Pages

04 February 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H



Segala puji bagi Allah ,tuhan semester alam, selawat dan salam buat baginda Rasulullah saw,kaum keluarga dan para sahabat r.a .Bulan Rabiulawal 1433H merupakan bulan yang cukup bermakna bagi kita selaku ummat nabi Muhammad saw kerna bulan ini merupakan bulan kelahiran bagi insan yang amat kita cintai dan sanjungi iaitu Rasulullah saw.


Firman Allah :

“ maksudnya : kami tidak mengutus engkau ya Muhammad ,melainkan menjadi Rahmat untuk semester alam “

(surah al-Anbiya’ 21 : 107)


Qudwah sepanjang zaman


Akhlak dan budi pekerti yang ada pada diri Rasulullah saw, sudah cukup memberikan gambaran bertapa indahnya akhlak islam yang ada pada diri rasulullah saw selaku pemimpin bagi umat Islam .


Dari sekeras-keras mata pedang sehinggalah selembu-lembut suapan roti yang di berikan oleh rasulullah saw kepada seorang wanita yahudi yang begitu benci padanya, membuktikan bahawa hebatnya keperibadian yang ada pada diri rasulullah saw.


Bahkan,dalam satu hadis riwayat bukhari ada menceritakan ,pernah berlaku batang pokok kurma menangis ketika berpisah dengan rasulullah saw. Allahuakbar.


Cinta dan pengorbanan


Kecintaan baginda yang begitu mendalam pada Allah swt,merelakan baginda menginfakkan keseluruhan jiwa dan raganya semata-mata demi perjuangan islam, Rasulullah seorang pahlawan yang hebat di medan perang dan dalam masa yang sama Rasulullah saw juga seorang hamba yang sangat tunduk dan hina saat sujud di hadapan Allah.


Nyawa baginda jadi taruhan, berkali-kali di ancam bunuh bahkan tidak sedikit yang membenci Rasulullah. Namun ,Rasulullah saw tetap tenang menghadapi apa jua rintangan dan cabaran.


Kerna apa? Kerna cinta yang ada di dalam hati rasulullah saw Cuma satu ! iaitu Cinta yang begitu mendalam kepada Allah.Jadi, apa sahaja yang di lalui dalam hidup ini tidak akan pernah mengubah posisi Cinta rasulullah saw kepada yang lain selain Allah.


Rasulullah saw bersabda :

‘kita merupakan umat terakhir di dunia, tetapi umat pertama yang akan keluar dan di hisab di akhirat sebelum makhluk lain dan golongan pertama yang masuk syurga

(riwayat muslim)


Sedarkah kita ? Begitu besar kecintaan Rasulullah kepada kita, sehingga di saat kematiaannya ,rasulullah masih sempat menyebut ummati,ummati,ummati..beratnya hati rasulullah bila membayangkan kehidupan umat yang amat di cintainya setelah kewafatannya kelak.dan hari ini! Bila saatnya kita ingat pada rasulullah saw ??? !


DIA Insiprasi buat Kita


Terlalu besar pengorbanan yang telah di lakukan oleh Rasulullah saw demi Islam dan kita sebagai ummatnya. Bermula saat kelahirannya, sehingglah menerima wahyu dari Allah bahkan sehingga wafat, rasa senang dan rehat itu seolah-olah tidak pernah wujud dalam hidup rasulullah saw.


Lantas pada hari ini,sama kita timbulkan kesedaran, adakah benar kita mencintai Rasulullah ?? sudah berapa kali kita menangis sebab rindukan rasulullah ?? berapa banyak sunnah-sunnah rasulullah yang telah kita ikuti ??


Bersempena dengan bulan kelahiran rasulullah ini, bersama kita suburkan kembali rasa cinta kita pada rasulullah yang kian hilang tanpa kita sedari. Jadikan rasulullah saw sebagai qudwah dalam hidup kita, hidupalah dengan cara hidup rasulullah, amalkanlah sunnah-sunnah Rasulullah, dan teruskanlah amanah perjuanagan rasulullah saw sehingga ke akhir nyawa.


Ya Rasulullah , Kami amat merinduiMU..


Salam Maulidur Rasul 1433H Buat semua umat Islam dari HEWI PMIUM.


By Husbah bte haris laksmana,

HEWI PMIUM.

No comments:

Post a Comment