Pages

21 October 2009

Mujahadah..

Aku cuba belajar mjd hamba yg terbaik,namun aku selalu gagal dlm usaha mencapai apa yg cuba aku usahakan..setiap hari demi hari semakin banyak dosa-dosa yg ku taburkan , masa semakin pantas berlalu,dosa semlm sdh terlalu byk aku lakukan,apatah lagi yg sebelumnya dan di tambah lagi dosa-dosa hari ini,diriku penuh dgn kedosaan… debu2 dosa ini, membuatkan saham ku semakin meningkat utk melayakkan aku berada dlm kedudukan firstclass dlm lubang neraka Allah,”Beratnya ujian,banyaknya ujian..apa yg ku lakukan,semuanya salah..buat yg ini salah,buat yg itu salah,semuanya salah…diriku seolah2 tidak mempunyai nilai apa2 di mata Allah…keluh hatiku.


Ibadahku semakin hilang rasa manisnya,bacaan AL-quran ku juga begitu..semakin aku cuba memaksa diri,semakin sakitanya ku rasa mujahadah membina diri..semakin aku cuba mendekatinya,semakin byk ujian yg di berikanNYA,satu2 masalah DIA lemparkan kpd ku..penatnya ku rasakan mujahadah ini…apakah aku tidak layak mendptkan cintaNYA,sedangkan hati ku semakin kering dan kemarau dr cintaNYA…banyak mana sebenarnya dosaku pdMU ya ALLAH!! banyak mana ya ALLAH???


Mengapa jalan mujahadah ini semakin payah ku rasakan,akan tetapi aku tetap memilihnya….hina sangat kah aku di hadapanMU ya ALLAH..kotor sangat kah aku di mataMu ya ALLAH..??? apakah aku hamba yg plg teruk di antara hamba2 mu yg lain…ya ALLAH,aku mohon sedikit hidayah dr mu..utk aku membina keyakinan dan kekuatan diri dlm mujahadah membina hati yg suci….”satu persatu butiran2 jernih mengalir membasahi pipi,kesakitan dan kepenatan mujahadah yg berkurung di dlm hati semakin berat utk di tanggung sendiri…di kala ini,hamparan sejadah jauh lbh nikamt ku rasa berbanding katil empuk yg saban hari mjd teman tidurku..air mata yg asyik mengalir,seolah2 sangat mengerti bahawa dia adalah sahabat karibku di saat ini..



Aku di tampar sebuah firman…
“ Jgn kmu berputus asa dri rahmat ALLAh,sesungguhnya tidak berputu asa dri rahmat ALLAh kecuali golongan yg kafir….”



Aku mula sedar,aku tidak sepatutnya begini,sudah mjd sunnatullah setiap yg menumpang di bumi ALLAH akan di hinggap dgn pelbagai ujian…rasa keyakinan mula menjalar keseluruh pelusuk tubuhku,bila menyedari memo ringkas dr Allah sungguh bererti….ya,aku perlu bangikt dari dunia keputuasaan ini..aku yakin semua ini pasti ada hikmah dan ganjaran di sisiNYA…aku wajib bersyukur,ya bersyukur !!! bersyukur krn Allah masih memberikan aku rasa bersalah dgn dosa,bersyukur krn Allah masih sedarkan aku utk berusaha mdptkan cintanya,bersyukur krn Allah masih memberi peringatan bahawa aku semakin jauh dariNYA,bersyukur krn Allah masih mau meminjamkan hakNYA sdgkan aku hamba yg penuh dosa dan aku wajib bersyukur krn Allah masih mau memberikan kesempatan waktu utk aku memperbaiki diri sebelum tiba waktunya berhenti…


Siapa yg membuatkan aku byk masalah????....ALLAH!!!!, Siapa yg membuatkan aku rasa putus asa????.....ALLAH!!!, Siapa yg membuatkan aku selalu berada dlm keluh kesah????.....ALLAH!!!!, Siapa yg membuatkan aku hilang upaya????....ALLAH!!!!, dan Siapa yg berhak ke atas diri ku ???...juga ALLAH….segala-galanya dr ALLAH..jd,mengapa aku harus bimbang!!! Sedangkan Allah ada..kesemuanya dtg drpNya,maka segalanya juga akan kenmbali kepadaNYa..setiap Sesuatu yg di turunkan daripadaNYA,hanya dia yg memgetahui jln penyelesaiannya..jd,aku harus yakin di hadapanku ada ALLAH..dan sudah semestinya,aku perlu kerap berdampingan dan mengadu kpdNYa.


Baru ku sedar,bahawa jalan mujahadah ini bukanlah jln yg mudah,akan tetapi di akhir mujahadah yg penuh dgn kesakitan dan keperitan ini, pasti akan ku temui kemanisan yg tidak terhingga.. kesakitan yg ku rasa pd hari ini terasa cukup2 nikmat yg mampu memberi kesan dlm diri..”Duhai tuhan yg maha pengasih…leraikanlah aku dari keluh kesah..yg membelenggu jiwa dan fikiran ,di tambah dgn nafsu dan syaitan..berikan aku ketabahan ya ALLAH dan temani aku dlm jln mujahadah ini…kerana aku sangat yakin di hadapan ku Cuma ada???.....ALLAH!!!

1 comment:

  1. mmg mujahadah sangat sakit..terlalu sakit..dikala
    aku mahu menukar landasan hidup kepada bermujahadah kepadaNya berbagai ujian dan dugaan datang menimpa yang kesemuanya menguji batin ku..bisikan iblis syaitan dan nafsu yang jahat sentiasa bermain2 di dalam kepala ku..buat apa pun x kena..Hanya Allah sahaja yang mengetahui kesakitan batin ini..kadang2 rasa kecewa hadir apabila taubat ku sering dinodai, apabila keyakinan kepadaNya sering diganggu, diuji pula dengan keseronokkan dunia yang penuh tipu daya,
    tidak ada daya ku untuk melawan semua ini melainkan dengan pertolonganNya..hanya air mata yang mengalir yang mampu menceritakan kesakitan ini untuk mendapat rahmatNya untuk mendapat belas kasihanNya..bertapa lemahnya iman ini sehingga mampu digoda oleh syaitan..tetapi percayalah pada janjiNya bahawa dia akan membuka jalanNya kepada hambaNya yang benar-benar bermujahadah kepadaNya..

    ReplyDelete