Pages

19 December 2010

‘Dunia’ ni Bukan kita yang punya Sayang

Melihat ragam kehidupan muda mudi hari ini,sudah cukup jelas mengambarkan bagaimana keadaan muda mudi hari esok..hari ini lorong-lorong tepi jalan,kelab-kelab malam,pusat-pusat hiburan menjadi tempat yang paling di gemari oleh muda mudi kita hari ini.

Merempit,merompak,buli,cabul,rogol,melacur,zina,merokok,minum arak ,clubbing dan banayk lagi..inilah yang menjadi hobi dan tabiat muda mudi kita hari ini.

Gejala sosial ini,seolah-olah seperti vairus aktif yang terlalu cepat merebak serta sangat mudah berjangkit dan lambat pula sembuhnya.


Mengapa agaknya?


Rumah & keluarga


Rumah tidak lagi menjadi tempat yang terbaik bagi anak –anak kita hari ni..mengapa? para ibu-ibu dan para bapa-bapa terlalu sibuk dengan kerjaya dan tugasan harian.betul?para ibu dan para bapa tolong jawap ya..

Anak-anak sanagt memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu dan bapa mereka,tapi sayannya..masa mereka lebih banyak di habiskan di tempat kerja dan tanggungjwab banyak di lepaskan pada pembantu rumah semata-mata.

Solat berjemaah,makan bersama-sama ,tidak lagi menjadi aktiviti harian kelurga.ibu bapa dengan tugasnnya manakala anak-anak sibuk dengan halnya sendiri.

Anak-anak perlukan didikan agama,bagaimana anak-anak hendak solat?kalau ibu dan bapanya tidak solat,bagaimana anak-anak hendak puasa ?kalau ibu dan bapanya tidak pernah puasa,tambahan lagi..bulan puasa sama saja seperti bulan-bulan biasa. Bacaan Al-quran jauh sekali.Kehidupan secara islam tidak lagi menjadi ruti dalam kehidupan seharian.

Akhirnya,si anak mencari perhatian dan kasih sayang di luar rumah,kalau baik yang mereka dapat Alhamdulillah.seandainya sebaliknnya,Innalillah..kasihan anak-anak kita..anak-anak terpaksa menjadi ‘mangsa keadaan’.


Media massa


Sekarangkan zaman moden,segalanya ada di hujung jari..kalau klik ja dalam internet semuanya ada,gambar lucah,video lucah,game lucah dan rata-rata filem Malaysia hari ini banyak yang berunsurkan seks dan cinta.inilah sajian istimewa yang khas untuk anak-anak kita.

Tambahan lagi,lambakan program-program realiti TV yang langsung tidak membina minda dan jiwa yang sihat untuk anak-anak.Lebih menyedihkan,anak-anak menjadikan artis-artis sebagai idola pujaan mereka..cuba fikirkan berapa ramai artis-artis kita hari ini yang menutup aurat???

Paradigma anak-anak kita terbentuk melalui apa yang di lihatnya,baginya aku juga harus begitu,kalau tidak,nanti aku di katakan ketinggalan zaman.akhirnya ,anak –anak kita benar-benar di telan zaman,seperti kembali ke zaman jahiliyah suatu ketika dahulu.


Rakan sebaya


Hari ini,masa anak-anak kita lebih banyak di habiskan bersama rakan-rakan mereka,lepas balik sekolah mereka buka terus balik ke rumah,tetapi anak-anak lebih gemar bersama rakan-rakannya melepak di pusat-pusat hiburan.Itu pun ada yang sampai sanggup ponteng sekolah.

Apa-apa sahaja masalah yang di hadapi si anak, tidak kira di rumah ataupun di sekolah,anak-anak lebih senang berkongsi dengan rakan-rakan mereka,ini kerana,rakan-rakan mereka lebih banyak bertindak menjadi pendengar dan penasihat yang terbaik bagi mereka.

Dan apabila rakan-rakan mengatakan harus bertindak ‘begini’ dan’ begitu’,anak-anak akan lebih mudah mengikutinya,kerana anak-anak lebih mempercayai rakan-rakannya berbanding ibu dan bapanya.

Bila si muda mudi di tanya ,mengapa suka melepak membung masa?

Relax la kak,boringlah duduk rumah,parents tak kisah pun.parents pun selalu balik lewat malam.lepak dengan member-member lagi best. Jawapan mereka.


Hakikat


Inilah realiti kehidupan muda mudi kita hari ini,mereka semakin kehilangan arah.Mereka lebih banyak bertuhankan Dunia dan nafsu semata-mata.salah siapa? Mereka! Tidak sama sekali!

Di sebabkan tangan-tangan kita yang salah mendidik mereka,akhirnya kehidupan mereka rosak di telan zaman.Kasihan mereka,kehidupan di waktu muda terpaksa di bazirkan begitu sahaja.

Namun ,tidak dapat di nafikan juga.ada sesetengah muda mudi kita hari ini,yang sudah sempurna kehidupannya.memiliki kelurga yang punya peganggan agama yang kuat,mendapat kasih sayang dan perhatian daripada kelurga yang begitu kemas dan cukup rapi.

Tapi sayang sekali,si anak membut keputusan dengan memilih jalan kehidupan yang salah..tidak menghargai apa yang ada di hadapan matanya,kerna nafsu,akhirnya si anak menghumban diri ke dunia kebinaasaan.inilah muda mudi yang lebih menyedihkan dan malang sekali.


Analogi


Bila kita masuk ke rumah orang,boleh tak kita buat rumah tu sesuka hati kita? Contohnya, kita guna telefon ,kita makan apa-apa sahaja yang ada dalam rumah tu,kita masuk dalam bilik,kita sepahkan peralatan yang ada dalam rumah tu dan suka hati kita lah nak buat apa-apa sahaja yang kita suka.

Boleh tak kita buat macam tu??

Tidak kan!

Mengapa? Sebab,rumah tu rumah orang,bukannya rumah kita.apa yang kita nak buat perlu ada keizinan daripada si tuan rumah.jangan suka suki kita nak buat hak orang macam hak kita.setiap perkara ada peraturan dan batas-batasnya.

Samalah macam Dunia ni..

Dunia ni siapa yang punya?

Kita @ Allah ?

Allah kan!

So,jangan guna dunia ni sesuka hati kita,sebab dunia ini bukan kita yang punya,tapi Allah yang punya!

Allah Cuma bagi pinjam,bukti Cinta Allah pada kita.


Bagaimana nak gunakan DUNIA dengan betul ???


“Kitab (AL-QURAN) ini tidak ada keraguan padanya,petunjuk bagi mereka yang bertakwa”

(Al-Baqarah :ayat 2)


AL-QURAN !!! ,Allah bagi kita Al-quran.itulah buku panduan yang terbaik untuk kita gunakn DUNIA.

Bacalah al-quran sayang,isi kandungannya cukup lengkap dan sangat tepat untuk di terjemahkan dalam kehidupan seharian.semuanya wajib berpeggang pada Al-Quran tidak ada siapa pun yang terkecuali.


Kembalilah kepada Allah,bawa hati kita kepada Allah.kan MENCEGAH lebih baik daripada MERAWAT..Insyallah ,semuanya akan pulih,segala-galanya akan berhenti.


Maka apakah kamu mengira bahawa kami,menciptakan kamu MAIN-MAIN(tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan di kembalikan kepada kami???”

(surah Al-mukminun ; 115)

No comments:

Post a Comment