Pages

29 September 2009

Naluri Persahabatan..

Semalam bermula la hari pertama sesi perkuliahan selepas seminggu cuti berhari raya,semua sahabat2 saya berwajah ceria slps pulang ke kmpung beraya bersama keluarga tersayang ,bila bertemu mcm2 cerita yg di bualkan..brp ramai org dtg beraya ke rumah la,dapat duit raya brp la,tahun ni beraya kt mana la…mcm2 la,saya turut menumpang kegembiraan mereka wlu pun tak dpt balik beraya ke kmpg halaman..almaklum la kmpung saya jauh…negeri di bawa bayu,Sabah bumi tercinta.Namun syawal saya kali ini juga trut di sambut meriah,bilamana ada di antara sahabat2 borneo yg ada jg yg tidak balik beraya di kmpg…shbat2 semenanjung juga tidak lupa mengirimkan sms sbg tanda ingatn di hari lebaran yg mulia..Alhamdulillah sungguh luas rahmat Allah..



Malam tadi,saya menerima sms ringkas drp seorg shbt…..”kak ….jah demam”…jah muda sethn dari saya,sb tu dia panggil saya kakak…dan dia memang agak manja dgn saya..Saya cuba membls msgnya..”jah,kt mana skrg ni?..lama saya tggu tpi msg sya tidak dibalas…saya mula tidak sedap hati…saya cuba kol dia bbrp kali jg tidak di angkat…hati saya benar2 di hambat rasa kerisauan..mcm2 perkara yg bermain di fikiran saya,tanpa membuang masa..saya bingkas keluar dr bilik menuju pergi ke bilik jah,mana la tau dia ada dkt bilik..samapi shj di muka pintu bilik jah,saya cuba bg salam dan mengetuk pintu biliknya bbrp kali…agak lama jgk saya tggu,Alhamdulillah…rupanya jah ada dlm bilik,dia membuka pintu dgn mata dan bibirnya yg begitu pucat…Ya Allah,jah ok ka ni?..kata saya pdnya…kemudian saya menyuruhnya baring semula ke katil,saya cuba menyentuh dahi dan tubuhnya..terasa begitu panas..saya cuba bertanya,jah bila lgi sampai???...smlm lg Kak,jah sakit perut n muntah2 la kak…saya tersenyum,saya cuba mengeluarkan suara dgn nada yg lembut,nie mst makan bnyk kn!!!!...tiba2 dia tergelak,kakak ni…biasalah raya kan(dgn lorgat kedah jah menjwb),yala…kakak faham,baru lps puasa kan..sistem dlm badan kita mula bertukar diproses kembali ke sistem asal,masa puasa tak boleh mkn siang,skrg bila dah raya semua benda nak makan..tu yg perut jd tak betul tu,kata saya pdnya smbil tersenyum..



Saya cuba menyuruhnya memakn ubat dan air suam yg saya bawa dr bilik..alhamdulillh,selang bberpa ketika kemudian,keadaan jah bertambah baik….Jah pun sdh dpt berbual2 dgn saya,malahan dia lbh byk berckp dr saya..mcm2 pengalamn raya yg dia cerita pd saya….saya tersenyum kegembiraan,tp bkn krn mdgr cerita jah,akan tetapi saya krn melihat keadaan jah semakin pulih,tidak sprt sewaktu saya mula2 melihat jah td…selang bbrp ketika,roommate saya dan shbt2 lain dtg turut menjenguk jah…dgn kehadiran shbt2 di sisi.saya cukup yakin..jah boleh pulih dgn segera…sblm saya meminta izin pulang ke bilik,saya sempat mergurut bbrpa bahagian tubuh jah,agar jah bertambah segar dan selesa..kemudian saya pergi meninggalkan jah bersama shbt2 yg lain krn ada hal lain yg perlu di uruskan…sblm keluar dr bilik,saya sempat berpesan pdnya,”jah jgn nakal2 ya,jg kshtan baik2 dan klu ada apa2 jgn lupa bg thu kakak…jah membalas dgn senyuman sambil tergelak kecil,terima kasih kakak….i iove u…jah memang nakal.!!!



Teringat semasa di kampus nilampuri dulu,saya juga pernah jatuh sakit…yg berada di sisi saya ketika itu adalah sahabat2,time belajar kt universiti ni…kita jauh dari family..sebab tu lah sahabat kita temapt kita mengadu dan meluahkan segala rasa,ketika inilah sahabat kita ibarat mak n ayah kita..sebagai seorag sahabat kita bertanggungjawb terhadap sahabt2 kita,hidup ni tak kan sempurna tanpa sahabat,sahabat merupakan cerminan bg diri kita…kita perlu ingat ada bbrapa perkara yg perlu kita tunaikan dlm sebuah persahabatan di antaranya : menziarahinya ketika sakit, memberikan khidmat nasihat ketika ia memerlukan, membantunya ketika berada dlm kesusahan, menegurnya ketika ia melakukan kesilapan dan banyak lagi..



Oleh itu,sebagai seorang shbt…tunaikan hak shbat dgn sepenuhnya,jgn kita mempertikaikan seandainya shbt kita kurang memberikan ksh sayang dan perhatian terhadap diri kita,mungkin diri kita sendiri belum pernah memberikan ksh sayang yg sepatutnya pd mereka,dan satu perkara yg mungkin kita selalu terlepas pandang adalah,kita terlupa utk menyebut nama sahabat kita di dlm doa kita,kita mengharapakn persahabatan yg kekal dan di redhi Allah,tetapi kita tidak pernah mendoakn kesejahteraan perhubungan persahabatan kita pd Allah..Berdoalah…ia adalah salah satu ubat yg mujarab utk mengukuhkan hubungan persahabatan kita..tapi awas!!! Jgn mengambil kesempatan di atas ksh syg shbt terhadap diri kita,ikhlaslah dlm persahabatan…”sahabat kita memerlukan kita dan kita sendiri sangat2 memerlukan sahabat”…Sayangilah sahabat kita,InsyaAllah Allah akan lebih menyayangi diri kita..



“Sahabat merupakan insan ISTIMEWA anugerah Allah”

13 September 2009

Pertemuan yg sangat Istimewa....

Alhamdulillah,dua hari yg lepas Allah memberikan saya kesempatan utk berbuka puasa bersama sahabat2 muallaf cina…Sebenarnya pertemuan ini saya dan kak nazifah (Tkp dakwah & kebajikan PMI) rancang secara tidak langsung dan ala kadar shj..akan tetapi saya cukup yakin,ini semua adalah rahmat pertemuan yg diberikan oleh ALLAH,dan akhirnya terlaksana jua.


Petang pada hari itu,saya,kak nazifah dan beberapa org sahabat menanti kedatangan sahabat2 muallaf di hadapan bangunan api(akademi pengajian islam),krn pertemuan kami berlangsung dlm bs api..Setibanya kedatangan mereka,kami menyambut kdtgan mereka dgn penuh kemesraan wlupun baru buat kali pertamakami bertemu,hati saya benar2 di panjat rasa kesyukuran krn tidak sangka dpt bertemu muka dgn mereka.



Pertemuan kami begitu singkat,namun kami sempat berkenal2lan antara satu sama lain,’sharing moment’, bergurau senda dan bergelak ketawa.Perbualan kami semuanya menggunakan bahasa inggeris,aduh….itu lah yg agak sedikit menyukarkan bg saya utk berbual dgn lebih mesra dgn mereka…Saya benar2 rasa sangat bersyukur krn dpt bertemu dgn mereka..dan apa yg membuat hati saya tidak berhenti dr memanjatkan rasa syukur pd ilahi,pertemuan itu juga di hadiri oleh beberpa org non muslim yg berbangsa cina,bila di tanya mengapa mereka menghadiri pertemuan pd hari itu..cukup ringkas jwp mereka…’kerana kami sangat berminat pada ISLAM’….Subahanallah…Allahuakbar….



Teringat saya pada kata2 saudara Ayub(ketua rombongan shbt muallaf) katanya…’saya sangat2 berharap agar saya dan kwn2 yg lain dpt menarik seberapa ramai non muslim utk memeluk islam,terutamanya non muslim yg berbangsa cina’..subahanallah begitu besar harapanya..jwb hati saya..dan apa yg lebih menarik hati saya apabila dia berkata” apa akan jadi pada ISLAM???..sekiranya krj dakwah tidak dilaksanakan!!!!…jd,tanggungjwab menyanpaikan dakwah islam ini bkn shj tugas kami,akan tetapi tugas kita bersama…Allahuakbar,cukup jelas martlamt saudara Ayub selaku insan yg bergelar muslim,lantas saya menyoal diri sendiri..sejauh mana saya bersungguh2 dlm menyampaikan dakwah islamiah selama ini sedangkan saya sejak lahir sudah bergelar islam, akan tetapi saudara Ayub hanya baru beberapa waktu shj…saya tertunduk malu, hati saya benar2 di hambat rasa malu dan bersalah .



Pertemuan yg singkat itu,memberikan saya kesedarn dan keinsafan dlm diri bahawa,tanggungjawab kita begitu besar dlm menyampaikan dakwah islamiah....suka @ tidak itu bukan lagi mjd persoalannya..krn itu adalah tanggungjawab yg ‘hak’yg telah Allah amanahkan pada diri saya dan sahabat2yg bergelar muslim..Buat sahabat2 muallaf baru saya,terima kasih krn menyedarkan saya…mga ukuwah di antara kita kekal hingga ke akhir hayat..Sebelum berpisah,saya sempat mengambil no hp mereka,agar dpt berhubugan dgn mereka lg slps ini, dan sewaktu kami bersalam2man sbg tanda perpisahan mereka sempat .berkata pd saya ‘nice to meet u’…saya menjawab ringkas ‘nice to meet u all too’….my heart say ”thank u ALLAH”

09 September 2009

Sedarlah bahawa ALLAH begitu mencintai kita..

Kadang2 byk benda dlm hidup ini terlalu sukar utk kita mengertikan,episod kehidupan kita sejak lahir hinggalah skrg adaklanya terlalu payah utk kita fahami…ALLAH yg mencaturnya hnya dia yg mengetahui…setiap orang berbeza2 tahap ujian yg di berikan ALLAH kpdnya…ada org sejak kecil hgga besar hidup nya tidak habis2 di himpit dgn kesusahan,sudah la hdp susah keluarga pula tak bahagia dan ada pula orang yg lahirnya me….wah sangat sdh la hdup mewah dpt keluarga yg bahagia pula tu…Allahuakbar!!!!,hnya ALLAH yg mengetahui apa dia lakukan buat hamba2NYA..kita kena ingat satu hal yg sangt pntg,bahawa diri kita ni milik ALLAH..jd terserah pd ALLAH utk melakukan apa shj pd diri kta…refresh semula,apa matlamt kita hidup di muka bumi ini..bukankah tugas kita hanya mengabdikan diri sepenuhnya pada ALLAH????? Jd letakkan matlamt di hadapn brulah kehidupan akan berjalan dgn sempurna…



Bila melihat pd caturan kehidupan kita yg mana, segala2nya di tentukan oleh ALLAH,adakah bermakna ALLAh itu zalim??? Ya lah,semuanya ALLAH yg nak control..susah la hdup mcm ni..maknnya ALLAh tu memang zalim!!!...zalimkah ALLAH..???....zalimkah ALLAh ni???...ALLAH itu tidak zalim bahkan ALLAh itu sangat PENYAYANG dan sangat MENCINTAI hamba2nya ..Allah lebih tahu kita ni mcm mana?? Allah lebih kenal siapa diri kita dan Allah jauh lebih mengetahui apa yg kita perlukan dlm kehidupan ini..ingat ya,ALLAh tu “engineering” kita!!!…tanpa ALLAH maka tiada lah kita!!!!..stp sistem dlm badan kita,Allah yg mengaturNYA dan hanya Allah yg mengetahuinya,jd mana2 sistem dalaman kita ada yg ok dan ada yg tak ok,jgn risau semuanya ALLAh dah tahu..profile hidup kita yg lengkap semuanya ada pd ALLAH,jd mana2 yg kurang..usah gusar krn Allah ada penawarnya…



Cuba kita lihat sikit,bukti Allah cintakan kita….buktinya Allah ciptakan ‘bumi’ utk kita,ya itulah salah satu bukti cinta Allah pd kita…dan kita semua ni sngat cintakan kehidupan di bumi@dunia betul kn???..tak percaya,lihat lah buktinya skrg…bertapa bahagianya kita hidup di muka bumi ni!!!..dan jgn lupa ya,Allah tidak menciptakan bumi itu kosong,tetapi Allah memberikan pelbagai aksesori yg indah2 di dlmnya..begitu cintanya kita pd kehidupn di muka bumi ini,sampikan adakalnya kita lupa bahawa bumi itu pemberian dari Allah suatu ketika dahulu…kita lupa pd Allah,kita lupa utk sujud bersyukur pd Allah dan yg lebih mengecewakan lagi..terlalu byk maksiat dan kerosakan yg kita lakukan di muka bumi Allah…,kita langsung tidak menghargai pemberian Allah,jauh sekali utk bersyukur!!!!…zalimnya kita,..zalim kah kita???...ya kita memang zalim!!!!



Namun apa yg mjd persoalanya skrg adalah,sedarkah kita bahawa Allah sngt2 menyintai kita???dan sedarkah kita bahawa kita tidak pernah bersyukur!!! ….tidak perlu kita bahaskan apa lg bukti2 cinta Allah pd kita,krn jika berani utk kita menghitung berpa bnyak mana bukti cinta Allah pd kita,pasti tidak mampu utk kita menghitungnya..bahkan pasti kita akan tertunduk malu dgn bukti2 yg kita temui bertapa dlmnya cinta Allah pd kita…pemberian bumi dr Allah pd kita itu sudah jauh lbh cukup!!!segala apa yg berlaku dlm kehidupn kita samaada baik @ tidak...insyaALLAh pasti ada hikmah di sebaliknya..



Namun tidak ku nafikan teman2 ku sekalian,bahawa stp di antara kita berbeza2 cara ALLAh menguji kita…mgkin pd kita ujian kita plg berat dan teruk sekali tp org lain tidak…dan ada di antara kita ni,Allah menguji kita shgga kita hilang upaya,jatuh tersungkur beberapa kali,hilang harapan,tiada arah tuju,hidup mjd buntu dan bermcm2 lg…kehidupan ini kita rasakan begitu gelap dan adaklanya kita merasakan bahawa Allah tidak adil pd diri kita….teman2 ku sekalian, caturan hidup kita ni sgt cantik Allah menyusunnya..jika kita hnya melihat sesuatu itu hnya dgn pandangan zahiryyah pasti kita tidak akan merasakan apa2,akan tetapi jika kita memandang sesuatu itu dgn pndgan yg ikhlas dari mata hati,insyaALLAh pasti kita akan temui setiap hikmah dan keajaiban ada di dlmnya..apa2 yg berlaku pd diri kita,yg mmbuatkan hati kita sakit,terhiris,merana dan menderita anggaplah itu semua peringtan kecil dr Allah,mungkin kita terlalu jauh dari Allah tanpa pernah kita sedari…



Letakkan sepenuhnya keyakinan dan pengharapan pd Allah,bahawa hidup kita ini Allah yg mengaturnya dgn cara yg plg terbaik…luahkan segala keresahan hati kita pd Allah..Allah ada ubat dan jwpanya…mgkin apa yg kita sngt2 impikan tidak mampu kita milikinya skrg ,akan tetapi esok,lusa dan akan dtg seglanya dlm perancangan dan gengaman Allah…Percayalah bahawa Allah benar-benar menyintai kita…fasa2 akhir ramadhan ini,manfaatkan waktu dgn sebaik mungkin..keajaiban Allah bisa berlaku bila2 masa dan pada sesipa shj yg di kehendakiNYA lebih2 lg dlm bulan ramadhan yg penuh dgn keberkatan…teruskan mujahadah kita dlm meraih cinta Allah kembali,mgkin tanpa sedar kita terlalu sibuk mencari cinta yg lain selain cinta Allah…Sedarlah bahawa segala2nya ‘nothing ‘ tanpa adanya cinta drp ALLAH.