Pages

04 May 2012

Isi Mana yang Kosong !




kehidupan ini tidak akan selalunya membuatkan hati kita senang, jadi ..kita kena sentiasa belajar untuk senang dengan apa jua keadaan. Kenapa? Sebab itulah kehidupan.


Dr Aidh Al-Qarni selalu pesan…

Nak..

“Sesungguhnya kamu keliru bila beranggapan bahawa hidup ini harus sepenuhnya sempurna melayani keinginan kamu.sebab perkara ini tidak akan tercapai melainkan hanya di syurga.”


Hari ini kita akan bertemu dengan seseorang, dan mungkin esok kita akan berpisah dengannya, kenapa? Ish, jangan Tanya. ! sebab itulah kehidupan.dan Ada sesetengah orang pernah berkata,
 “kalau tak nak berpisah, jangan pernah bertemu “..hmmm..


Kadang-kadang kita berjalan, ada masanya kita terpaksa  berlari..sampai satu ketika pula kita pasti akan berehenti ..,sebab… kepenatan!..


Kita hidup ni, kerana keizinan yang Maha hidup ! kena ingat tu..


Apa yang kita pandang, apa yang kita dengar, apa yang kita rasa,apa yang kita sentuh,itulah namanya kehidupan. Kita berinteraksi dengan alam.,kita merenung dan di tenung, kita memandang dan di pandang, itu juga adalah kehidupan.


Inilah kehidupan,! sejauh mana kita mahu bergerak,? Tak kan jauh mana pun ,sebab.. kita tetap berada dalam lingkungan kehidupan. Kecuali mati !


Kita kejar apa sebenarnya dalam hidup ni ????


Fikir kan sejenak…tutup mata 2 saat..ok,tari nafas..,hembus..perlahan-lahan la ! tarik sekali lagi…hembus... Senyum ..=)


Tanya diri..


kita inginkan kehidupan yang bagaimana? Apa sebenarnya yang kita cari ?? Apa yang kita mahu ?? Tanya diri..tanya..! Kehidupan ini akan kosong! melainkan kita sendiri yang mencorakkanya.


Samaada kita nak buat corak-corak berwarna Hitam, Merah, biru ,putih ..itu terserah kita. Kerna  kita adalah pencorak kehidupan.


Tapi..

beruntunglah bagi orang-orang yang beriman, kerna apa? Kerna mereka mencorakkan kehidupan berpandukan Al-Quran.


Oleh itu..Hidupalah semahu yang kita mau..tapi berhati-hatilah,jangan sampai kita hidup seperti orang mati! Mereka ‘mati’ sebelum ‘mati’ .Nauzubillah.


Jadi..pastikan kita hidup di sini memberi erti ,hidup disana akan terselamatlah diri..


Teruskan hidup, kejarlah apa yg kita mahu, tapi jangan lupa kejar yang Maha hidup. !






No comments:

Post a Comment