Pages

01 January 2013

Azam 2013





Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana masih memberikan saya nyawa untuk terus hidup, cepat sungguh masa berlalu..rasa baru semalam berada di tahun 2012, kini sudah berada di tahun baru 2013.

Setiap kali tahu baru..semua orang meletakkan azam dan impian baru, saya juga begitu. Insyallah tahun ini akan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.

Tahun ni saya berazam, ingin menamatkan zaman kemahasiswaan saya, setelah hampir 4tahun menjalani pengajian dalam bidang pendidikan, rasa tak percaya saya sudah hampir ke saat-saat untuk meninggalkan zaman yang penuh dengan ‘warna-warni‘ ini.

Usia saya pun sudah semakin bertambah…dah masuk 25tahun ..tuanya J tp..still ‘baby face’ hehe.Dan tahun ini juga, saya berazam ingin bergelar seorang isteri dan ibu.

Mungkin saya berbeza dengan orang lain, mungkin pada orang lain habis tamat pengajian di alam universiti  kena kerja dulu , kemudian balas jasa orang tua. Tapi..bagi saya tidak !

Dengan berkahwin saya akan lebih terpelihara, lebih bersemangat, lebih bersungguh, lebih kuat, lebih cinta, lebih penyayang dan lebih diberkati.

Adakah..disebabkan saya bersuami ? juga tidak ! jawapannya pada saya. Pernikahan itu ‘barokah’.itulah yang lebih penting dalam hidup ini. Keberkatan hidup. !

Bagi saya, dengan berkahwin tanggungjawab pada keluarga tetap bisa dilaksanakan , balas jasa orang tua..why not???! Kenapa kita mesti menjadikan pernikahan sebagai satu halangan untuk kita menjalankan tanggungjawab pada keluarga dan mengejar cita-cita.

Jadi manusia itu biar cerdik, setiap jodoh itu Allah yang tentukan, tapi..Allah memberi  peluang pada kita untuk memilih siapa yang kita inginkan sebagai pasangan hidup kita.

Jadi..perlu kita ingat !berkahwin bukan hanya menyatukan dua hati yang saling mencinta, tapi..bila berkahwin,kita mesti faham bahawa  tanggungjawab kita akan semakin besar dan peranan kita semakin bertambah.

Maka ‘berkenal-kenalanlah’ sebelum berkahwin dengan sebaiknya mengikut syariat. Di situlah kita akan mengenal siapa bakal pasangan kita dan matlamat hidupnya. 





Saya sudah lama meletakkan azam ini, ingin menjadi seorang ibu muda yang berkerjaya ! walaupun saya tahu banyak cabarannya..tapi itulah diantara cita-cita saya yang paling besar. Saya mahu menjadi isteri dan ibu dalam kondisi jasad saya yang masih kuat dan sihat.

 Agar saya bisa menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik dan bertenaga. Dalam islam sendiri wanita sangat digalakkan berkahwin awal, dan diantara tanda-tanda keberkatan seorang wanita itu apabila dia berkahwin awal dan cepat pula memiliki zuriat.

Kita ni..jangan kalah sebelum berjuang, kita selalu melemahkan semangat diri sendiri! Belum melangkah lagi..sudah tewas dengan bisikan-bisikan negatif dalam diri sendiri. Jangan ! kita ada Allah yang Maha berkuasa.. berazam dan bercita-citalah..asal niat kita baik, pasti Allah akan bantu .

Kalau kita ukur kemampuan diri kita..kita memang tak mampu! Hidup ni ..kita perlukan Allah. Tanpa Allah, kita ni ..tidak akan pernah mampu melakukan apa-apa.So..jangan takut, Allah itu boleh menjadikan sesuatu yang mustahil  menjadi tidak mustahil , ingat tu !

Teruskan melangkah, ingat ..pesanan buat diri saya juga. Hidup ini tidak lama. Seberapa sibuk pun kita mengejar cita-cita dan impian, jangan pernah lupa tuntutan kita pada tuhan. Jadi manusia jangan sombong ! sujud pada Allah..itu kerjaya utama kita.

Akhirnya..teruskan berdoa dan berusaha , buat diri dan orang lain.. Moga Allah sentiasa meredhai hidup kita di ‘sini’ dan di ‘sana’..Amin..



No comments:

Post a Comment