Pages

20 March 2009

Kualiti hati = kualiti amalan






Pada hari ini,kita dapat lihat ada segelintir masyarakat yg sibuk berlumba-lumba mengerjakan amalan..boleh di katakan habis semua amalan sunat di sapunya,solat sunat rawathib tak payah nk cakaplah,solat duha,solat taubat,sedekah,puasa sunat isnin khamis dan banyak lagi la…tp….timbul satu persoalan di sini,apakah ALLAH hanya mengira banyaknya kuantiti amalan yg di lakukan hamba-hambanya,tanpa mengambil kira persoalan kualiti amalan yg di kerjakan..apakah kuantiti amalan yg begitu banyak sudah mencukupi???jgn sampai kita hanya m’dpt penat,tp akhirnya,satu drp amalan kita langsung tidak di terima di sisi ALLAH…maka,rugi besarlah kita…

Kualiti amalan bergantung pd hati pelakunya,setiap kali kita melakukan satu perbuatan,maka hati akan menentukannya itu amalan baik @ sebaliknnya..menderma misalnya,ia merupakan amalan yg sangat baik..tp,sekiranya di lakukan dgn niat utk menunjuk-nunjuk ia akan bertukar mjd riak dan hukumnya berdosa..

Berwaspada dan berhati-hatilah dlm mjaga hati krn amalan sebesar gunung sekalipun tidak akan bernilai wlu sedebu pun,sekiranya di lakukan tanpa niat yg ikhlas.hati bukan shj menentukan kualiti amalan seseorang,bahkan nilai org itu secara keseluruhan..seperti mana sabda RASULULLAH S.A.W :

“sesungguhnya ALLAH tidak melihat pada rupa paras kamu dan
harta Kamu tetapi ALLAH melihat pada hati-hati kamu dan
amalan –amalan kamu”
(riwayat muslim)

Teringat saya pada suatu yg pernah di beritakan rasullulah s.a.w…..
Bagaimana seorang lelaki mjd ahli syurga wlupun amalannya hanya “biasa-biasa” sahaja di bandingkan dgn para sahabatnya yg lain.setelah diselidik oleh Abdullah bin Umar,beliau dapati kelebihan lelaki ahli syurga yg di maksudkan oleh rasulullah s.a.w itu ialah dia tidak pernah menaruh rasa hasad dengki kepada orang lain.sekali lagi ini membuktikan bahawa kualiti hati mjd penanda aras kelayakan seseorang manusia utk memasuki syurga ALLAH..

Saya berfikir sejenak,bagaimana agaknya lelaki ahli syurga itu mjg hatinya?????sehinggakan tiada tersimpan hasad dengki dlm hatinya,namun jauh benar bezanya dgn kita pada hari ini…hati kita pula sarat dgn pelbagai jenis perasaan yg tidak baik..ternyata,lelaki itu memang seorg yg hebat!!!!bukannya mudah nak menjaga hati,sebabnya…….kita sendiri tidak mengetahui di mana posisi sebenar hati kita….ada sesiapa yg tahu?????????seandainya, kita bisa melihat dan menyentuh hati kita sendiri,saya yakin……pasti ramai yg tengah sibuk mencuci-cuci hati,mungkin ada juga yg terpaksa merendam hatinya bersama-sama dgn “Clorox” utk menanggalkan tompok-tompok hitam yg terlalu byk melekat di hati,dan boleh jd ada juga yg terpaksa menjahit hatinya kerana sudah hampir koyak rabak…tp sayang,itu semua adalah mustahil…

Akhirulkalam…mari kita renungkan bersama firman ALLAH S.W.T :

يوم لا ينفع مال ولا بنون الا من اتى الله بقلب سليم

Maksudnya:
“hari kiamat ialah,hari yg mana tidak berguna lagi harta dan
Sekalian anak pinak kecuali orang yg membawa hati yg sejahtera”

( Surah al-syu’ara 26;88-89)


No comments:

Post a Comment