Pages

10 December 2010

Dua Demensi

“hendak ke mana hati ?...

Kembara..

Di mana???

Ke mana sahaja yang boleh membawa ketenangan untukku…


Kau ada masalah hati ? hati mengangguk..

Bisa ku bantu…hati menggeleng..

Kesan tangisan kelihatan jelas di raut wajahnya~


~hati…kau raja bagi kami, sakit kau maka sakit lah segala tindakan kami,sihat kau maka sihatlah segala tindakan kami..


Ada yang mengganggu mu lagi hati ? hati mengangguk..

Siapa?

Si nafsu dan si syaitan..

Bukankah mereka sudah biasa mengganggu mu? Hati mengangguk,


Tapi kali ini..

Aku terlalu penat.. ‘( sambil airmatanya mengalir deras)

Dan keinginan hati ku seringkali tidak kesampaian..

‘Aku terpaksa mengintai ketenangan dalam kekalutan.


Kenapa aku tidak pernah di beri peluang untuk menentukan masa depan ku sendiri,

Salahkah aku..

Sedangkan yang lain,bebas memilih apa sahaja yang mereka suka,

Aku cuba sedaya agar tindakan ku tidak menyakiti mana-mana hati..

Namun akhirnya ,aku juga yang di persalahkan..

aku terpaksa berkorban demi kebahagian dan kegembiraan insan-insan yang sanagt aku cintai dan hormati..

Aku belajar untuk menerima kenyataan,tp kali ini..terlalu berat rasanya..


­

Jangan putus asa hati

Kau punya tuhan yang Maha pengasih..

Apa yang berlaku hari ini,pasti ada hikmahnya..


Dr Aidh Abdullah Al-Qarni pernah berpesan padaku dulu,katanya :

Nak,

“Sesungguhnya kamu keliru bila beranggapan bahawa hidup ini harus sepenuhnya sempurna melayani keinginan kamu.sebab perkara ini tidak akan tercapai melainkan hanya di syurga.”

sedangkan,di dunia ini seluruh urusan itu bersifat tidak mutlak.segala yg kamu inginkan tidak mungkin semuanya tercapai.kamu harus menyedari bahawa di sana pasti ada bencana,sakit,musibah dan ujian yg datang menimpa.”



Terima kasih diri...nasihat itu sanagt bermakna buatku..

Berikan aku sedikit masa...

Kerna ada perkara yang harus ku perbaiki..

Moga kembara ini lebih mendekatkan aku pada tuhanku...


Ya...aku sangat tahu tuhanku Maha pengasih lagi Maha penyayang..

Kesakitan hari ini juga pasti daripadaNYA,agar aku lebih memberikan sepenuh perhatianku padaNYA,

Mungkin aku sering kali mengingatiNYA secara part time,

Sehinggakan aku benar-benar sakit kali ini..Astagfirullahalazim..

Tuhanku lebih memahami aku,lantas di berikan nya ujian ini,semata-mata ingin menguji aku sejauh mana keikhlasanku dalam mencinatiNYA..



Hati...

Jangan lupa bawa si IMAN dalam pengembaraanmu..

Agar diri mu tidak kesepian..

Cuma si IMAN yang bisa membuatkan kau sentisa sabar dan redha dengan setiap ujian tuhanmu.


Terima kasih diri..

Benar ...aku perlukan iman sebagai temanku..

Dan sungguh...aku adalah raja bagi kalian,

sakit aku maka sakitlah kalian,sihat aku maka sihatlah kalian..


Insyallah,aku pasti akan sembuh dari kesakitan ini,

kerna aku percaya pada janji tuhanku..


“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”

(Surah Al-Thalaaq : 2-3)

No comments:

Post a Comment