Pages

17 June 2011

Dairi Maria

Astagfirullahalazim…maria!!! apa yang kau buat ni…


Biar aku mati…aku nak mati…………………


Astagfirullahalazim…Mengucap maria…mengucap..’ ingat Allah maria…’liza memeluk tubuh maria dengan penuh kemas,terasa begitu lemah tubuh temannya itu. Cepat-cepat liza mengambil sebilah pisau yang masih berada di tangan maria .


Maria rebah dalam dakapan liza,tubuhnya begitu lemah..wajahnya teramat pucat..airmatanya begitu deras mengalir..


Liza memapa maria baring di atas katil,sambil menyapu-yapu dada maria untuk memberikan ketenangan..


Maria masih dalam keadaan yang separuhsedar ,walaupun mata sudah begitu layu dan lemah..


Liza menyapu-yapu wajah maria ,dengan sehelai sapu tangan yang separuh basah.sambil lisannya dari tadi tidak berhenti-henti berzikir..mujurlah,maria tak sempat menghiris pisau di urat nadi tangannya tadi. ‘Allhuakbar,bisik liza menghembus nafas yang kuat.


Setengah jam berlalu…..


******************************************************

Aku banyak dosa za , ‘maria mula bersuara.


Allah……tidak ada manusia yang tidak punya dosa maria..’balas liza dengan penuh kelembutan,sambil tangannya mengenggam erat jari jemari maria.


Kenapa aku begini za…’airmata maria berlinangan kembali..suaru kesal dan sedih keluar dari bibir maria yg berketar-ketar..


maria..ingat Allah maria, ingat Allah..ini hanya ujian maria ..’ balas liza,lantas memeluk tubuh maria dengan penuh erat.


Kenapa mesti aku….kenapa dia buat aku begini…kenapa masalah keluarga aku tak pernah selesai…kenapa za,kenapa ??? kenapa???’maria mula mengeluarkan satu persatu apa yang tersimpan di dalam hatinya..


Teruskan maria, kelurakan apa saja yang tersimpan di hatimu, kalau itu yang bisa membuatkan hati mu tenang..’liza,memandang tepat kedalam mata maria..dia benar-benar ingin maria tahu,dia sanagt-sanagt mengambil berat dan sayangkan maria.


“liza cuba memahami keadaan maria yang baru putus tunang,di tambah pula krisis keluarga maria yang semakin teruk”


Aku tak layak dapat lelaki yang baik ka za? aku bukan anak yang baik ka za ,?aku dah letih za, aku letih sangat-sangat..’ tambah maria,airmatanya juga semakin deras mengalir.


Allhuakbar,jangan cakap macam tu maria,setiap orang ujiannya berbeza, aku faham kau terlalu letih.tapi jangan ikutkan hati maria,Allah sayangkan kau,Allah hanya ingin meguji sejauhmana keikhlasan cintamu padanya selama ini,Allah tahu kau mampu maria,sebab tu dia bagi ujian ini pada kau, kalau Allah bagi pada aku,mesti aku tak mampu hadapi..’liza cuba memujuk maria.


Aku dah kenal kau lama maria,aku kenal sangat kau siapa, maria yang aku kenal, orangnya sabar dan tenang, kuat hadapi apa jua masalah yang datang, apa pun yang terjadi dia sentiasa positif dan yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..’tambah liza lagi.


Aku tewas za, aku tewas dengan panahan nafsu dan ugutan syaitan. Hari-hari aku di gigit-gigit dan pujuk-pujuknya,sampai koyak-koyak iman ini di buatnya..Allahurabbi, aku terlupa pada kaih sayang Allah za…’kesal maria.


Maria,kita hamba maria,kita bukan siapa-siapa….itu tandanya kita masih perlukan Allah dalam hidup ini, walau dalam keadaan apa pun jua,kita sentiasa perlukan Allah.Allah lebih suka kita mengadu padaNya sekalipun dalam keadaan yang lemah, kita Cuma hamba maria,kita perlukan Allah dalam setipa detik kehidupan ini.tidak ada manusia yang bisa hidup dalam dunia ini walaupun Cuma sesaat tanpa bantuan Allah… ‘liza cuba meniupkan semangat.



Astagfirullahalazim…aku berdosa pada Allah za..masih banyak yang belum selesai antara aku dengan Allah..Astagfirullhalazim,peggang aku ya Allah ‘..sahut maria,sambil matanya di pejam kuat, airmatanya tetap deras mengalir,rasa berdosa terlalu kuat menghambat dirinya.


Allah itu aneh maria, samada kita berdosa atupun tidak,kasih sayang Allah tidak pernah berkurang, saat jalan di muka bumi ini di tutup rapat oleh manusia, jalan di langit terbuka luas untuk kita mengadu padaNya.Bila-bila masa pun Allah sentisa punya waktu untuk kita maria. Allah sama sekali tidak akan pernah meninggalkan kita ,walau sebesar mana pun dosa-dosa yang kita lakukan .Itulah Allah maria. Kita tidak akan pernah merasa keseorangan selagi Allah masih ada menemani…..’liza memberi harapan pada maria,liza cukup kenal dan yakin,maria adalah satu-satunya temannya yang cukup mudah tersentuh hatinya, .


Astagfirullalhalazim…allhurabbi…’bibir maria tidak berhenti-henti beristigfar pada Allah,maria merasa cukup berdosa.


Ingat maria, bila-bila masa pun Allah sentisa punya waktu untuk kita.segala-galanya akan berakhir maria,kerna dunia ini tidak kekal lama.sabar ya,seandainya kita kehilangan sesuatu yang kita rasa cukup berharga,pasti Allah akan gantikannya dengan benda yang jauh lebih baik. Maria….ingat,dulu kau selalu ingatkan aku,setiap perkara di atas muka bumi ini hanya akan datang dan pergi dengan izin Allah. Jadi jangan risau maria, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya …’liza tersenyum ,sambil tanganya menyapu jari jemari maria.


Terima kasih za, terima kasih kerna ingatkan aku pada Allah..’ balas maria.


Tak pa maria, hari ni Allah nak uji kau,esok-esok aku pula kan. Nah, ni dairi kesayangan kau kan,aku tau dairi ni sarat dengan isi hati kau pada DIA kan, dan aku tau,kau lebih sayangkan dairi ni dari aku kan ….’liza saja mengusik..


Za,jangan cakap mcm tu..’balas maria..


He..tak dala..saja ja, sb hari ni aku rasa aku lagi cantik dari kau..senyumla sikit tuan putri…’gurau liza.


Liza..liza…ada ja kau ni..,apa pun terima kasih ya za..terima kasih sedarkan aku..’balas maria,sambil tersenyum.


Ha..kan cantik kalau senyum..maria,kau rehatlah ya, kalau ada apa-apa bagi tau aku ya..aku kat bilik sebelah ja..ok sayang jangan sedih-sedih ya…’liza minta diri,ingin memberi ruang pada maria untuk berehat.


Ok..terima kasih banyak za, ‘’ maria tersenyum…


*********************************************

dahi yang hina,di rapatkan jatuh ke bumi …hati di sujudkan pada pemilik segala kempunan..merasa berdosa,…gagal dalam pertarungan antara iman dan nafsu…


“Ya Allah,ampunkan segala dosa-dosaku..aku hamba yang penuh dosa yang Allah, aku tidak pernah jemu-jemu dari melakukan dosa pada Mu..peggang aku ya Allah,peggang aku ya Allah,peggang aku ya Allah..tidak ada yang mengetahui isi hati ini melainkan kau, tidak ada yang maha pengasih melainkan kau,tidak ada yang maha pengampun melainkan kau…ampunkan aku ya allah…kemana lagi,harus di bawa hati ini melainkan pada mu ya allah,di manalah lagi tempat aku bergantung harap melainkan hanya padaMU ya Allah…ya Allah…ya Allah…ya Allah…jangan biarkan aku,menentukkan takdir hidupku sendiri walaupun Cuma sesaat ya Allah..hamba ni tidak daya dan upaya melainkan hanya dengan belas kasihan daripdaMu ya Allah…jangan biarkan aku sendiri ya Allah..pandangla aku,dengan pandangan kasih sayangMu ya Allah..”


Maria hanyut, dalam sujud penyesalan segala dosa dan kesilapannya..hanya pada Allah tempat dia mengadu dan meletakkan harapan..


Terbaring kaku di atas sejadah..airmata sayu penuh makna di bawa menghadap tuhan…


*********************************************


* Dalam hidup ini jangan pernah berhenti berharap pada Allah..’tidak ada tempat yang selayakknya kita bergantung harap melainkan hanya pada Allah’

*satu hal yang kita sentisa perlu ingat ‘besar mana pun dosa kita pada Allah,Allah tidak pernah walau sekalipun meninggalkan kita’


“ di waktu jalan hubungan di bumi di tutup orang, hubungan ke langit lapang terluang”

~ dr Hamka

12 June 2011

~Allahkan ada..


* lagi punya masalah??? ~ kita kembali pada Allah =)

*segala sesuatu yang berlaku dalam hidup kita hanya datang & pergi dengan izin Allah.

Formula hidup ~
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yg dikehendakiNya).
At-talaq:2-3

~Yakin pertolongan Allah pasti akan tiba.


wallhua'lam..