Pages

23 February 2012

OMBAK RINDU versi taubat :)

Rindu tidak bisa di tahan !


Tuhan..tolong lembutkan hati hamba..
utk mencintaimu seadanya..

tuhan aku tahu banyak dosaku...
hanya ingat kamu dalam dukaku..

jatuh airmataku
dan terus mengalir mengiring doaku..


*ingin melihat wajahMU ya Allah..



14 February 2012

Jangan !

Jangan paksa saya berhenti menangis!

Ia membawa ketenangan pada jiwa saya,

Siapa bilang orang yang suka nangis tu lemah ? tidak !


Jiwa ini semakin bertenaga,

Hati ini lebih tenang,


Mungkin kita tidak pernah tahu ada rasa yang sukar di luah,

Melainkan dengan menangis!

Ianya lebih mudah,


Jangan paksa saya berhenti menangis,

Saya manja ? terserah..

Saya lemah? Terserah..

Bukan sengaja.

Apalagi ingin bermanja-manja.


Apa yang penting,

Menangis itu perlu bagi saya!


Saya menangis ,ada sebabnya .

Berkali-kali pun, tetap ada sebabnya !

Jangan paksa saya berhenti menangis.

Menangis itu terlalu enak bagi saya..


Rasanya sukar di kongsi..

Cukuplah.sekadar..berikan saya ‘ruang’ utk terus menangis.


Jangan paksa saya berhenti menangis..

Allah maha tahu,

Insyallah..’air mata’ ini modal akhirat saya kelak.

13 February 2012

kehilangan 'rasa'..


Makan nasi kukus ,lauk ayam goreng,campur sambal belacan, Saya tetap rasa tawar !Demam hampir seminggu,Sungguh, saya kehilagan rasa! Allah tarik nikmat ? tidak ! ada benda lain yang Allah nak ajar.


Allahuakbar, ‘rasa’ itu juga nikmat, rupanya saya tidak sedar! Cuba bayangkan bila ‘rasa’ tidak ada dalam hidup kita? Makanan enak, tapi rasanya tawar.! Rasa juga, tapi berbeza dari rasa yang asal.


Saya bawakan contoh yang lain..


Cantikkan pelangi ? cantik ! berwarna-warni warnanya. Sungguh,pelangi memang cantik !.cuba bayangkan tiba-tiba kita tak rasa apa-apa pun bila tengok pelangi,





Mata kita hanya sekadar melihat, ya itu pelangi, tapi hati kosong dari rasa ! kita tak rasa apa pun bila tengok pelangi. kita hanya tahu itu adalah pelangi.!..kehilangan rasa !


Lagi sedih..melihat wajah mak dan ayah tanpa rasa ! sekadar tahu itu mak dan ayah aku ! tapi hati kosong dari rasa. Kasih tak da, sayang pun tak da. !..kehilangan rasa !


Kita pernah melihat Allah ? jawapannya pasti tidak bukan !


Ya,,kita tidak pernah melihat Allah, tapi kita dapat rasa bagaimana Allah itu ‘wujud’dalam hidup kita. Apa yang kita pandangan, apa yang kita fikir, apa yang kita baca, apa yang kita faham ,apa yang kita tenung, apa yang kita sentuh ,apa yang kita nikmati ..semua itu memberikan hati kita rasa yakin bahawa Allah itu ada !


Rasa hati, Rasa Yakin, rasa hati, rasa yakin, benar..Allah Ada !

Bukan sebarangan rasa, benar Allah itu ada ! Cuma dengan me’rasa’ !


Tapi, bagaimana pula keadaannya..bilamana kita kehilangan rasa, dari merasa Allah itu ada ???

Nauzubillah, sungguhh ! hidup kita bisa musnah!


Kita tidak sedar , bahawa selama ini kita hidup bergantung dengan ‘rasa’, segala tindak tanduk kita semunya memerlukan rasa.


‘Rasa’ itu kecil tapi mahal , rasa itu nikmat tapi tidak boleh di lihat !


Contoh :

Kita dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan , kemudian kita rasa sangat gembira , kita menangis terharu, kemudian melompat-lompat kerana terlalu rasa gembira.


Kita rasa gembira ? ya kita gembira. Tapi ‘rasa ‘ gembira itu tidak bisa di lihat !


Rasa tu benda yang tak Nampak , menangis ! melompat-lompat ! itu tindakan daripada apa yg kita rasa. Kita rasa gembira kemudian kita menangis dan melompat-lompat . tapi rasanya di hati ! batin ! zahirnya melalui tindakan .


Halus kan ‘rasa’ tu, nikmat yang kita anggap kecil ,tapi besar maknanya dalam hidup kita.

‘rasa’ itu nikmat ! di antara nikmat-nikmat yang Allah beri.


Bersyukurlah dengan apa yang kita ‘rasa’ hari ini. Rasa Cinta, rasa sayang, rasa gembira, rasa marah, rasa benci, dan apa pun jua yang kita rasa !


Bersyukurlah..ya ! bersyukurlah kerna Allah berikan ‘rasa’.


Kerna ‘rasa’ itu adalah Nikmat !

04 February 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H



Segala puji bagi Allah ,tuhan semester alam, selawat dan salam buat baginda Rasulullah saw,kaum keluarga dan para sahabat r.a .Bulan Rabiulawal 1433H merupakan bulan yang cukup bermakna bagi kita selaku ummat nabi Muhammad saw kerna bulan ini merupakan bulan kelahiran bagi insan yang amat kita cintai dan sanjungi iaitu Rasulullah saw.


Firman Allah :

“ maksudnya : kami tidak mengutus engkau ya Muhammad ,melainkan menjadi Rahmat untuk semester alam “

(surah al-Anbiya’ 21 : 107)


Qudwah sepanjang zaman


Akhlak dan budi pekerti yang ada pada diri Rasulullah saw, sudah cukup memberikan gambaran bertapa indahnya akhlak islam yang ada pada diri rasulullah saw selaku pemimpin bagi umat Islam .


Dari sekeras-keras mata pedang sehinggalah selembu-lembut suapan roti yang di berikan oleh rasulullah saw kepada seorang wanita yahudi yang begitu benci padanya, membuktikan bahawa hebatnya keperibadian yang ada pada diri rasulullah saw.


Bahkan,dalam satu hadis riwayat bukhari ada menceritakan ,pernah berlaku batang pokok kurma menangis ketika berpisah dengan rasulullah saw. Allahuakbar.


Cinta dan pengorbanan


Kecintaan baginda yang begitu mendalam pada Allah swt,merelakan baginda menginfakkan keseluruhan jiwa dan raganya semata-mata demi perjuangan islam, Rasulullah seorang pahlawan yang hebat di medan perang dan dalam masa yang sama Rasulullah saw juga seorang hamba yang sangat tunduk dan hina saat sujud di hadapan Allah.


Nyawa baginda jadi taruhan, berkali-kali di ancam bunuh bahkan tidak sedikit yang membenci Rasulullah. Namun ,Rasulullah saw tetap tenang menghadapi apa jua rintangan dan cabaran.


Kerna apa? Kerna cinta yang ada di dalam hati rasulullah saw Cuma satu ! iaitu Cinta yang begitu mendalam kepada Allah.Jadi, apa sahaja yang di lalui dalam hidup ini tidak akan pernah mengubah posisi Cinta rasulullah saw kepada yang lain selain Allah.


Rasulullah saw bersabda :

‘kita merupakan umat terakhir di dunia, tetapi umat pertama yang akan keluar dan di hisab di akhirat sebelum makhluk lain dan golongan pertama yang masuk syurga

(riwayat muslim)


Sedarkah kita ? Begitu besar kecintaan Rasulullah kepada kita, sehingga di saat kematiaannya ,rasulullah masih sempat menyebut ummati,ummati,ummati..beratnya hati rasulullah bila membayangkan kehidupan umat yang amat di cintainya setelah kewafatannya kelak.dan hari ini! Bila saatnya kita ingat pada rasulullah saw ??? !


DIA Insiprasi buat Kita


Terlalu besar pengorbanan yang telah di lakukan oleh Rasulullah saw demi Islam dan kita sebagai ummatnya. Bermula saat kelahirannya, sehingglah menerima wahyu dari Allah bahkan sehingga wafat, rasa senang dan rehat itu seolah-olah tidak pernah wujud dalam hidup rasulullah saw.


Lantas pada hari ini,sama kita timbulkan kesedaran, adakah benar kita mencintai Rasulullah ?? sudah berapa kali kita menangis sebab rindukan rasulullah ?? berapa banyak sunnah-sunnah rasulullah yang telah kita ikuti ??


Bersempena dengan bulan kelahiran rasulullah ini, bersama kita suburkan kembali rasa cinta kita pada rasulullah yang kian hilang tanpa kita sedari. Jadikan rasulullah saw sebagai qudwah dalam hidup kita, hidupalah dengan cara hidup rasulullah, amalkanlah sunnah-sunnah Rasulullah, dan teruskanlah amanah perjuanagan rasulullah saw sehingga ke akhir nyawa.


Ya Rasulullah , Kami amat merinduiMU..


Salam Maulidur Rasul 1433H Buat semua umat Islam dari HEWI PMIUM.


By Husbah bte haris laksmana,

HEWI PMIUM.