Pages

26 January 2013

Bahagia ?




Melewati hari-hari dalam kehidupan tanpa mengingati Allah adalah suatu hal yang sangat merugikan.


Allah itu tempat kita mengadu, tempat kita bermanja , tempat kita menangis, tempat kita tersenyum ,tempat kita kecewa, tempat kita mengeluh dan segala-galanya bisa bersama Allah.


Allah bukan seperti manusia !


Manusia ..sampai masanya akan merasa bosan mendengarkan pengaduan kita, tapi Allah tidak begitu.  Sekali? dua kali? berkali –kali? siang malam ?pagi petang ? Allah tidak akan pernah bosan menerima kehadiran kita.


Jangan cari Allah dengan mata, pasti tak kan jumpa ! carilah dengan ilmu ,Cuma dengan ilmu kita akan faham bagaimana mencari Allah.


“Allah itu dekat, lebih dekat dari urat leher kita.”


Itu bermakna, Allah itu sentiasa ada disisi kita, Cuma tidak terlihat dengan mata kasar, tapi hadirnya bisa dirasa dengan hati.


Merasai kehadiran Allah dalam hidup kita, merasai Allah sentiasa memerhatikan segala perbuatan kita, merasai Allah sentiasa mendengar setiap patah kata yang keluar dari bibir kita, merasai Allah tahu kita sedang bersungguh-sungguh mendapatkan sesuatu, Merasai Allah itu maha memaafkan diatas segala dosa-dosa kita ,merasai Allah mengetahui segala-galanya tentang diri kita..


Akan membuatkan kita menjadi hamba Allah yang sangat disiplin, sangat tunduk dan sangat-sangat bergantung harap hanya pada Allah.


Maka berbahagialah  kita yang punya Allah, Allah sentiasa ada untuk kita, bahagia itu Cuma ada bila kita bersama Allah.Maka, letaklah Allah dalam hati kita.,pasti  kita akan merasa bahagia hingga ke akhirnya.


Bahagialah.....bersama Allah ... :)


10 January 2013

Esok KL112






Esok  12.1.2013 ! , bakal menjadi hari paling bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia .

“ HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT  2013“

   1)      MENUNTUT PILIHANRAYA ADIL DAN BERSIH
   2)      BEBASKAN TAHANAN ISA
   3)      MEMARTABATKAN BAHASA IBUNDA
   4)      MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA 
   5)      SELAMATKAN KAMPUNG WARISAN & TRADISI
   6)      SELAMATKAN ALAM SEKITAR
   7)      PULANGKAN ROYATI MINYAK
   8)      SELAMATKAN FELDA


Negara ini ..selagi dipimpinan oleh manusia yang zalim, sampai ke hujung hayat pun rakyat pasti akan terus dan terus dizalimi.
Teman, adik ,kakak, abang, pakcik, makcik ..kita jangan buta !


Halatuju Negara ini ada ditangan kita, kita perlu faham..untuk faham, kita perlu ada ilmu !

Jangan jadi manusia yang hanya bertuhankan TV semata, ruang media massa ini cukup luas.. Kita perlu jadi manusia yang adil dalam menilai suatu perkara. Tapi sayangnya..negara ini dipimpin oleh manusia yang pendusta !


“KAU  mengikat kaki dan tangan rakyat Malaysia seperti ‘kerbau dicucuk hidungnya , kemudian KAU sumbat mulut mereka  dengan NAJIS harta kebendaan ..supaya mereka bisu dan kaku !
KAU memang dasar pemerintah yg Zalim.!

Tapi ..Kau perlu ingat, masih ada rakyat yang sangat cintakan keadilan, keamanan,kejujuran , kasih sayang , dan perjuaangan yang benar!


Percayalah..hari esok pasti menjadi saksi.. bagi jiwa-jiwa yang pemberani..akan terus mara kehadapan.., Langkah baru ini..pasti akan membawa satu perubahan besar buat seluruh rakyat Malaysia. 



kenangan Bersih 3.0 


Saya juga anak muda ..yang sangat cintakan Kebenaran dan kedamaian..


Anak Muda ! kita jumpa ESOK..:)

                                                                             

05 January 2013

..Mood..





Sekarang ni Exam Mood ..^^,

Menjadi kebiasaan ,setiap kali study week ..time inilah masa saya paling banyak free.
Teman-teman saya yang lain sibuk ulangkaji pelajaran, Saya pula sibuk nak habiskan 300 hadis bimbingan ni..hee

Saya tak risau exam ka?  hmmm..Tak ..he
Confirm saya boleh jawap semua soalan exam dengan betul ? ..emmm tak juga =)
Jadi..kenapa relax ja ? ..ala, kan study week  = relax study .. bagi saya ..=)

Saya study juga , tapi tak dalah study ‘maut’ .. tau study ‘maut’ tu apa?
Study maut tu…orang yang study sampai tak hirau waktu  makan , riadah , borak dengan kawan-kawan , stayup sehingga berjam-jam dan yang paling teruk sekali…waktu solat dan baca Al-pun quran diabaikan. Ish, tak baik tau mcam tu.

Mungkin orang kata bidang pengajian saya simple dan mudah ! pengajian islam je pun. amboi..sapa cakap simple dan mudah ?

Saya kena hafaz ayat-ayat quran , hadis, dan perlukan kemahiran baca Arab yang baik tau.
Insyallah, bidang pengajian kita ni pasti sesuai dengan kemampuan kita . Percayalah !


Biasakan time exam ada soalan yang kita tak dapat nak jawap ? kan..kan..kan?
Lepas keluar dari dewan exam, kita jadi ‘geram-geram’ sebab tak dapat jawap soalan tadi…kemudian kita tanya-tanya kawan ..eh, ko dapat jawap tak soalan No2 tadi? ..ala susah la..si kawan pun sama..aku pun tak dapat jawap juga la.. adui.

Besarkan kerisaun kita ? mestilah risau ! sebab takut markah kita rendah ataupun fail , bila markah rendah..pointer pun mesti terjejas kan..
Tapi.. ada tak di antara kita yang rasa sedih kemudian berfikir kenapa akau tak dapat jawap soalan No2 tadi ?

 ..nampaknya..aku masih kurang faham dan tidak tahu berkenaan tajuk itu. Oh..aku mesti lebih banyak bertanya lecturer dan belajar. Ramai tak yang macam ni ? mesti tak kan..hmm

Macam tulah kita sebenarnya , kita ni bukannya risau sangat soal kualiti ilmu kita, tapi yang kita risau adalah soal kedudukan pointer kita..kan..kan..kan ?:)

Sebaiknya..bersederhanalah..Orang berilmu ni..dia lebih tenang sebenarnya,kalau ada benda yang kita tak tahu..biasalah .itulah namanya kehidupan..proses pembelajaran kan berterusan sepanjang hayat.

Berusaha betulkan niat, kita belajar sebab nak dapatkan ilmu kan.., kalau kita nak Berjaya semata-mata, percayalah kita tak kan samapai kemana ! pointer tinggi tak kan menjamin masa depan hidup kita. Tapi..orang berilmu ni, semua orang akan cari dia. 






Lagi…

..study-study juga, tapi jangan sampai lupa hal-hal penting disekeliling kita ok.

Saya doakan moga kita semua berjaya dalam keberkatan Allah.. jangan lupa minta kejayaan dari Allah tau..=)

Oklah..gook luck semua.., saya nak sambung baca hadis yang ke-189 =)


Nota diri :
'' Bila kamu tak tahan lelahnya belajar , maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan ''

-Imam a-Syafie Rahimahullah-


>>> Ilmu saya ! sangat CETEK.

03 January 2013

Hobi tanpa Sedar..


ini kamera pinjam ..hee




Ke mana saja saya pergi..saya suka tangkap gambar.

kemudian....Saya suka tengok-tengok ‘alam’…

Orang berjalan-jalan , ombak menghempas ke pantai, bulan di malam hari , pelangi berwarna warni , pemandangan sawah padi , bukit bukau , taman-taman bunga , orang minta sedekah tepi-tepi jalan , baby senyum , hujan rintik-rintik , pepasir di tepi pantai , bintang berkelip-kelip di malam hari..itu semua adalah ‘alam’ bagi saya.

Semuanya cantik..semuanya indah..menurut  ‘kaca mata’ saya.. ^^,
Sungguh ni ,Ke mana saya pergi saya suka tangkap gambar ..walaupun cuma mengunakan kamera handpone Sony Ericsson saya ..hee

Itulah hobi saya tanpa sedar rupanya..

Saya suka merakam sesuatu yang saya lihat , setiap potret  yang saya tangkap saya akan simpan.
Bila ada masa lapang ..saya akan tengok balik semua gambar-gambar yang saya tangkap.

Bila saya melihat..saya akan berfikir pada sesuatu yang saya lihat. Saya akan tenung dalam-dalam apa saja yang saya lihat,kemudian saya  akan menilai..

kadang-kadang benda tu buat saya senyum , ada masanya buat saya ketawa dan ada ketikanya  buat saya rasa sedih. Saya memang cepat ‘merasa ‘ dengan hati apa saja yang saya lihat..

Allahuakbar… inilah hobi saya tanpa sedar.. walaupun gambar yang saya tangkap tak berapa nak cantik..tapi oklah..boleh buat orang senyum..sebab..akan ada gambar yang kabur-kabur ,senget-senget , ada pic yang terpotong kepala..dan macam –macam lagi..hehe





melihat-lihat dan sedang dilihat..



Satu perkara yang saya sentiasa sedar….

Bila saya sedang melihat-lihat ..saya juga sedang di lihat !

Bila saya sedang asyik menangkap-menangkap gambar, setiap aksi dan gaya saya juga sedang di rakam dan di perhatikan..

Sehingga akhirnya… saya harus sentiasa sedar bahawa saya sedang diperhatikan tuhan.


02 January 2013

Mimpi Indah..





Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu ,
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu..

Kerana langkahku merapu tanpa dirimu,
Kerana hati telah letih..

Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin  bisa kau sentuh,
Aku ingin kau tahu bahawaku selalu memujamu..

Tanpa mu sepinya waktu..Merantai HATI !

Oh bayangmu seakan-akan..
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rindu padamu,
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada..

Kau selalu ada..
Kau selalu ada..

Hanya kau bisa buat diriku TENANG..
Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi…

Ya Rasulullah…

01 January 2013

Azam 2013





Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana masih memberikan saya nyawa untuk terus hidup, cepat sungguh masa berlalu..rasa baru semalam berada di tahun 2012, kini sudah berada di tahun baru 2013.

Setiap kali tahu baru..semua orang meletakkan azam dan impian baru, saya juga begitu. Insyallah tahun ini akan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.

Tahun ni saya berazam, ingin menamatkan zaman kemahasiswaan saya, setelah hampir 4tahun menjalani pengajian dalam bidang pendidikan, rasa tak percaya saya sudah hampir ke saat-saat untuk meninggalkan zaman yang penuh dengan ‘warna-warni‘ ini.

Usia saya pun sudah semakin bertambah…dah masuk 25tahun ..tuanya J tp..still ‘baby face’ hehe.Dan tahun ini juga, saya berazam ingin bergelar seorang isteri dan ibu.

Mungkin saya berbeza dengan orang lain, mungkin pada orang lain habis tamat pengajian di alam universiti  kena kerja dulu , kemudian balas jasa orang tua. Tapi..bagi saya tidak !

Dengan berkahwin saya akan lebih terpelihara, lebih bersemangat, lebih bersungguh, lebih kuat, lebih cinta, lebih penyayang dan lebih diberkati.

Adakah..disebabkan saya bersuami ? juga tidak ! jawapannya pada saya. Pernikahan itu ‘barokah’.itulah yang lebih penting dalam hidup ini. Keberkatan hidup. !

Bagi saya, dengan berkahwin tanggungjawab pada keluarga tetap bisa dilaksanakan , balas jasa orang tua..why not???! Kenapa kita mesti menjadikan pernikahan sebagai satu halangan untuk kita menjalankan tanggungjawab pada keluarga dan mengejar cita-cita.

Jadi manusia itu biar cerdik, setiap jodoh itu Allah yang tentukan, tapi..Allah memberi  peluang pada kita untuk memilih siapa yang kita inginkan sebagai pasangan hidup kita.

Jadi..perlu kita ingat !berkahwin bukan hanya menyatukan dua hati yang saling mencinta, tapi..bila berkahwin,kita mesti faham bahawa  tanggungjawab kita akan semakin besar dan peranan kita semakin bertambah.

Maka ‘berkenal-kenalanlah’ sebelum berkahwin dengan sebaiknya mengikut syariat. Di situlah kita akan mengenal siapa bakal pasangan kita dan matlamat hidupnya. 





Saya sudah lama meletakkan azam ini, ingin menjadi seorang ibu muda yang berkerjaya ! walaupun saya tahu banyak cabarannya..tapi itulah diantara cita-cita saya yang paling besar. Saya mahu menjadi isteri dan ibu dalam kondisi jasad saya yang masih kuat dan sihat.

 Agar saya bisa menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik dan bertenaga. Dalam islam sendiri wanita sangat digalakkan berkahwin awal, dan diantara tanda-tanda keberkatan seorang wanita itu apabila dia berkahwin awal dan cepat pula memiliki zuriat.

Kita ni..jangan kalah sebelum berjuang, kita selalu melemahkan semangat diri sendiri! Belum melangkah lagi..sudah tewas dengan bisikan-bisikan negatif dalam diri sendiri. Jangan ! kita ada Allah yang Maha berkuasa.. berazam dan bercita-citalah..asal niat kita baik, pasti Allah akan bantu .

Kalau kita ukur kemampuan diri kita..kita memang tak mampu! Hidup ni ..kita perlukan Allah. Tanpa Allah, kita ni ..tidak akan pernah mampu melakukan apa-apa.So..jangan takut, Allah itu boleh menjadikan sesuatu yang mustahil  menjadi tidak mustahil , ingat tu !

Teruskan melangkah, ingat ..pesanan buat diri saya juga. Hidup ini tidak lama. Seberapa sibuk pun kita mengejar cita-cita dan impian, jangan pernah lupa tuntutan kita pada tuhan. Jadi manusia jangan sombong ! sujud pada Allah..itu kerjaya utama kita.

Akhirnya..teruskan berdoa dan berusaha , buat diri dan orang lain.. Moga Allah sentiasa meredhai hidup kita di ‘sini’ dan di ‘sana’..Amin..