Ini kedai runcit mak..
Setiap hari mak akan buka kedai dari
jam 9 pagi hingga 10 malam, kalau saya ada dirumah saya akan tolong mak jaga
kedai, kalau saya tak da adik-adik yang akan tolong mak pula, kalau kami semua tak da , mak
seorang yang akan jaga kedai.Kesian kan mak..
Sebelum mak ada kedai runcit , mak
jual kueh. Kueh mak sedap tau. ! setiap pagi mak akan bangun seawal jam3 pagi
untuk buat kueh, macam-macam kueh yang mak jual..seperti biasa, kalau saya ada
dirumah, saya yang akan tolong mak buat kueh..
Kadang-kadang, time buat kueh..mata
saya selalu terpejam,hehe..jam3 pagi. mana tak ngantuk. Kadang mata mak yang
pejam, ada ketikannya.mata saya dan mak dua-dua terpejam..lepas tercelik,saya
mesti ketawa, kemudian saya cakap sambil ketawa..mak tidur hehe…, mak senyum
ja. Saya tahu mak penat. Kesian mak..
Dari kecil,sampai besar..mak adalah insan
yang paling banyak berkorban dalam hidup saya, Sejak dalam rahim mak, mak jaga
saya dengan baik..sampailah kehari ini, mak tetap jaga saya dengan baik.
Saya orang susah, sebab itu saya tak
pernah bercita-cita untuk jadi orang kaya, tapi..saya yakin,saya akan kaya satu
hari nanti, sebab..saya suka ‘bersedekah’, walaupun saya tak da duit. ! Saya
lebih yakin dengan janji Allah.
" Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya".
( Al-Baqarah : 261 )
Saya bukan nak bagi tahu yang saya
ni baik,sebab saya suka bersedekah. Tapi..saya mahu semua orang yakin..dengan
bersedekah, kita akan cepat kaya. Percayalah. Sebab saya nak semua orang kaya ,
supaya tak da orang miskin.
Bila semua orang kaya dengan
sedekah, maknanya dia akan jadi orang kaya yang pemurah. Bila kita jadi orang
kaya yang pemurah, maknanya kita suka tolong orang…kan..kan..kan..:)
Saya sayang Mak, Kerna Allah..dan
Saya sayang semua orang Kerna Allah .:)
No comments:
Post a Comment