Pages

03 March 2011

Buka Mata



SUBAHANALLAH,besarnya kasih sayang Allah..Allah menciptakan bumi dan isinya dengan peuh kasih sayang,bila melihat manusia-manusia yang masih tidak bertuhankan Allah,membuatkan fikiran saya terbang jauh merasai dan menghayati begitu besarnya kasih sayang Allah.


Kasih dan Cinta Allah tidak pernah berkurang,semua dapat merasainya.Allah tetap memberikan kekayaan,kesihatan,kebahagiaan pada manusia-manusia yang masih tidak mahu beriman kepadaNYA.sebab apa ya? Sebab begitulah kasih dan Cinta Allah pada kita.


Dan ada ketikanya kita melihat manusia-manusia yang tidak bertuhankan Allah ini,jauh lebih bahagia berbanding manusia-manusia yang bertuhankan Allah.kenapa ya? Sebab,kasih dan Cinta Allah itu ADIL. Padahal Allah bisa saja menghancurkan kehidupan manusia-manusia yang tidak mahu beriman kepadaNYa,tapi Allah tidak begitu.kerna kasih dan cinta Allah maha luas.itulah makna kasih dan Cinta.”tidak kurang di sebabkan keburukan ,tidak lebih di sebabkab kebaikan”


Cuma ada masanya,sengaja Allah menguji manusia-manusia yang cuba melampaui batas,di berinya kesakitan,supaya si manusia itu sedar bahawa tidakannya itu salah,kelak akan merugikan dirinya sendiri,di beriNYa kesakitaan supaya bisa menjadi kafarah kepada dosa-dosa yang telah di lakukan oleh si Pelaku dosa.


Manusia yang sentisa beriman kepadaNYA juga tidak di lupakan,Allah perluaskan rezekinya ,Allah bahagiakan hidupannya sebagai tanda penghargaan Cinta Allah pada manusia-manusia yang beriman padaNYA.Sempurnya kasih dan cinta Allah pada kita.Cuma kita masih gagal memahaminya.Kita lebih senang,melemparkan sangkaan negetif padaNYa. Baru di cuit sedikit dengan masalah,merajuk terus membelakangkan Allah,sebenarnya begitulah cara kita mempamerkan kasih dan Cinta kita pada Allah.


Beberapa ketika ini kita di kejutkan dengan revolusi kebangkitan rakyat yang berlaku di Mesir,dan sebelum itu bermula di Tunisia dan kini di Libya.Atas kesedaran rakyat yang benar-benar cintakan keadilan dan keamanan,mereka bangkit menentang Pemimpin yang Zalim.Pemimpin yang zalim terhadap rakyat ini,berlagak seperti tuhan ,kononya berkuasa dan berhak sepenuhnya kepada rakyat,tapi mereka terlupa bahawa penguasa yang lebih besar dan hak adalah Allah swt..


Dan sekirannya kita bijak meneliti apa yang berlaku di Negara kita ini,terdapat ada segelintir pimpinan yang cuba memperbodokan rakyat dengan mengguna-gunakan rakyat demi kepentigan peribadi semata-mata.Rakyat di tindas sesuka hati tanpa memikirkan langsung nilai kemanusiaan yang perlu di ambil peduli oleh mereka-mereka yang suka berlagak seperti tuhan.Nauzubillah


Inilah akibatnya bila hati tidak mengenal Allah,Nafsu di jadikan sebagai tuhan! yang lemah akan terus di tindas dan yang zalim akan terus berkuasa,namun sejarah telah membuktikan ‘firaun’ yang pernah mengaku sebagi tuhan ,melakukan kezaliman pada umat isalam akhinya dengan kuasa Allah.Firaun telah mati dalam keadaan yang paling menjijikkan.


Kepada pemimpin-pemimpina Negara yang mengikut jejak langkah Firuan yang tidak pernah merasa puas-puas membuat kezaliman pada rakyat dan umat islam secara keseluruhannya,tunggulah azab Allah akan menimpa kelak!


Sungguh besar kasih dan Cinta Allah pada kita,namun kita masih memilih untuk menjadi manusia yang angkuh dan tidak mahu bersyukur.Jangan sombong pada Allah,beringatlah selalu bahawa hayat kehidupan kita ada di tangan Allah,tinggal tunggu masa dan ajal saja,kita pasti akan kembali kepadanyaNya kelak.


Percayalah bahawa,kasih dan cinta Allah tidak akan berkurang.kasih dan Cinta Allah maha Luas.apa yang kita milki hari ini,semuanya milik Allah! Allah pinjamkan pada kita sebagai tanda kasih dan Cintanya Allah pada kita.Besarnya kasih dan Cinta Allah,sedar dan Syukurilah sebelum terlambat.


Wallahu’alam.


1 comment:

  1. salam.
    doakan kami menjadi syabab yang kuat!
    ~sedangkan penjual buah pun boleh runtuhkan negara zalim...

    ReplyDelete