Pages

03 January 2013

Hobi tanpa Sedar..


ini kamera pinjam ..hee




Ke mana saja saya pergi..saya suka tangkap gambar.

kemudian....Saya suka tengok-tengok ‘alam’…

Orang berjalan-jalan , ombak menghempas ke pantai, bulan di malam hari , pelangi berwarna warni , pemandangan sawah padi , bukit bukau , taman-taman bunga , orang minta sedekah tepi-tepi jalan , baby senyum , hujan rintik-rintik , pepasir di tepi pantai , bintang berkelip-kelip di malam hari..itu semua adalah ‘alam’ bagi saya.

Semuanya cantik..semuanya indah..menurut  ‘kaca mata’ saya.. ^^,
Sungguh ni ,Ke mana saya pergi saya suka tangkap gambar ..walaupun cuma mengunakan kamera handpone Sony Ericsson saya ..hee

Itulah hobi saya tanpa sedar rupanya..

Saya suka merakam sesuatu yang saya lihat , setiap potret  yang saya tangkap saya akan simpan.
Bila ada masa lapang ..saya akan tengok balik semua gambar-gambar yang saya tangkap.

Bila saya melihat..saya akan berfikir pada sesuatu yang saya lihat. Saya akan tenung dalam-dalam apa saja yang saya lihat,kemudian saya  akan menilai..

kadang-kadang benda tu buat saya senyum , ada masanya buat saya ketawa dan ada ketikanya  buat saya rasa sedih. Saya memang cepat ‘merasa ‘ dengan hati apa saja yang saya lihat..

Allahuakbar… inilah hobi saya tanpa sedar.. walaupun gambar yang saya tangkap tak berapa nak cantik..tapi oklah..boleh buat orang senyum..sebab..akan ada gambar yang kabur-kabur ,senget-senget , ada pic yang terpotong kepala..dan macam –macam lagi..hehe





melihat-lihat dan sedang dilihat..



Satu perkara yang saya sentiasa sedar….

Bila saya sedang melihat-lihat ..saya juga sedang di lihat !

Bila saya sedang asyik menangkap-menangkap gambar, setiap aksi dan gaya saya juga sedang di rakam dan di perhatikan..

Sehingga akhirnya… saya harus sentiasa sedar bahawa saya sedang diperhatikan tuhan.


No comments:

Post a Comment