Pages

10 April 2013

Kek batik ..:)





Bismillahirahmanirrahim.. 

Ok, kali ni saya nak share pulak macam mana cara nak buat kek batik .. :)

senang ja, cuma..lain orang lain caranya.. , InshaAllah ..cara saya ni simple dan mudah ja nak buat.  ok, kita mulakan step by step ..


Step 1 ( bahan-bahan yang diperlukan )


saya bagi tunjuk gambar sekali, supaya senang nak cari  =)



1) Butter 
2) Susu Pekat 
3) Milo 
4) kacang tanah (beli yang siap ja terus ) hehe
5) coklat chip 


( sukatan setiap bahan-bahan ni seperti dalam gambar, cuma susu ja..jangan guna 1 tin..agak-agak ja, separuh pun dah ok..kalau tak nak manis... he  )


Step 2 ( cara nak buat kek )


1) Mula-mula ,masukkan butter dalam kuali untuk dimasak hingga cair..tapi api jangan kuat sangat tau..sedang-sedang ja. tak perlu campur air,biarkan je butter tu cair sendiri. 

2) Bila butter dah cair,masukkan pula milo peket tu. macam dalam gambar kat atas tu, cuma..sebelum nak masukkan milo..better kacau-kacu dulu milo tu dengan air suam, supaya ia tak berketul-ketul dalam kuali nanti. Biasanya ada orang gunakan serbuk koko , tap saya tak.. saya guna milo peket ja semuanya..sb kadang-kadang kalau guna sebuk koko..silap-silap hari bulan,kek boleh pahit kalau tak pandai sukat. So saya lebih suka guna milo peket ja, sebab..guna milo lebih manis ..hehe

3) lepas butter dan serbuk milo dah sebati tadi.. bolehlah masukkan biskut marie, biskut marie tu jangan pulak masukkan bulat-bulat macam tu..patah-patah kan dulu..tapi jangan sampai hancur tau. ok, gaulkan hingga sebati. kalau rasa macam pekat sangat masuk sikit air suam ya. biasanya orang suka masukkan telur..tapi saya tak suka..sebab telur boleh menyebakan kek bau hanyir..tapi..kalau nak letak boleh ja.. ikut citarasa masing-masing ok.

4) Ha..ni satu lagi yang orang tak buat tapi saya buat.. hehe ,lepas dah gaul semua adunan tadi..masukkan pula kacang tanah.. , kacang ni kalau tak nak guna pun tak pa. cuma saya suka kacang..sebab tu saya guna, l bila guna kacanag ni..nanti kek kita jadi ranggup tau, rasanya pun jadi enak.. he 

5) Setelah semua adunan tadi dah digaul sebati dan coklat pun dah masak...masukkan aduanan tadi dalam bekas loyang , atau bekas apa-apa pun boleh ..

6) last sekali, taburkan coklat chip diatas adunan kek batik yang kita dah letakkan dalam loyang tadi.., letak coklat chip  ini pun orang jarang buat tau atau tak buat,,tapi saya tambah-tambah je..ikut selera sendiri, lepas tu bolehlah masukkan kek batik dalam peti air untuk disejukkan..jangan letak kat bahagian atas sekali, nanti jadi batu kek batik tu.., lepas dah sejuk..boleh lah hidang untuk dimakan..hehe 



Nampak tak coklat chip kat atas tu ?? :)



Seperti biasa..jangan lupa baca bismillah sebelum masak tau dan pastikan semua bahan-bahan yang kita guna ada logo halal , supaya rasanya lebih enak dan berkat . 

so senang kan ? ok, bolehlah buat lepas ni..  selamat mencuba ..hehe


wassalam..



2 comments:

  1. Bila nak masuk susu pekat? Then biscuit marie masuk semua ke? Tqsm

    ReplyDelete