalir deras)

Dan keinginan hati ku seringkali tidak kesampaian..

‘Aku terpaksa mengintai ketenangan dalam kekalutan.


Kenapa aku tidak pernah di beri peluang untuk menentukan masa depan ku sendiri,

Salahkah aku..

Sedangkan yang lain,bebas memilih apa sahaja yang mereka suka,

Aku cuba sedaya agar tindakan ku tidak menyakiti mana-mana hati..

Namun akhirnya ,aku juga yang di persalahkan..

aku terpaksa berkorban demi kebahagian dan kegembiraan insan-insan yang sanagt aku cintai dan hormati..

Aku belajar untuk menerima kenyataan,tp kali ini..terlalu berat rasanya..


­

Jangan putus asa hati

Kau punya tuhan yang Maha pengasih..

Apa yang berlaku hari ini,pasti ada hikmahnya..


Dr Aidh Abdullah Al-Qarni pernah berpesan padaku dulu,katanya :

Nak,

“Sesungguhnya kamu keliru bila beranggapan bahawa hidup ini harus sepenuhnya sempurna melayani keinginan kamu.sebab perkara ini tidak akan tercapai melainkan hanya di syurga.”

sedangkan,di dunia ini seluruh urusan itu bersifat tidak mutlak.segala yg kamu inginkan tidak mungkin semuanya tercapai.kamu harus menyedari bahawa di sana pasti ada bencana,sakit,musibah dan ujian yg datang menimpa.”



Terima kasih diri...nasihat itu sanagt bermakna buatku..

Berikan aku sedikit masa...

Kerna ada perkara yang harus ku perbaiki..

Moga kembara ini lebih mendekatkan aku pada tuhanku...


Ya...aku sangat tahu tuhanku Maha pengasih lagi Maha penyayang..

Kesakitan hari ini juga pasti daripadaNYA,agar aku lebih memberikan sepenuh perhatianku padaNYA,

Mungkin aku sering kali mengingatiNYA secara part time,

Sehinggakan aku benar-benar sakit kali ini..Astagfirullahalazim..

Tuhanku lebih memahami aku,lantas di berikan nya ujian ini,semata-mata ingin menguji aku sejauh mana keikhlasanku dalam mencinatiNYA..



Hati...

Jangan lupa bawa si IMAN dalam pengembaraanmu..

Agar diri mu tidak kesepian..

Cuma si IMAN yang bisa membuatkan kau sentisa sabar dan redha dengan setiap ujian tuhanmu.


Terima kasih diri..

Benar ...aku perlukan iman sebagai temanku..

Dan sungguh...aku adalah raja bagi kalian,

sakit aku maka sakitlah kalian,sihat aku maka sihatlah kalian..


Insyallah,aku pasti akan sembuh dari kesakitan ini,

kerna aku percaya pada janji tuhanku..


“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”

(Surah Al-Thalaaq : 2-3)

07 December 2010

Bila Diri Di Sayangi

Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

(Surah Al-Ankabut :5 )



Terdengar bisikan mesra,

kalimah keramat bermentera,

Bermulanya siang berakhir malam ku,

Tak akan ku jemu menyebut namamu.


Tiada batasan waktu,

Tiada tmpt mu tertentu,

Di gunung d lembah

Di darat d air

Siapa pun hamaba keikhlasan doa ,

Keaggungan kasih,

MENGUBAH TAKDIR.


Bilaku sedari diri di sayangi

Langkah kaki ini semakin berani ,

Bila terkeliru ku ucap namaMU,

Terasa diriku kembali di pandu,


Engkau yg pertama tiada akhirnya,

Aku dlm kegelapan engkaulah cahaya,

Izinkanlah aku menumpang di sini

Di bawa naungan kasih dan sayangmu ku berserah diri….


*rindu padaNYa yg semakin menghambat jiwa,hanya mampu mengenggam senaskah AL-Quran sbg wasilah berbicara….kesal, waktu dating(tahajjud) yg sekian kali termiss…


*Teman-teman saya mohon doa kalian

29 November 2010

Exam DUNIA vs Exam Akhirat

*Jam 11.30pg ,aras 1,falsafah pendidikan islam..


Suasana di dalam dewan exam,sungguh sunyi sepi…Cuma,beberapa ketika kedengaran suara org yg batuk2,termasuklah saya ,biasalah skrg kan musim demam..hujan turun pun kdg2 xhenti2..

~tabiat saya ,suka perhatikan gelagat org dlm dewan exam~

Mcm2 gelagat dan expresi wajah yg ada dlm dewan exam..

*ada yg berkerut kening dan dahi..mungkin juga sb soalan susah..

*ada yg terlalu tekun menjawab,hanya fokus pada apa yg d tulis..

*ada juga yg bibirnya masih terkumat kamit,mgkin jg sdg mengingat kembali fakta dan formula yg sdh d hafal..


Seusai beberap jam berlalu…beberapa minit sblm waktu exam tamat…


*hampir keselurahan mahasiswa menyemak semula apa yg telah d jawab..

*ada juga yg cuba memperbetulkn jawapan..takut2 ada yg terlepas pandang @ tersalah jawapan.

Begitulah…ragam ‘kita’ semasa menghadapi exam…time stdy week lg parah..ada yg sangup xtidur malam,sb nk ulang kaji pelajaran…yg xmakn pun ada juga…EXAM punya pasal!


Melihat fenomena ini, saya cuba membayangkan sesuatu…


Klu la se’kemas’ ini kita menjaga ‘iman’ kn bagus..kita buat bnda yg sama,mcm mana kita nk menghadapi exam..setekun dan serajin mana kita ulangkaji pelajaran,begitulah juga kita bertekun2 dan berajin2 dlm menjaga Iman, boleh??…tp,sayang..mungkin itu hanyalah khayalan semata2…termasuk diri saya sendiri…


Mungkin exam dunia ni resultnya kita nampak depan mata kn,sb tu kita buat yg terbaik…

Tp..jaga iman,seikhlas hati ini..xda sapa yg nampak..hanya Allah yg tahu…resultnya pun di akhirat nanti baru kita blh nampak kn..

Kdg2 saya terfikir..siapa sebenarnya Allah d hati kita ya ????

Mungkin juga saat kita perlukan sesuatu baru kita mencari Allah..betul kn??


Entah d mana kuranganya nikmat dan kasih sayang Allah,sehinggakan kita bisa meletakkan Allah di sipi2 kehidupan..

Bila perlu kita cari,bila xperlu kita tinggal…Nauzubillah…!

Allah ni,sayang sngt dgn kita…kita ja yg xsayang Allah.

Kita muhasabah sama2 ya,

Allah xperlukan kita…kita ni yg tersangat betul2 amat memang sanagt2 perlukan ‘ALLAH’.


~Allah sentiasa ada masa utk kita…tapi kita??byk mana,masa yg kita ada utk bersama ALLAH~

22 November 2010

salam Imtihan

"Salam imtihan"

Di kesempatan ini saya ingin memohon berjuta kemaafan sekiranya terdapat segala salah dan silap pd semua teman-teman..

Kita sama-sama berdoa mga Allah memberikan kita kesihatan,ketenangan dan kemudahan sepanjang menduduki peperiksan .

Senyum selalu ya…klu soalan susah pun kna senyum jgk,klu soalan mudah kna senyum dua kali ganda..”senyuman bisa mjd terapi yg baik utk kawal emosi kita

Mga kita semua beroleh kejayaan dalam keberkatanNYA..amin.

"kita jaga HAK ALLAH,ALLAH akan bantu jaga hak kita"


Inspirasi dari Al-Quran :

Setelah kita berusaha,kita bertawkkal pada Allah ,surah Ali-Imran :159

07 November 2010

"Kerana itu"....Air mataku tidak pernah kering..(part 2)

Pernah sekali aku ….(ana)

Pernah apa ana??..(lia)

Aku…..(ana)

Ya ana …knp?…(lia)

Aku takut…sambil air mata ana semakin deras mengalir..(ana)

Ana….takut apa ni??…cuba tenang….pujuk lia pd ana…
Lia…..(ana cuba menarik nafas panjang, dan cuba mengawal emosinya yg semakin tdk terkawal)

Aku xpernah rasa tenang lia,setiap kali aku teringatkn pesanan Allah dlm Al-Quran yg Allah sebut dalm surah At-tahrim :ayat 6…(ana berkata2 dgn nada suaranya yg cukup perlahan berbaur sendu)

Teruskan ana…(lia)

Kau tau kan Allah pesan pada kita :
“Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah dirimu dan ‘KELUARGAMU’ dari Neraka, sedangkan bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Neraka itu dijaga oleh malaikat-malaikat yang kasar dan keras. Mereka sama sekali tidak pernah durhaka pada Allah dan melaksanakan apa saja yang diperintahkan pada mereka”.

Lia...keluarga aku,amanah aku lia...(air mata ana kembali deras)

Ana...ingat ana,Allah tidak akan pernah membebankan kita dgn sesuatu melainkan kita mampu hadapi benda tu...Allah syg kau ana,dan aku knl kau sapa...aku tau kau mampu hadapai dan pikul amanh ni...(lia memujuk,sambil memeluk ana dgn penuh erat...lia sngt memahami kerisaun yg sering kali membelenggu jiwa ana..dan ini bknla kali pertama,sdh berkali2 ana menangis tentang perkara ini...dan ana jga mempunyi krisis keluarga yg agak kronik)

Kau tau lia...masa blik kmpg hari tu...selpas aku solat magrib berjemaah dgn mak aku..
Aku dah janji nk baca Quran dgn mak aku...”masa tu aku ajak mak aku bca surah al-baqarah,
Kami mula dari ayat pertama...aku baca dulu kemudia bru mak ikut...

Tapi lia.....(ana menangis lgi,tapi kali ini suara ana lebih deras berbanding tadi)

Ana....tenang ana...(lia menyapu-nyapu belakang ana)

Mak baca quran tersekat-sekat lia,aku betul2 terkejut..aku ingtkn mak dah lancar baca quran..sb biasanya aku dgr mak baca surah yasin,laju ja...ya ALLah lia,aku betul2 rasa berdosa masa tu...aku cuba tahan air mata,supaya tdk jatuh di depan mak...mak begitu bersungguh2 membaca quran wlupun tersekat-sekat..

Lepas habis baca quran..mak ckp dgn aku,dgn suaranya penuh harapan..mak cakap...”mudah2 mak sempat habiskan baca quran dgn lancar sblm mak mati”...masa tu aku memang xblh tahan airmata,nasib baik mak xperasaan aku nangis...

Cuma,aku sambut kata2 mak,”insyallah mak..mak mesti semapt habis baca quran”...mula dari hari itu,aku xpernah berhenti ajar mak baca quran..
Cuma aku risaukan,bila aku xda d rumah..xda siapa yg blh ajr mak baca quran lia...kau tau kan kita bknnya selalu balik kampung..dalam stahun sekali ja aku balik kampung..

Insyallah ana...adik kau yg lelaki tu kan ada(jawab lia memujuk)
Insyallah..mudah2an dia blh ajar mak,wlupun dia jgk jarang kt rumah...(ana cuba mengesat airmatanya)

Kita sama2 doa ya,insyallah mga Allah permudahkan segala urusan...(lia)

Klu la keluarga aku mcm kau...mesti seronok kan(ana)

Ana...jgn cakap mcm tu..xbaik,setiap org ujiannya lain2...(lia)
(lia thu ana tidak bermaksud kesal terhadap apa yg terjadi pd dirinya..cumanya,ana pernah meluahkan pada lia,dlm persatuan ana mampu aktif membincgkan soal dakwah dan usrah,tp soal keluarga sendiri masih tidak berjaya di tangani)

Lia,xsabar rasanya aku nk grad..aku nk berada d samping keluarga aku..aku rasa,mcm lama sngt dah aku di rantau org ni..(ana senyum,namun kesan tangisan masih terlihat pd mata dan hidungnya)

Ha...kan manis klu senyum...(lia)
aku kagum dgn kau ana,xsemua org blh hadapi masalah mcm kau..klu aku d tempt kau belum tentu aku blh hadpi...(lia memberi semangat pd ana)

ana hanya senyum..d sebalik raut wajahnya masih tersembuyi 1001 kerisauan dan rahsia yg masih d simpan dalm hatinya,dulu ana pernah cerita,mak n ayahnya hampir bercerai,apa puncanya lia xdpt mengetahuainya..d tambah lg dgn perkahwinan kakaknya dgn calon yg tdk d sukai ayahnya ,itu d antara salah satu punca yg sering kali menambahkan krisis dlm keluarga ana..

terima kasih lia,krn sudi mendgr luahan hati ku hari ini..dan terimakasih krn selalu beri aku semangat tk teruskn kehidupan dan slalu berkongsi masalh dgn aku...(ana)

sama2..kita kn kwn dah lama...xpayah la terima2 kasih..hari ini hari kau,esk2 hari aku plk...(bls lia dgn senyuman)

tapi kan ana...(lia)

tapi apa???...(ana)

masa kau nangis tadi kan...aku tgk muka kau mcm....(lia)

mcm apa????....kau jgn nk mula lia..(ana)

xda pala...okla la ana,aku gi dulu ya..jap lagi aku ada usrah kt taman jaya ni..tp,kau kna janji tau...(lia)

janji apa? (ana)

jgn suka nangis sorg2...klu ada masalah share dgn aku ya..(lia)

yala2 makcik...gi la usrah...kesian anak2 usrah kau tunggu nanti...(ana)

ok ana..tap malm ni kta makan sama2 k...aku nk bawa kau ke satu tempat yg special..(lia)

emmm...kt riang-riang la tu...(ana)

oh...no..no..no...ini tepat baru...kau mst suka punya...(lia)

yala2...pegila cepat..lmbt pl nanti...(ana)

k,aku gi dulu ana assalamualaikum...(lia)

hati2...walaikumussalam...(ana)

(lia pergi meninggalkan ana berseorangan d dalam bilik,...tapi sblm lia menutup pintu bilik tk pergi,lia sempat mengusik ana)

Ana...(lia)

La..apa lg..(ana)

Kau tau x,masa kau nangis tadi...muka kau mcm beruk...hahah...(kemudia lia cepat2 menutup pintu bilik dan berlalu pergi)

Lia.....nanti kau malm ni...(ana menjerit kegeraman)

(begitula ana dan lia,dua2 suka mengusik anatara satu sama lain..kdg2 bnda tu la yg membuatkan hubungan persahabat mereka semakin kuat dan erat)

Ana menatap dalam2 gambar wajah keluarganya yg terselit rapi dlm dairy putihnya...sambil tangannya menulis sesuatu dlm dairy putih kesayangannya...

“ ana berbisik dlm hatinya..”ya Allah,jauhkan aku dan keluargaku dari azab nerakamu ya Allah..kuatkan aku utk hadapi ujian ini..jadikanlah ujian ini,sbg wasilah agar aku semakin mencintaimu..”

Wallhua’lam....

P/s : cepen ringkas ini tiada kaitan dgn sesiapa,samada yg hidup@yg sdh tiada..mga mampu memberikan pengajaran wlupun sedikit.

1) Dlm kesibukan kita mengalas tanggungjawab sbg sorg da’ie dan pelajar,jgn di lupakan amanah pada keluarga.

2) Dlm melayari kehidupan..kita sanagat2 memerlukan seoarang sahabat yg bisa memahami diri kita dan kita bisa memahami dirinya.(pasti ada)

Apa pun masalah yg kita hadapi dalam hidup ini...katakan pada hati anda..senyumlah..pasti ada hikmahnya...krn Allah hanya ingin mengusik IMAN kita :)

30 October 2010

Monolog Musafir lagi...

Salam ceria dan salam kasih sayang…hari ini bicara asar ingin bermonolong..tp tggu ya

Sambungan cerita..”kerana itu…airmata ku tidak pernah kering part2 “saja saya selangkan dengan monolog ini…”ada yg tersirat,terlalu sukar di fahami”


Sekali melangkah,rupa-rupanya terpaksa melangkah buat kali seterusnya..

Cuba menahan diri,agar melangkah ke arah lain,tapi tewas..

Memberikan kebahagiaan kpd yang lain..

Akhirnya diri kehilangan arah..

Hati memujuk,senyumlah…insayallah pasti ada hikmahnya…


Kerna itu…jiwa semakin lemah,jasad semakin tidak berdaya..

Kerna itu..aku mengheret diri hingga ke sejadah cinta..

Mengharapakn perhatian dan motivasi daripada Inspirasi hidupku..

Apa yg di berikan,ternyata sudah cukup jelas..

Tapi kenapa…mengapa ini juga yg terjadi..

Hati memujuk,senyumlah…insyallah pasti ada hikmahnya…


T’nyata apa yg di pandang oleh MATA tidak pernah sama dgn apa yg di pandang oleh HATI..

Harusnya bagaimana ya Allah..

Bukankah kesilapan bisa di perbetulkan..

Dosa bisa di maafkan…

Hati memujuk lagi,senyumlah….insyallah pasti ada hikmahnya…..


Menarik nafas sedalam-dalamnya,agar bisa di hembus nafas ketenangan…

Walaupun dia tidak ada di depan mata,namun dia selalu mjd sumber inspirasi..

Tapi dia,selalu ada di sisi ,namun resah gelisah membelenggu diri..

Mustahil……….tp,tidak ada yg mustahil bagi allah..

Hati memujuk,senyumlah…..insyallah pasti ada hikmahnya…


Ya Allah…knp rasa itu masih ada …

Langkah apa lagi yg harus di atur..

Takdir mu begitu rahsia..

Takut tindakan ini,menyakiti hati-hati..

Harus memilih…

Hati-hati yg terluka atau diri yg perlu tersiksa…


Kali ini…hati mula bersuara…

Kembaralah….

Musafirlah…

Di hujungnya pasti akan ketemu penyelesaian..

Usah takut,usahalah bersedih..

Yakin padaNya..


DIA hanya mengusik,

Agar diri bisa menilai yg mana kaca @ permata…

Jadikan tindakanmu paksinya hanya krn DIA..

Serahkan padaNYa,biar DIA yg mengaturnya..

Krn perancganmu tidak seindah perancaganNYA..

DIA lebih mengenalimu dan mengerti isi hati mu..


Cukup!!!

Sekarang Masa untuk bersamaNYA..

Mudahkan ya Allah..

"Kerana itu"....Air mataku tidak pernah kering..(part 1)

“ ana,kau knp? Sapa lia kpd ana..”

Knp apa??? Xda apa pun ..jawap ana’

Dari tadi aku tgk kau asyik termenung ja..ada masalah ka?ada masalah share la dgn aku..tambah lia’

Mana ada…aku ok ja..’ jawap ana ringkas..

Hey,,makcik..aku knal kau bkn baru hari ni tau..klu tiba2 senyap tu,bkn kau la tu..suara kau tu klu xdgr dalam sehari…emmm..itu bkn kau,tu mst ada masalah ‘pa-sistem’ dlm hati kau yg xok tu…lia membebel sambil tersenyum..’

Lia kau nk tau ka?..(ana)

Tau apa? Balas lia’

Kau nak tau ka ni?...(ana)

Yalah, tau apa? Lia’

Klu kau nak tau,antara ramai2 kwn aku,kau la yg plg kuat membebel..!,(sambil ana tersenyum geram pd lia..’

Bertuah punya budak…e…e…nah ambil ni’ sambil lia membaling ‘kiko’..(anak patung bear ksygn ana) kpd ana..’ aku punya serius ,kau main2 plk..

Dah tu,sapa suruh kau suka membebel…(ana)

Kau la punya pasal,kau yg suka tgk aku membebel kan..(lia)..,

Entahla…lia…..(ana)

Tgk tu…ana….,jgn la mcm ni..aku sunyi la klu xdgr suara kau dalam sehari…(try lia nk mengorek isi hari shbt ksgnya ana)..klu ada masalh share la dgn aku..”yalah,aku tau la aku ni sapa…xpntg pun dalam hidup kau kn” saja lia menambah2..dgn harapan mga2 ana dpt berkongsi masalh dgn nya’

Lia..,,(ana)

Emmm…ya,apa??? (lia)

Aku tidur dlu ya,ngantuk ni..(ana)

Ha…pandai kau cari alasan kn ..xda2,kali ni kau mst cerita jgk dgn aku…klu x,kita putus sahabt..(lia berkata2 dlm hati,adui mati la aku..klu dia xnk cerita jgk,pts sahabt la nampaknya…sb lia dah masak sgt dgn perangai ana yg degil ni)

“ana sorg gadis yg cukup ceria dan peramah..sngat mudah di dekati..bicaranya kdg2 blh membuatkan teman2 d sekelilnya terhibur n merasa senang pdnya..bkn itu saja,bahkan dgn kenakalannya suka mengusik teman2nya..membuatkan teman2nya merasa sunyi bila ketiadaannya..Cuma dalam beberapa perkara ana seorg yg sgt degil dan agak berahsia,wlupun dalam keceriaan ana..airmata,seoalh2 tidak bisa d pisahkan dgnnya..itula ana,kdg2 ana lbh senang melepaskan sesuatu yg terbuku dlm hatinya hanya dgn air mata”,dan lia merupakan teman yg plg rapat dan memahami lia..”

Family aku…(ana)

Kau ada masalah family lg ya…’balas lia dgn nada yg cukup lembut dan memberikan sepenuh perhatian pada ana’

Ak…u…’tersekat bicara ana,sambil airmatnya mula mengalir ke pipi’

Ana….(lia cuba merapatkan bahunya pada ana,lia memeggang kemas tangan ana..dan memandang wajah ana dgn penuh perhatian)..cerita ya,aku sedia mendengar…kata lia ,sambil memberikn senyuman’

Aku sayang family aku…tp,aku rasa aku xbuat apa2 pun tk family aku…aku ni satu2nya anak mak ayah aku yg belajar agama lia..tapi aku rasa , aku jauh sngt dr family aku…(ana bicara sambil air matanya terus mengalir)

(lia hanya diam,dia membuka ruang seluas-lusnya tk ana meluahkan segala isi hatinya..lia memandag wajah ana dgn penuh perhatian..dan membiarkan ana terus berbicara..tanpa sedikit menyampuk)

Teruskan ana….(ringkas lia)

Kau tau kan aku anak yg plg jarang ada rumah..yala,bila cuti ja bru aku dapat blk rumah..itu pun xsemua cuti aku balik..jauh kan…

(ana berasal dr sabah,dan kini menutut sbg mahasiswa d UM,kuala lumpur tahun 2,time sekolah menengah 5tahun duduk asrama lepas tu terus sambung asasi kt um ,np kelantan selama 3tahun.pendek kata ana lbh byk masa dkt luar berbanding berada d rumah bersama family..dan ana sendiri menyedari bahwa dia lebih byk belajar ilmu2 agama di luar bersama2 dgn kawn2 yg lain serta mendidik diri dan karekter diri melalui ilmu2 agama yg di perolehinya semasa duduk d sekolah menengah sehinggala ke peringkat ‘u’)

masa balik raya puasa hari tu…mcm2 perkara yg jadi kat rumah..aku ingat lg,masa mlm tu..2hari lagi nk raya..mak n ayah aku gaduh..entah apa puncanya…(air mata ana semakin deras,esakkn kecil mula kdgran pd tangisannya)..itu xmasuk dgn masalah abg n ayah aku lg…kakak aku yg satu tu plk…entahla…lia…….

‘lia menyapu2 bahu ana..cuba memberikan sedikit ketenagan pd ana’

Aku takut lia….aku takut sangat2…

Pernah sekali aku….

Bersambung…….

23 October 2010

"Sabar"....CINTA & SYURGA

Hanya dengan sabar kita bisa masuk surga??? Sudah tentu! Knp tidak ,bukan itu saja..bahkan org2 yg sabar amat di cintai Allah..” mudahnya…iya,hanya dgn sabar kita bisa memiliki CINTA & SYURGA.

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar”

(surah Ali Imran : ayat 146)


Cuma,persoalannya…

Sejauh mana kita sabar dalam mentaati segala perintah Allah..

Sejauh mana kita sabar menahan diri daripada tidak melanggar segala perintah Allah…


· Renungkan sejenak….tanyakn diri…

-Ketika kita kehilangan org yg paling kita cintai….kita sabar?????

-Ketika kita gagal dalam peperiksaan…kita sabar???

-Menunaikan solat lima waktu sehari semalam..(kita culas pada allah)..kita sabar???

-Ketika melihat org lain mempunyai keluarga bahagia….kita sabar???

-Ketika kita kehilangan harta yg paling kita sayangi…kita sabar???

-Ketika kita di caci di maki…kita sabar???

-Bangun malam utk solat tahajjud….kita sabar???

-Ketika kemahuan kita tidak di penuhi…kita sabar????

-Ketika yg lain di sayangi kita di sisih….kita sabar????

-Ketika pandangan & pendapat kita di tolak….kita sabar????

-ketika kita sedang marahkan sesorang…..kita sabar???


Janji Allah untuk orang-orang yg sabar :

"sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
( Al-Baqarah:153)


“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahalanya tanpa batas.”
( Az- Zumar:10)


Sabar adalah salah satu daripada khazanah2 syurga..kernanya kita bisa merangkul dua nikmat yg paling mahal …”CINTA & SYURGA”

CINTA siapa ???? pemilik segala jenis Cinta yg ada di langit dan di bumi..

SYURGA ??? keindahan dan nikmat yg tidak pernah kita temui di alam fana ini..


Sabar….bukan mudah,tapi tidak payah…belajar mendidik hati untuk menjadi insan yang sabar..kerna ganjarannya cukup luar biasa..

Pujuk hatimu agar sentisa bersabar..:)


“ sifat sabar itu boleh dibahagikan kepada tiga jenis pembahagian sabar. Jenis sabar yang pertama ialah sabar ketika melaksanakan perintah Allah SWT. Jenis yang kedua ialah sabar daripada melakukan maksiat kepada Allah dan jenis yang ketiga ialah sabar tatkala ditimpa ujian ( musibah ). Kesemua jenis sabar ini mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah SWT kerana ganjarannya adalah syurga sebaik-baik tempat buat orang yang beriman dan orang yang beramal soleh”

( Ibn Qayyim Al-Jauziyyah )


Wahai diri sabarla,kerna aku inginkan CINTA dan aku amat mendambakan SYURGA..