Pages

07 February 2013

Nota Hati..







Hari ini terasa jumaat yang cukup berbeza dari yang sebelumnya..

Menyelak kain langsir dimuka tingkap..matahari sudah tersenyum, hujan turun sejak awal pagi tadi tak henti-henti..damai sungguh hari ini.

Hari ini aku memilih untuk muhasabah diri..Cuma muhasabah hari ini lain dari yang sebelumnya..

Menjadi kebiasaan..’Dairi’ adalah teman yang paling akrab buat aku bercerita dan meluahkan segala isi hati..



>>>>>> 8 .2.2013 (jumaat)


“ Tuhan,

Perjalanan hidup ini terlalu panjang untuk aku lalui sendiri , ada ketikanya aku perlu berhenti ..istirehat sebentar kerna terlalu penat. Penat..teramat penat, berdiam diri disatu sudut dunia..

Menahan rasa, menahan sabar , menahan marah, ..bertapa besarnya ujian MU datang menggila.
Walau sering jatuh berkali-kali ,aku belajar untuk berdiri kembali..berjalan semampu mungkin, jika bisa aku akan ku cuba berlari..untuk mengejar apa yang patut ku cari.


Tuhan..

Hidup ini, terlalu singkat untuk aku terus mengeluh dan bersedih. Tapi..di posisi yang lain, aku tidak bisa berbohong pada diri sendiri.

Aku tidak pernah kuat tanpa MU,
Itu tandanya..aku teramat sangat perlukan MU..

Sungguh, hidup ini penuh dengan ‘mainan’. Ada masanya aku rasa tidak sabar untuk kembali pada MU tuhan..dan ada masanya jiwa ini rasa begitu takut menggeletar, kerna dosaku lebih banyak dari amal yang aku ada.

Kau Uji cinta dan kesabaran ku, KAU datangkan bermacam-macam situasi dan keadaan, dari depan dan belakang, dari atas dan bawah..hingga satu saat, aku jadi keliru, adakah ini ujian atau musibah buat diri ku.


Tuhan..

Aku tidak pernah meminta untuk kehidupan yang sempurna.bahkan, aku juga tidak menCARI kehidupan yang sempurna ..

..cuma JADIkan aku hamba MU yang sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada.
Yang akan Melihat kehidupan dengan sentiasa merasa cukup,rasa bahagia dengan rasa SYUKUR yang KAu beri.


Tuhan..

Melihat WajahMU adalah cita-cita terbesar dalam hidupku..
aku tidak pernah meminta menjadi siapa-siapa di atas muka bumi ini,cukup KAu jadi kan aku hamba yang selalu ada rasa cinta yang dalam terhadap MU. Hatta..dimana sekalipun posisi diri ku dalam kehidupan ini.

Satu saat nanti aku akan kembali padaMU tuhan, mohon KAU ampunkan segala dosa-dosaku, bantu aku untuk memperbaiki segala kesilapan dan kejahatan yang pernah aku lakukan, pandu perjalanan hidup ku, Kerana aku sering lupa..bahawa aku adalah hamba MU tuhan.


Tuhan..

Aku masih bertahan kerna aku yakin KAU sentiasa ada ‘disini’ , dan Aku yakin aku tidak pernah sendiri !


Ya Allah..

KAU tak hadir secara mata kasarku..
Tapi aku tidak perlu mata, untuk merasa kehadiranMU untuk jiwaku.


………………………..

اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ بِمَا يَقُوْلُوْنَ، وَاغْفِرْلِيْ مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَاجْعَلْنِيْ خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ

Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku karena apa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui. ( jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan)

( HR Imam al-Bukhari )



No comments:

Post a Comment